Bab 2
Arjuna Hatiku
Rafael
pantas mendapatkan Zulaikha yang sedang tersipu malu. Sungguh hatinya
berbunga-bunga pada saat ini. Mana mungkin dia mampu menyembunyikan segala rasa
yang telah merontak jiwanya buat sekalian lama.
‘Zuzu,
we need to talk about us..’ ujar Ralph lembut
‘pasal
apa awak?’ sengaja Zuzu pura-pura bertanya sedangkan dia tahu soal apa yang
bakal dibincangkan oleh mereka. Tentang hati.
‘Saya
ambil awak malam nanti kat rumah..kita dinner boleh?’
Membulat
mata Intan Zulaikha saat mendengar perlawaan Hafiz Rafael. Biar betul?!
‘awak
ni biar betul, macam lah mama dengan papa saya bagi kita keluar
malam-malam..eh, lagi satu macam mana awak tahu rumah saya dekat mana? Stalker
eh?’ sengaja Zuzu menjungkit kening. Nakal.
Ralph
tersenyum mengoda ‘ saya tahu lah rumah bakal isteri saya..’
Zuzu
melemparkan padangan jelik ‘ ewww, awak ni belum declare jadi special boyfriend
saya lagi dah berangan nak saya jadi wife awak..perasan!’
Ralph
mencebik ‘ amboi, habis tu yang awak cakap I LOVE YOU TOO kat saya tadi apa?
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata?’ sempat dia mengenyit mata kearah
Zuzu yang mukanya sudah berubah warna. Malulah tu.
‘telinga
awak ada sound trouble tu..’ Zuzu tertawa tatkala dia berjaya mengenakan Ralph.
Mencuka wajah si jejaka kacak disisinya itu.
‘tak
kisahlah, yang penting awak pernah jadi wife saya jugak waktu kita main
kahwin-kahwin tu..’
‘Alala..merajuk
ya abang Hafiz Rafael?’ spontan Zuzu memujuk.
‘apa
dia? Ulang lagi sekali? Awak panggil saya abang? Bagus-bagus, practice make
perfect sayang.. biasakan lidah nanti dah kahwin dengan abang ni senang lah
panggil ‘A.B.A.N.G’..walaupun kita sama umur..’ Ralph mengulum senyum. Dalam
hati jangan cakaplah, bahagia! Zulaikha ni pulak jenis cakap tak fikir. Ikut
sedap mulut aje. Free-free aje dia panggil aku abang.Hati Hafiz Rafael berdecit
gembira.
Mahu
sahaja Intan Zulaikha menyorokkan wajahnya. Aduyai mulut, cakap tak fikir dulu.
Kena lari ni! Kang tak pasal-pasal kena perli lagi.
‘awak,
dah waktu lunch ni.. saya balik dululah, jumpa lagi..’ pantas dia meninggalkan
Ralph yang terpinga-pinga. Ralph tersengih, amboi Icha pandai eh cari alasan
nak lepas diri. Takpe abang suka!
Datin
Jamila sedang bergelak ketawa bersama suaminya tatkala Intan Zulaikha sedang
bersiap-siap mahu keluar dari rumah. Terpandang kelibat anaknya yang sudah
memakai dress hijau epal dipadankan cardigan putih sedang menuruni tangga
lantas jam dinding dilihatnya kejap. Dah pukul 8.30 malam. Kemana pulak anak
dara aku sorang nak keluar ni?
‘Sayang,
sayang nak pergi mana malam-malam macam ni?’ Datin Jamila sudah mendapatkan
puterinya itu. Cantik sekali pada padangannya.
‘mama,
Zuzu nak keluar kejap boleh? Makan-makan dengan kawan…’ Pantas Zuzu memeluk
mamanya itu.
‘Ah,
cantiknya anak dara papa ni’ Datuk Kamal menegur Zuzu yang amat cantik di
matanya itu.
‘papa
ni..ada-ada je’ pipi Intan Zulaikha sudah berona merah. Malu barangkali
‘papa
puji Zuzu aje tau. Mama yang hari-hari cantik berkelip-kelip ni, papa tak
nampak pun. Zuzu keluar dengan kawan yang mana sayang?’ tanya Datin Jamila lagi
dalam keadaan mengusik.
