Seorang gadis yang
sedang kalut dalam lingkungan awal 20-an sudah menundukkan wajah. Nampak sangat
keadaan diri gadis itu yang gelabah gila, pantas dia mengutip kembali barangan
ku yang sudah berterabur dek pelanggaran yang dicetusnya. Aku memandang gadis
itu kejap. Menganalisis penampilan gadis muda itu. Bertudung lembut dengan
sweater kot yang labuh hingga bawah pinggul. Berkulit putih namun tidaklah
seputih aku. Muka macam Melayu. Mesti pelajar neh.
‘I’m sorry Mrs..
Please forgive me, my bad’
Lagi sekali
gadis kelam-kabut itu meminta maaf setelah melihat aku yang masih diam tidak
memberi sebarang respon. Sesekali mulut si gadis terkumat-kamit memarahi diri
atas kecuaian yang berlaku dalam Bahasa Melayu. Terus aku tersenyum manis.
Haiya nak marah pun tak jadi tengok budak neh yang sudah menunjukkan muka innocent! Gadis neh mengingatkan aku
pada sesuatu je. Ya ! mengingatkan tentang diriku yang dulu.
‘It’s okay..I’m
forgive you but don’t do like this again. Fortunately the baby still
sleeping..’
‘Thank you Mrs.
. Yours baby so damn cute..’ Wajah kemerahan gadis tadi beransur hilang kini
diganti dengan wajah lega dan senyuman manis di bibir. Terus gadis itu menunduk
sebelum mencium bayi yang berada di dalam stoller.
Aku tergelak
lagi melihat perangai selamba gadis itu.
‘Malaysians?’ tebak
ku, sekadar mencuba nasib menyelidik gerangan si gadis. Gadis itu mengangguk
sebelum tersenyum lagi kearahku.
‘Malaysians
too?’ soalanku dibalas dengan soalan juga yang keluar dari mulut gadis tadi.
Aku tersenyum
mengangguk lantas memperkenalkan diri ‘ Hai, saya Adriena Tasya..’
Gadis itu turut
tersenyum dan terus menyalam tanganku ‘ Hai, saya Syifa..’
‘awak tak takut
saya marah awak sebab terlanggar saya tadi?’ aku memberanikan diri bertanya.
Yelah, walaupun gadis bernama Syifa ini kelam kabut namun suaranya masih
berlagak tenang setenang wajahnya.
Syifa tersenyum
sebelum mengelengkan kepala ‘tak..buat apa saya nak lari dari masalah?lari dari
masalah dan kesilapan diri takkan menyelesaikan apa-apa. Kita hanya akan
dihantui masa silam je kalau lari..lebih baik menyelesaikan semuanya segera
dari membuatkan saya dihimpit perasaan bersalah’
Aku terdiam. Berfikir
jauh. Betul juga kata si Syifa neh bahawa lari takkan mampu menyelesaikan
masalah. Aku neh boleh dikategori sebagai lari ke? Aduyai Tasya, kau bukan
larilah..kau Cuma bawak diri,merawat luka dihati. Pantas aku menegakkan
keputusanku untuk bermaustatin di London selama ini. Tapi kenapa tiap hari aku
sentiasa dibayangi dengan masa silam seolah-olah tidak mahu meninggalkan aku?!
‘awak..???!’ Syifa
dah melambai-lambai dihadapan mukaku. Mati lamunanku apabila menyedari Syifa
masih disitu.
‘anak awak comel
lah…tadi saya ingatkan saya langgar pelajar manalah, rupa awak tak macam dah
ada anak pun..macam anak dara yang umur belasan tahun..cantik..’ sambung Syifa
lagi.
Aku tertawa
mendengar pujian gadis comel itu, dalam hati mula terbit perasaan bangga ‘
pelajar ke? So kiranya awak pangkat adik-adik la neh?’
