Thursday, 17 April 2014

Jagakan Dia Untukku : Part 6

Bab 6



Daniel hanya sekadar menjadi pemerhati setia dari jauh sesekali dia tersegih segaris terhadap pemuda dan gadis itu yang sedang berbual rancak sempat dia bermain-main dengan dagunya.

‘well,well,well..Airil kau ingat kau bagus sangat,konon baik la tu..tak pernah tidur dengan perempuan konon.Ingat aku bodoh macam kau tak reti nak beza benda tu semua’ Sinis Daniel berkata tarhadap dirinya sendiri.

Peristiwa pada pagi itu kembali berlayar di mindanya. Pagi itu Daniel datang ke apartment Airil dengan niat mahu memohon maaf kepada Airil atas rasa bersalah yang membelenggu dirinya saat berkomplot dengan Lily dalam menjatuhkan Airil,teman baiknya sendiri.Kerana cintanya terhadap Lily,dia sanggup menikam belakang Airil demi menjayakan dendam kesumat Lily pada malam kelmarin. Dia sendiri yang bertanggungjawab memasukkan dadah kedalam minuman Airil.

Fikirnya Airil akan pengsan sahaja,namun saat dia menoleh kearah Lily gadis itu sudah memasukkan kuantiti dadah yang terlampau banyak didalam minuman Airil lalu mengedik-gedik kearah Airil dan memujuknya supaya menerima minuman itu tanda kemaafan dari hati yang ikhlas.

‘youuu, I’m so sorry sebab marahkan you hari tu,I tau salah I’ sengaja Lily mengesel-geselkan badannya kearah Airil.

Lekas Airil menepis kasar ‘ you buat apa neh,tepilah I rimas!’

‘I datang nak minta maaf je, I tau you dah buang I dari hati you tapi kita boleh jadi kawan kan?’ Lirih suara Lily meminta simpati

Airil memandang sebelum mengeluh,mungkin ada benarnya kata Lily itu.Tiada guna dia berdendam ‘Hurmm, okey-okey kita jadi kawan..i maafkan you’

Ceria wajah Lily ‘you terima kasih,nah la air neh tanda kita buka buku baru, kita jadi kawan okey…cheeeerrrrr!.’

Gelas yang berisi dadah sudah bertukar tangan, Lily senyum sinis sambil mengumam perlahan ‘matilah you Airil, you deserves this!’

Daniel yang memandang terkejut kerna perlakuan Lily sebentar tadi menerpa laju. Cinta? pergi matilah dengan cinta, apa yang penting sekarang ini adalah nyawa sahabat baiknya itu. Ini bukan apa seperti yang telah dia dan Lily rancangkan! Mujur dia sempat menepis minuman yang hampir separuh diminum itu, Jika tidak dia sudah kehilangan sahabat baiknya. Biarpun dia teramatlah marah terhadap Airil kerna memperlakukan Lily dengan teruk namun ikatannya dengan Airil yang memang akrab tidak mampu membina tebing keegoan dalam dirinya sendiri.

Lily dan Airil terkejut, pantas Lily berdiri ‘Daniel! You buat apa neh?! What wrong with you ?!’

‘Daniel, what are you doing?! Do you want me die cause the heart attact huh!?’ Airil juga terkejut dengan perlakuan sahabatnya itu yang tiba-tiba menepis minumannya saat hampir separuh dia meneguk. Boleh kena sakit jantung macam tu kot!

‘Airil, kau jangan minum air tu!’

‘apa kau cakap neh?aku tak faham,kenapa dengan air yang Lily bagi tu?’ Airil memandang Daniel meminta penjelasan

‘you,jangan dengar cakap dia!’ ujar Lily laju,cuak!

Airil memandang Lily dengan riak pelik ‘ ha? Why? Aku tak faham ne, please explain to me!’

‘sebab,sebab dalam air tu Lily dah letak dadah untuk bunuh kau Airil..’ Daniel tertunduk sepi

Airil mula berang. Urat-urat sarafnya juga tegang. Suaranya mula naik dua oktah ‘ What!! Its true Lily?!’