‘papa
ingatkan yang berkelip-kelip tu lampu lap lip hari raya tu’ meletus tawa Datuk
Kamal seraya mengusik isterinya itu. Satu cubitan halus hinggap di badannya.
Zuzu hanya tersengih melihat adegan manja mama dan papanya itu.
Wajah
Datin Jamila kembali terarah ke wajah Zuzu dengan serius. Bukan bermaksud dia
menyekat kebebasan anak-anaknya. Namun naluri seorang ibu yang menjadikan
dirinya begitu. Sungguh dia tidak mahu perkara yang buruk berlaku keatas
puterinya itu.
Pinnn..
Bunyi
hon kereta yang baru memasuki Kawasan perumahan Datin Jamila membantutkan
pertanyaannya lagi keatas Intan Zulaikha. Zuzu tersenyum.
‘Mama,
sini lah zuzu kenalkan dengan kawan Zuzu..’ Zuzu berlari anak sambil keluar
mendapatkan pemilik kereta Honda Accord yang sudah menantinya diluar.
Datin
Jamila hanya berkerut. Hafiz Rafael keluar dari perut kereta,lantas dia
mendapatkan Datin Jamila yang sedang terconggok di pintu rumah bersama Intan
Zulaikha disisi.
‘Assalamualaikum
aunty,apa khabar?uncle mana?’ sopan Hafiz Rafael menyalami tangan Datin Jamila.
Datin
Jamila tersenyum lega ‘ waalaikumusalam, la El ke yang nak keluar dengan Icha?uncle
ada kat dalam.’
Intan
Zulaikha sudah berkerut memandang kedua orang kesayangannya yang sedang berada
dihadapan. Mesranya mereka seolah-olah sudah lama kenal. El? Macam pernah
dengar aje. Kenapa mama panggil dia Ralph dengan pangilan El? El hanya
tersengih, mesra sungguh tatkala dia menyapa aunty Jamila. Zuzu masih terpinga-pinga
menanti penjelasan dari mereka.
‘Hai
uncle, sihat?’ Ralph menyapa Datuk Kamal lantas berlalu kearahnya dan saling
bersalaman.
‘Mama,
janganlah panggil nama Zuzu dengan Icha..malulah dekat Ralph..’ Intan Zulaikha
mencebik manja.
‘Sayang,
tadi mama betul-betul risau tau..ingatkan anak kesayangan mama ni keluar dengan
orang yang tak semengah. Nasib baik keluar dengan El..lega hati mama’
‘El?’
Zuzu masih tidak mengerti dan berkerut menanti jawapan kepada hatinya.
‘Aunty,
saya datang ni nak ajak anak aunty makan malam aje..boleh tak aunty? El janji
akan jaga anak aunty ni macam El jaga diri El sendiri..El akan hantar dia
sebelum pukul 12 malam aunty macam Cinderella..’ bersungguh sekali muka Rafael
saat ini.
‘okey
El, jaga Icha baik-baik ye..jangan pulak kang dia balik berdarah dahi macam
dulu..’ Datin Jamila tertawa mengusik
‘baik
aunty, El janji takkan ulang lagi macam dulu..’ Hafiz Rafael turut tertawa. Dia
tahu dalam keramahan Datin Jamila, terselit jua amaran. Bukan dia tidak
menyedari.
Makin
berkerut Intan Zulaikha apabila mamanya mengulang kembali peristiwa sewaktu dia
berumur 5 tahun dahulu dihadapan Hafiz Rafael. Musykil! Siapa sebenarnya Hafiz
Rafael? Jangan-jangan..dia…
Datin
Jamila menghantar padangannya kearah kereta Honda yang makin menghilang. Hafiz
Rafael. Baik, sopan tapi apa hubungan Icha dengan El ye? Harap-harap janganlah
mereka berdua bercinta! Aku masih belum mahu melepaskan anak kesayangan aku tu!
Kalau pun mereka berdua betul-betul serius, tunggulah sehingga mereka sudah berumur
25 keatas. Aku kena jarakkan mereka sebelum terlambat! Ujar hati Datin Jamila
keras.