Kami sudah duduk
di atas kerusi. Gembira rasanya hatiku saat ini apabila ada teman yang boleh
diajak berbual. Orang Malaysia pulak tu selama ni jiran-jiran aku pun
kebanyakkannya orang pure Kota London. Speaking je kerjanya. Aku
yang kerja kat kedutaan tu pun speaking jugak dengan staf sana. Nak cakap
Bahasa Melayu? Jarang yang amat !
Gadis itu mengangguk sudah mula menunjukkan
sisi peramahnya. Aku juga turut sama mudah mesra tatkala berbual dengannya.
Stroller mudah alih bayi turut aku tarik di sisi sebelum mengubah bentuk
stroller seakan bakul bayi. Terus aku letakkan bakul stroller di antara Syifa dengan
diriku.
‘umur akak berapa neh?’ tanya Syifa
sopan
‘amboi soalan cepumas ke hape neh..kenapa
muka akak nampak macam dah tua ke?’ selamba aku mengusik sambil meraba wajahku
dengan riak blur.
‘eh,tak..tak, muka akak yang tegang
macam babyface neh takkan lah umur macam
mak nenek pulak? Just curious…’ Syifa mengusik mesra. Mungkin menyedari ketelanjuran
katanya sebentar tadi. Namun aku tidak lah mengambil pusing segala katanya.
‘akak umur 25 tahun la.Syifa mesti
22 kan?’ aku menebak umur Syifa pula. Syifa mengangguk sambil tersengih bangga.
Banggalah tu muda lagi dari aku.
‘kalau macam tu
Syifa panggil akak, kak Tasya la boleh? Akak kerja sini ke?’
‘boleh aje Syifa..yes,
baru beberapa bulan akak kerja kat kedutaan Malaysia, London..tapi duduk London
ne dah 2 tahun lebih sejak further Master kat Universiti sini..tadi Syifa kalut-kalut nak kemana?’ tanyaku lagi sambil
memandang Syifa yang sedang ralit memegang pipi si kecil.
‘owh,akak pegawai
diplomat la neh? Ada kelas tadi..’ Syifa memandangku penuh kagum. Aku hanya tersengih.
Memang
perkerjaan diplomat tidaklah segah mana. Namun eklusifnya tetap ada. Mengalas
tanggungjawab yang berat dalam menjaga kebajikan rakyat Malaysia yang tinggal
di United Kingdom ini yang harus aku tempuhi. Jadual kerja ku yang padat dengan
meeting dan report yang perlu diselesaikan harus aku telan membuatkan aku tiada
masa untuk merehatkan diri. Untung ketuaku, Papa Kamil yang merangkap kawan
baik papa yang juga pegawai diplomat di Malaysia tersangatlah baik hati
memberikan aku cuti hari ini.
Jadi pegawai
diplomat neh pun kerna menumpang tiket papa yang jua pegawai diplomat. Jika
tidak masakan senang aku diterima kerja kedalam konsulat Malaysia itu. Nasib
baik juga papa ingin membantu setelah aku merayu berkali-kali. Terus papa menghubungi
sahabatnya yang berada di konsulat Malaysia agar menerima diriku berkerja di
situ secara kontrak.
‘ada kelas?pukul
berapa Syifa?’ ujarku lagi meminta kepastian.
‘pukul 10
akak..akak tinggal kat mana eh? comelnya baby neh,geram!’ sempat Syifa mencubit
lembut pipi si kecil sebelum Syifa pandang muka aku lagi. Wajahnya tenang masih
tersenyum seperti tadi.
Aku melihat jam
tangganku. Ah sudah, dah pukul 10.20 sekarang neh. Si Syifa neh sedar ke
tidak?!
‘Syifa.. It’s
almost 10.20 A.M right now, did you realize it?’ ujarku seraya memandang Syifa
laju.
Syifa tergamam.
Turut sama melihat jam di telefonnya. Kembali Syifa menjadi kalut seperti
mula-mula kami bertemu tadi.