Lily memegang tangan Airil sambil merayu ‘No!,bukan I yang rancang tapi dia..’ tangan Lily laju menunjuk kearah Daniel ‘ kawan yang you paling sayang ne yang rancang,dia yang nak bunuh you! Dia tak suka I sebab tu dia tuduh I macam-macam, I tak tau dalam air you ada dadah..i teraniaya’

Airil makin kusut, Daniel? Lily? Komplot? , dia menolak kasar tubuh Lily sebelum beralih menghadap Daniel ‘Daniel,betul ke apa yang Lily cakap neh haa?!’

Daniel hanya menunduk sesekali dia meramas rambutnya ‘memang aku yang rancang tapi aku tak ada niat nak bunuh kau,sumpah aku cakap,aku marah sebab kau buat Lily macam sampah..do you know how much I love her,but why you keep hurting her? Tapi aku tak letak dadah tu,Lily yang letak dalam kuantiti yang banyak.sebab tu aku halang,I’m sorry Airil, I didn’t mean it’

Airil mengeluh berat sambil mengengam tangannya, nak tumbuk si Daniel tak sanggup! Daniel lakukan semua itu bersebab, sebab dia sayangkan Lily dan dia memang berhak diperlakukan begitu kerna selalu melayani Lily dengan teruk. Kepala Airil makin memberat, kesan dadah dalam minumannya tadi sudah mula menampakkan hasil, laju kaki Airil melangkah keluar meninggalkan kelab malam itu dan Daniel yang sedang dibelenggu perasaan bersalah dengan Lily yang tersenyum sinis.

Daniel mendongak,dihadapannya kini hanya ada wajah Lily yang tersenyum sinis. Airil tak tumbuk aku ke? Kenapa? Makin berat hati Daniel dengan perlakuan Airil yang hanya membiarkannya disitu tanpa sebarang pergaduhan.

‘tak sangka you cinta mati kat I kan Daniel...i hargai kesanggupan you tikam belakang bestfriend you sendiri,tapi nak terima cinta you tu I mintak maaf,lupakan I.Lainlah kalau you neh anak tan sri,datuk kelas A tapi sayangnya you anak datuk yang dah nak gulung tikar, What a shame!.’ Hina Lily sambil tersenyum riak memeluk tubuh.

Daniel hanya diam memandang tanpa perasaan, entah mengapa cintanya terhadap gadis dihadapannya ini sudah makin pudar ‘lupakan je lah dendam you tu Lily..’

‘yes,memang dah lupa sebab I dah berjaya bagi Airil minum air tu separuh, you tahukan kesan dia macamana? Wow,I tak sabar nak dengar berita kat news nanti anak Dato’ Zulkifli overdose dadah..haha,dendam I dah terbalas!’

‘sudahlah tu Lily, I buat semua tu sebab I sayang kat you’ Daniel hanya mengeluh

‘haha, pergi jalanlah dengan sayang you tu.You boleh bagi I duit ke dengan cinta you tu haa?! Nak belanja I Coach, Jimmy Choo, Tiffany & co pun tak mampu..ada hati nak sayang I,boleh blah!..oh,tu anak tan sri kan? I dengar dia ada asset berbillion-billion, wow kalau I dengan dia mesti I jadi orang yang terkaya kat dunia, got to go..goodbye Daniel’ tergedik-gedik Lily meninggalkan Daniel tanpa sikit pun perasaan bersalah.

Daniel memandang geram, dilihatnya Lily sedang berpura-pura baik sambil melakukan aksi seksinya terhadap beberapa orang pemuda. Betina tak guna! Hatinya menjerit, dia bingkas bangun laju kearah Lily sebelum melepaskan tamparan kuat. Terpampam Lily sambil mengesat pipinya sungguh dia tak menduga tindakan Daniel itu. Lelaki tadi nyata terkejut juga

‘You deserve this Lily for what you have done!’ Daniel memandang Lily sinis dan pergi meninggalkan kelab malam itu. Lelaki tadi yang sudah membantu Lily berdiri hanya terpinga-pinga.