Suasana
didalam kereta menjadi sunyi sepi sejak keluar dari perkarangan rumah Datin
Jamila. Intan Zulaikha hanya memeluk tubuh sambil melepaskan padangan keluar
kereta. Pekat malam dan lampu jalan menjadi santapan matanya. Sesekali dia
memegang dadanya sekadar menyedapkan hati tentang jejaka disisinya.
Hafiz
Rafael mengerling Intan Zulaikha kejap, sudah 5 minit berlalu dalam keadaan
sunyi. Hanya suara dj radio sahaja yang memecah dingin antara mereka. Hafiz
Rafael berdehem sebelum tangannya laju mengetuk stering selari irama lagu yang
berkumandang. Sesekali dia turut sama menyanyi walaupun suaranya tidaklah
semerdu mana. Namun sedikit pun tidak dapat menarik perhatian gadis disisinya
itu
‘ Zuzu, kenapa diam je?’ Ralph memandang pelik
dengan perubahan sikap gadis itu.
‘awak
ni siapa sebenarnya?’ bergetar suara Intan Zulaikha menahan amarah dihati.
Segera dia memejam matanya kejap. Menyabarkan diri sendiri yang sedang dirasuk
perasaan membara.
‘saya
Hafiz Rafael dan awak Intan Zulaikha lah..’ Hafiz Rafael mula berasa pelik.
‘awak
tipu! Saya cakap siapa awak sebenarnya?!’ Intan Zulaikha kembali menyoal namun
kali ini suaranya lebih garang
‘kan
saya dah cakap saya Hafiz Rafael’ lembut suara Ralph menyapa gegendang telinga
Zuzu. Tetapi apabila mengingatkan dirinya yang sudah dibohongi oleh orang yang
dia pernah kenal dahulu, hatinya kembali mendidih.
‘awak
El kan? Anak aunty Bella? Maksudnya awak dah kenal saya lama dah.. kenapa awak
tak bagitahu saya?’
Hafiz
Rafael tersengih ‘ ya, saya dah kenal awak lama dah sejak kita umur 5 tahun lagi..tapi
saya baru jumpa awak,Icha yang saya kenal sejak beberapa bulan yang lalu..itu
pun masa mama saya ajak saya datang rumah awak, tapi awak tak ada..mama awak
cakap awak jatuh sakit yang perempuan selalu kena tu bila time period..’
selamba sahaja tutur kata yang keluar dari mulut Hafiz Rafael. Ahh, mulut tak
ada insurans!
Intan
Zulaikha meneguk air liurnya. Aduyai malu! Kenapalah mama bagi alasan macam tu?
Geram pulak bila ingat balik yang mamat sebelah ni mati-mati taknak kahwin
dengan aku dulu-dulu sebab aku gemuk. Nasib baik lah sebab aku terlampau aktif
waktu sekolah rendah dulu, tengoklah sekarang semua dah berubah okey. Dari
budak gemuk ke ratu cantik..Opss terlebih memuji diri ni.. Astagfirullah
Al-azim.. jangan riak Zuzu nanti Allah tarik nikmat tu balik baru tahu. Kembali
Intan Zulaikha berisgtifar didalam diri.
‘awak
marah lagi ke sebab peristiwa dulu?’ Hafiz Rafael bersuara setelah
masing-masing lama terdiam melayan perasaan sendiri.
Intan
Zulaikha memandang jejaka yang sedang jauh melontarkan padangannya kearah pekat
malam. Wajahnya yang banjir dengan senyuman mengoda kini sudah bertukar serius
sambil fokus memandu kehadapan.
Perlahan
Intan Zulaikha mengeluh. ‘benda dah lama lah, tak perlu nak diungkit lagi..’
Laju
Hafiz Rafael memandang Intan Zulaikha ‘ awak dah maafkan saya sebab hina awak
dulu?’
Oh,
oksigen! Tak sangka Hafiz Rafael ingat lagi!