‘Alamak,
akak…saya dah lambat neh!!!’ Syifa terjerit seraya memandang aku polos.
Hisy budak neh,
terkejut jugak aku dek tidak menjangkakan si Syifa neh bakal menjerit sebegitu.
Bayi yang berada di dalam stroller merenggek perlahan. Mungkin terjaga dek
jeritan Syifa. Pantas aku menepuk-nepuk lembut badan si kecil.
‘tunggu kejap Syifa.. ni business
card akak..kalau ada masa jemputlah singgah’ Laju aku menghulur kad
perniagaanku kepada Syifa yang serupa cacing kepanasan itu.
![]() |
belgrave |
Kad bertukar
tangan. Sempat juga Syifa melihat teruja ‘Belgrave? Akak tinggal kat situ ke? Wah,
best jugak jadi pegawai diplomatik neh..’
Syifa masih
memandang ku teruja. Belgrave, satu tempat eklusif yang menempatkan para
diplomat negara di seluruh dunia. Berdekatan dengan Buckingham Palace dan
Harrods menjadikan tempat tersebut salah satu hotspot high class di kota London.
Aku tersengih lagi.
‘Syifa belajar kat mana neh?’
‘Royal College of Art..dekat je
akak dari sini’
‘owh I see, mesti Syifa tangan seni
neh?’
Syifa mengangguk laju sebelum
tersengih ‘a ah, akak saya pergi dulu la..dah lambat neh..tak sempat nak
berbual lama-lama..nanti ada masa free saya singgah okey’
‘Haha, sabar Syifa jangan kalut
sangat..universiti tu tak lari pun’
‘memang lah akak
tapi professor kelas ne yang garang macam bapak singa’ Syifa mencebik.
‘okeylah,
hati-hati tau’
‘okey akak, saya
minta diri dulu..papai baby comel..Assalamualaikum’ Syifa mencuit tangan si
kecil.
Kelam kabut dia
meminta diri dan berjanji jika ada kelapangan dia akan datang melawatku. Aku
tertawa melihat susuk tubuh Syifa yang makin menghilang. Ah gadis itu
perangainya teramatlah serupa dengan diriku dahulu. Hmmm, Dejavu ada dimana-mana. Tanganku masih tidak lepas menepuk-nepuk
badan si kecil hingga dia lena kembali.
Walhal mataku
sudah tertacap ke arah beg Channelku dimana tergeletaknya sebuah album gambar.
Album gambar berkulit yang memang aku bawa kemana sahaja aku pergi. Album
gambar yang membawa 1001 memori dalam hidupku. Mungkin terkeluar sewaktu
pelanggaran bersama Syifa tadi. Aku melepaskan keluhan berat. Pantas aku
mengambil album gambar tersebut. Membuka helaian demi helaian.
-Let ours love be like the misty rain,
coming softly but flooding the river.. -
Ada gambar aku
dengan muka yang sememeh, comot sewaktu makan aiskrim, ketawa, mencebik, marah
, tersenyum bahagia dan merajuk sakan. Semuanya ditangkap dalam keadaan kandid.
Entah bila ditangkap, aku juga tidak pernah menyedari. Aku tersenyum dalam
sayu, mataku sudah mula berkaca-kaca. Hatiku sebak tiba-tiba. Rindu itu tetap
ada. Namun cinta tidak semuanya berakhir dengan indah.
Nafas aku tarik
dalam. Jari-jemariku mengusap perlahan album yang sedang aku pegang erat. Aku
melontarkan padangan jauh. Jauh kehadapan memandang tasik yang indah umpama
kaca yang bisa menembusi. Umpama pita perakam yang mengulang tayang kembali
kenangan yang lalu. Kenangan yang tidak mampu aku hapus dari kotak hatiku.
Kenangan yang membawa aku kemari dua tahun dahulu.
Perlahan-lahan
mataku kabur, membenarkan memori itu kembali…
p/s : haha..just writing :p
No comments:
Post a Comment