Punat apartment Airil ditekan, namun tiada sahutan. Tidur lagikah si Airil? Dah pukul 9 pagi neh, Daniel memandang kosong pintu apartment itu. Dia kembali teringat bahawa Airil pernah menunjukkan tempat dimana kunci pendua apartment itu diletakkan, pernah juga dirinya dulu selalu menginap disitu bersama Airil. Dia mengangkat pasu bunga yang berada di tepi rak kasut .

‘yes, ada pun’ selamba Daniel membuka pintu apartment Airil dengan mudah

Daniel meninjau sekeliling apartment Airil,sunyi! Takkanlah dia tak ada kat sini kot sebab Daniel pasti Dato Zulkifli tidak berbohong bahawa Airil pasti ke sini kerna sudah semalaman dia tidak pulang ke rumah bapanya. Akhirnya dia menjumpai Airil sedang duduk di birai katil dengan pandangan kosong.

‘hoi Airil kau termenung kenapa?! laju Daniel menerpa Airil

‘opocot kau! Woi, apsal kau ceroboh rumah aku neh?salam pun tak bagi’ terkejut Airil melihat Daniel berada dihadapan matanya,sempat pulak tu menyergah dirinya yang sedang mengingati apa yang berlaku pada malam semalam.

Daniel duduk di sisi Airil ‘sorry lah aku dah tekan loceng tadi tapi kau yang tak dengar,aku datang mengejut kat sini sebab aku nak minta maaf. Aku bodoh sebab percayakan Lily aku sanggup letak dadah kat minuman kau,nasib baik kau hidup lagi neh’ laju Daniel memeluk Airil sebelum matanya tertacap ke arah tompokan darah di cadar katil Airil

‘apa kau buat neh, kau nak buat aku sakit jantung ke?!lepaskan aku,gay ke apa? dah ada Lily pergilah peluk Lily tu,lagi sedap!’ Airil merelus pelukan Daniel

‘kau ne,aku dah putuslah dengan betina tak guna tu. Depan aku dia boleh mengedik goda lelaki lain,mana tak panas hati aku!, Airil darah apa tu? Daniel menunjuk kearah tompokan darah tersebut.

Laju Airil menoleh, dia meneguk air liurnya ‘errr,err tu darah kucinglah,aku lupa nak basuh semalam,letih sangat sebab tu aku tertidur’

Daniel mula curiga sejak bila kau ada kucing bro?’

‘kucing orang sebelahlah,gaduh kot lepas tu masuk rumah aku landing kat katil aku sambil tinggalkan kesan darah merata-rata..lupa pulak aku nak cuci,eh dah lah aku nak mandi neh..’ Airil bingkas bangun sambil membetulkan tualanya di pingang.

Makin curiga Daniel melihat keadaan Airil yang sebegitu, separuh berbogel ! ‘ apasal kau dalam keadaan naked sangat neh?’

‘semalam tiba-tiba aku rasa panas,tu yang kau tengok macam ne ha’ segera dia masuk kedalam tandas sebelum Daniel makin banyak bertanya. Ah,bahaya ni! Makin lama dia duduk kat situ makin banyak yang disoal si Daniel ni. Sebelum rahsianya bocor lebih baik dia mengelak.

‘oooo’ mulut Daniel hanya membentuk huruf ‘o’ yang panjang namun segera dia berkata walaupun hatinya masih curiga terhadap Airil ‘ bro kau maafkan aku tak? dia melaung

‘ya,ya aku maafkan kau’ Airil menyahut dari dalam tandas

‘okaylah aku tunggu kat luar’ Daniel berjalan keluar sebelum dia tersepak sesuatu, dia memandang dengan riak terkejut. Milik siapakah seluar dalam ini? Nak kata Airil punya,terlalu kecil umpama milik seorang perempuan! Takkanlah mama Airil punya? Rasanya dah bertahun mama Airil tidak datang menemui Airil. Daniel menganalisis maklumat yang baru dicernanya itu. Sekali lagi Daniel menoleh kebelakang memandang tompokan darah tersebut bergilir-gilir dengan seluar dalam yang disepaknya tadi. Sah! Airil tidur dengan perempuan malam tadi dan perempuan itu masih dara! Bukan dia tak tahu semua tanda mengenai itu, sejak zaman Sekolah lagi dia sudah mengambil tahu.

No comments:

Post a Comment