Intan
Zulaikha mengangguk perlahan. Dia menghadiahkan senyuman ikhlas. Biarlah
peristiwa itu sudah lama berlalu. Rasanya tidak perlu dia berdendam dan
membenci lelaki yang pernah mewarnai jalan hidupnya sewaktu kecil dahulu.
‘so,
saya nak tuntut janji awak dulu boleh?’ Hafiz Rafael tersenyum penuh makna.
‘janji?
Janji apa Ralph?’ berdebar-debar hati Zuzu menanti bait bicara Ralph yang
seterusnya.
‘janji
yang awak akan jadi isteri saya..married me..’ lagi sekali Ralph bertutur lembut
dalam nada memujuk.
Intan
Zulaikha tergamam. Biar betul Ralph ne? Dia ajak aku kahwin sekarang? Dalam
usia muda ni?
Intan
Zulaikha tertawa dan mula berdalih mencari alasan ‘ haha, awak ni kelakar
lah..kita baru je nak kenal dari hati ke hati..lagipun macam lah parent kita
bagi kita kahwin dalam usia muda macam ni, perjalanan kita masih jauh Ralph..’
‘saya
serius Zuzu’ ringkas ayat yang keluar dari mulut Ralph. Urat sarafnya tegang
menahan rasa. Orang serius, si Zuzu ni boleh gelak pulak.
Intan
Zulaikha mati kata. Pantas dia memandang wajah Hafiz Rafael yang serius ‘ awak
ni nak propose saya jadi wife tak romantik lah, ada ke tengah drive..mana lah
saya nak tahu awak serius..’
‘pasal
parent kita nanti saya bincang, saya nak tanya awak.. dari kita kecik sampai
sekarang awak tak ada langsung ke perasaan kat saya?’
Intan
Zulaikha terdiam. Jujur dari hatinya, memang dia sukakan Hafiz Rafael sejak
usianya berumur 5 tahun lagi. Mungkin sebab mereka selalu bersama-sama. Pelik
bukan? Semenjak usia 5 tahun dia punya sebuah rasa. Walaupun dia tidak memahami
tika itu namun dia tersangatlah selesa bersama Hafiz Rafael.
‘Jujur
saya cakap, saya sukakan awak dah lama..tapi saya tak faham apa perasaan
tu..apa yang saya tahu dengan cara ejek awak saya rasa bahagia..’
‘awak
rasa bahagia dengan ejek saya?!’ Intan Zulaikha menyampuk
‘saya
tak habis cakap lagi Zuzu..saya rasa bahagia bila dapat tengok muka awak yang
comel tu marah-marah.. sebab tu saya suka usik awak..sampailah satu hari awak
terasa dengan saya..dan awak lari sampai awak luka tersadung akar pokok
rambutan..’ Mendung wajah Hafiz Rafael tatkala menceritakan kembali peristiwa
dulu.
Intan
Zulaikha masih fokus. Sesekali dia mengangguk menyetujui.
‘masa
tu habis saya teruk kena marah dengan mama..mama cakap sebab saya aunty Jamila
pindah Kuala Lumpur..salah saya tak jaga awak waktu awak main dengan saya..bertahun
saya dirudung perasaan bersalah, menyesal lakukan semua tu dekat awak. Sejak
awak pindah saya rasa kehilangan, rasa macam separuh jiwa saya pergi..saya dah
tak selincah kanak-kanak lain. Waktu saya, saya habiskan dengan belajar dan
belajar. Setiap kali saya teringatkan awak, saya selalu doa, agar suatu hari
nanti saya jumpa awak balik.. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa saya..syukur
sangat tau..’
Hafiz
Rafael tersenyum lega. Lega kerana akhirnya segala yang terperuk didalam hati telah
diluahkan kepada orang yang sepatutnya. Intan Zulaikha terharu. Sungguh dia
tidak menyangka Hafiz Rafael sudah lama memendam perasaan hatinya terhadap
Intan Zulaikha.
‘so
persoalan nya kat sini.. awak masih ada perasaan kat saya tak?’ jujur pertanyaan
Hafiz Rafael
‘berapa
kali awak nak tanya, sejujurnya saya memang masih sayangkan awak walaupun awak
selalu buli saya dulu..’ Tanpa sedar air mata terharu merembes keluar dari mata
Intan Zulaikha. Pantas dia kesat laju.
Hafiz
Rafael tersenyum lebar. Stering kereta terus dipulas untuk membuat U-turn.
Intan Zulaikha tercengang.
‘Eh,
kita nak pergi mana? Kata nak keluar makan?’
‘tak
jadi lah, kita balik bincang dengan parent kita..kita kahwin..’ jujur Hafiz
Rafael memberitahu isi hatinya dengan berterus terang. Tak sanggup dia
berlama-lamaan membiarkan Intan Zulaikha tanpa ikatan, takut jika suatu hari
nanti dikebas orang. Putih mata oi, bini cantik ni!
Intan Zulaikha menutup pintu rumahnya perlahan. Hatinya
berdebar saat kaki menjejak kembali ke laman rumahnya itu. Ah, benda baik
kenapa aku nak takut? Hatinya kembali berperang dengan perasaan sendiri. Usai
Hafiz Rafael menghantarnya tadi, sempat Ralph menuturkan janji bahawa Zuzu
hanya miliknya seorang. Dalam hatinya dipugut rasa bahagia, ada rasa ketakutan
yang mula mendatang. Takut dengan penerimaan keluarganya untuk memyampaikan
hasrat hati bagi membina masjid yang indah.
‘Zuzu
sayang? Awalnya balik? Tadi El cakap sebelum pukul 12, baru pukul 9.30 sayang?’
tegur Datin Jamila dengan kerutan di dahi. Terkejut jugak tengah syok menonton
rancangan ‘Fear Factor’ tiba-tiba puteri kesayangannya itu memunculkan diri.
Zuzu
tersenyum, pantas dia memeluk mama kesayangannya itu ‘ mama, zuzu sayang mama
sangat..’
Makin
hairan Datin Jamila dengan perangai anak daranya seorang itu ‘kenapa ni
sayang?’
‘El
tak jadi makan tadi mama, dia ajak balik..ermmm..mamaaaaa..’ panjang nada manja
yang keluar dari bibir Zuzu
‘ermmmm?’
Sesekali tangan Datin Jamila membelai lembut bahu Zuzu yang sudah merebahkan
diri di ribaannya.
‘kalau
Zuzu kahwin sekarang mama bagi tak?’ tanya Zuzu jujur
‘what?!’
lantang suara Datin Jamila terkejut. Zuzu yang berada di ribaan sudah
memejamkan mata. Sudah diagak reaksi mamanya itu tatkala dia membicarakan soal
kahwin semenjak didalam kereta Ralph lagi.
‘sayang
jangan nak mengatal ya! Mama tak setuju..selagi umur Zuzu tak cecah 25, jangan
harap mama izinkan Zuzu kahwin..walau bakal suami Zuzu tu anak raja sekalipun..’
tegas sekali nada suara Datin Jamila.
Intan
Zulaikha duduk menghadap wajah mamanya ‘tapi mama kahwin muda tu elok, dapat
elakkan maksiat..’
‘Intan
Zulaikha! jangan nak merepek ye! Baru aje habis jawab exam paper siang
tadi..anak mama ni dah mengatal nak kahwin..mama nak Zuzu pegang ijazah, master
dulu..’ Membara hati Datin Jamila saat anaknya itu mempersoalkan tentang
perkahwinan.
Sungguh naluri hati
seorang ibu belum bersedia melepaskan buah hati kesayangannya itu. Siapa
gerangannya yang si Zuzu ni nak kahwin ye? Entah-entah dengan anak Bella, si El
tu. Tak boleh jadi ni! Aku taknak anak aku jauh dari aku. Cukuplah selama ini
aku merasa kesunyian saat semua anak terunaku dan suamiku menghabiskan masa
dengan kerja. Cukup!
‘tapi
Zuzu sayangkan dia, ijazah dengan master tu dah kahwin pun boleh belajar mama.’
Zuzu masih mempertahankan pendiriannya dalam nada memujuk
‘Nonsense!, walau apa pun alasan Zuzu bagi kat
mama, mama takkan pernah izinkan!’ lantang suara Datin Jamila memecah ruang
tamunya.
Zuzu
melutut meraih simpati ‘ mama, sampai bila mama nak atur hidup Zuzu? Zuzu ada
pilihan sendiri..’ lirih suaranya menahan tangis dan sendu.
‘ Kalau Zuzu nak kahwin
sangat, jangan anggap mama ni mama Zuzu lagi!’ terus Datin Jamila berdiri dan
berlalu menaiki tangga. Intan Zulaikha terpinga-pinga. Dia melepaskan keluhan
berat. Hatinya dilanda sayu, antara keluarga dan cinta? Tanpa dipinta air
matanya mengalir. Ah, murah sangat air matanya keluar pada malam ini!
‘mama..Zuzu
nak kahwin dengan dia..’ perlahan Intan Zulaikha mengumam sambil mengesat air
matanya.
Sementara
itu di rumah Hafiz Rafael. Hafiz Rafael pula sedang berperang hebat dengan
papanya. Bukan dia pinta untuk jadi sebegini, bukan dia pinta untuk kurang ajar
dengan papanya, namun papanya itu tidak harus mengongkong dirinya sedemikian.
‘Rafael!
Kamu jangan nak mengarut.. papa tak izinkan selagi kamu tak sambung belajar..’
bergetap-getap rahang Encik Rahim menahan amarah.
‘tapi
papa, El boleh sambung belajar bila el dah kahwin..El boleh sambung belajar
dengan isteri El..’ lancang Ralph mencari alasan. Mamanya yang berada di sisi
papa hanya memandang sayu.
‘mama,papa
izinkan El kahwin dengan Icha..mama tahukan yang El dah lama sukakan dia.’
Ralph merintih
‘El
sayang, bukannya niat kami nak menghalang.. tapi semua yang El pinta terlalu
mendadak.. El dengan Icha kan baru aje habis exam tadi, tiba-tiba nak kahwin..’
lembut Puan Bella memujuk anak sulungnya itu.
‘papa
tetap takkan izinkan! Kamu ingat kahwin ni benda simple je ke? Kamu nak bagi anak
bini kamu makan apa nanti? Pasir? Kamu boleh jamin ke sepanjang kamu belajar tu
kamu takkan usik isteri kamu? Kamu ingat kahwin ni benda mudah..besar
tanggungjawab yang kamu kena fikir Rafael..’ bertalu-talu soalan yang keluar
dari Encik Rahim. Pening sungguh dia dengan permintaan anak sulungnya itu.
‘kamu
harapan kami Rafael, kami nak tengok kamu berjaya gengam ijazah semua tu
sebelum kamu bina keluarga sendiri..tolonglah fahami kami..’ Puan Bella
mengosok perlahan bahu Hafiz Rafael.
‘mama
dengan papa tak pernah faham El..’ Ralph meraup wajahnya, pantas dia berlalu
menaiki tangga.
‘El..’
Puan Bella mengeluh
‘abang
long..’ Hainan Syamimi menegur abangnya yang mendaki tangga dengan wajah yang
tegang.
‘hmmm..’ Ralph menyahut
kasar sebelum berlalu memasuki biliknya.
Semua perbualan antara
mama,papa dan abangnya telah dia tangkap sewaktu mahu turun kebawah. Siapakah
gadis pilihan hati abangnya itu ya? Alangkah bertuahnya gadis itu kerna telah
berjaya mencuri sekeping hati milik Hafiz Rafael. Terasa hatinya mengeletek
cemburu!
Masuk sahaja didalam
bilik, pantas Hafiz Rafael mengunci pintu dan menghempaskan tubuhnya diatas
katil. Dia mengeluh mengenang nasib. Baru sahaja dia memejam mata beberapa saat
telefonnya menjerit tanda minta diangkat.
Ralph menoleh, tertera
nama ‘Icha sayang’ di atas paparan sesentuh. Laju dia mengangkat sambil
tersenyum riang. Hilang segala amarah yang bertaut di hati tatkala mendengar
suara kekasih hatinya itu.
‘Assalamualaikum zuzu
sayang..’ Ceria saja suara Hafiz Rafael
Lama pemanggilnya
berdiam diri, hanya helaan nafas yang kedengaran di corong telinga Ralph
‘waalaikumusalam Ralph..’
Sayu sahaja suara Zuzu.
Umpama orang yang baru kehilangan orang yang disayanginya.
‘kenapa ni Zuzu?
Something wrong? Ada masalah ke sayang?’
‘saya..saya minta maaf
Ralph, saya tak mampu nak tunaikan permintaan awak buat waktu yang terdekat
ni..saya minta maaf..’ jujur Zuzu meluahkan rasa. Dia sudah duduk berteleku di
tepi dinding menahan tangis yang bertandang lagi.
Hafiz Rafael berdiri
tegak. Serius sahaja riaknya kali ini ‘ tapi saya sayangkan awak! Bertahun saya
pendam..’
‘saya faham Ralph, saya
pun sayang awak sangat-sangat tapi kita masih muda. Itu alasan mereka..’
‘saya tak faham, salah
ke kita berdua bina masjid sayang?’ soal Hafiz Rafael, sungguh dia pening
memikirkan jalan terbaik untuk keluar dari masalah ini.
Zuzu mengeluh berat ‘
saya tak tahu..’
‘tak apalah, kita buat
istighkarah ye sayang..mudah-mudahan ini bukan pilihan yang salah..ambil wuduk,
In Shaa Allah hati kita akan tenang sayang..’ ujar Hafiz Rafael memujuk kekasih
hatinya itu.
Nah, ini yang makin
hati Intan Zulaikha terpaut sayang terhadap Hafiz Rafael. Satu sifat yang
selalu menjadi dambaan gadis-gadis buat bakal imamnya. Zuzu berharap moga sifat
Ralph yang satu itu akan berkekalan bukan sekadar untuk memujuk hatinya sahaja.
‘lagi pun tak comel lah
awak kalau awak menangis macam ni Zuzu, habis air mata bakal isteri saya ni..’
sambung Hafiz Rafael lagi
Zuzu tertawa dalam
tangis ‘ amboi! Habis tu kalau saya tak comel awak tak nak kahwin dengan saya
lah ye?’
Hafiz Rafael tertawa
dengan usikan Zuzu ‘ hurmmm, boleh dipertimbangkan..tapi saya takkan lepaskan
awak sayang oi..’
‘mengada!’
‘mengada dengan awak
seorang aje, tak ada yang lain..’
‘sweettalker lah awak
ni..’
‘yes, that I’m..kenapa
awak cair ke?’
‘saya bukan lilin yang
mudah cair kena api Ralph..’
‘eleh yoyo oo aje,
padahal baru usik sikit dah gelabah’
‘eiiii, jahat! Malas
kawan!’
‘kita kawan ke sayang?’
‘dah! malas saya layan
awak, bye!’ Pantas Zuzu menekan butang ‘off’. Mamat sengal! Ada sahaja yang
mahu dibangkang oleh si Ralph namun aku suka! Makin lama dilayan, makin geram
dibuatnya. Konklusinya, Zuzu sendiri yang menamatkan semua sebelum dia lebih
dikenakan lagi teruk baik dia mengalah.
Bipppp!
Bunyi mesej masuk.
Pantas Zuzu membuka. Pasti dari Hafiz Rafael.
Andai
dapat ku sentuh bulan,
Akan
aku lakarkan namamu sayang,
Andai
dapat aku terbang,
Akan
ku bawa dirimu dimana jua aku berada,
I
love you Intan Zulaikha..– Hafiz Rafael
Zuzu tersenyum senang
hati. Hilang seketika duga yang menjengah tiba sebentar tadi. Dia menaip
kembali mesej untuk Hafiz Rafael.
Sweettalker sangat! Allah manis
macam madu! Dah pergi solat!
Haila
macam-macam lah perangai Hafiz Rafael yang Zuzu sedari. Semuanya indah hanya
untuk mereka berdua. Zuzu tersenyum dan berlalu kearah bilik air untuk
mengambil wuduk. Menenangkan hati yang berduka lara dan memohon petunjuk di
atas pilihan tersebut kepada yang Satu.