‘Assalamualaikum nak..’
Pak Jamil memberi salam
‘Waalaikumusalam..’ serentak mereka berempat menjawab
salam dari lelaki dalam lingkungan 50-an itu
‘pak cik datang ni nak pulangkan balik kereta Myvi ni
pada tuan dia atas arahan majikan pakcik.Betulkan alamat ni?’ Kata Pak Jamil
sambil menunjukkan kereta dan alamat yang sempat dia tulis
Tasya menjerit teruja apabila melihat kereta
kesayangannya ‘Arghhh,mioi...miss you so much’ Dia terus mengangguk laju dan
berlari mendapatkan keretanya itu
Pak Jamil hanya tersenyum melihat telatah anak gadis itu.Bella
mendapatkan Tasya sebelum tersenyum memandang Pak Jamil ‘er,pak cik kawan saya
memang macam ni..maaf ya’
‘eh,tak apalah cik..biasalah tu sayang kat harta benda
tambah-tambah kalau dia ada nilai kat mata kita’ Pak Jamil tertawa
Tasya memandang kembali Pak Jamil selepas puas melepaskan
rindunya terhadap mioi.
‘pakcik mana lelaki yang tolong hantarkan kereta saya
ne?’
‘oh,tuan muda ada meeting dengan lembaga pengarah.tu yang
dia suruh pakcik hantarkan kereta ni kat rumah cik’ ringkas Pak Jamil
menerangkan
‘oh,berapa ya saya kena bayar?sebab dia dah tolong
hantarkan kat bengkel kereta ni’ Tasya mengeluh hampa namun dia ikhlas mahu
membalas kembali pertolongan lelaki itu
Pak Jamil hanya mengeleng ‘tak perlu lah cik sebab tuan
pakcik pesan tadi dia ikhlas tolong cik’
‘tapi saya tak sampai hati..’ sayu Tasya berkata
‘betul cik tak perlu rasa bersalah sebab pakcik tahu tuan
muda baik hati nak tolong cik’
‘kalau macam tu,pakcik tunggu sekejap saya ada benda nak
bagi tanda saya berterima kasih dekat dia’
mencicit Tasya berlari masuk kedalam rumah.Hana,Bella dan Miera hanya
memandang kehairanan
Beberapa minit kemudian Tasya datang kembali dengan
sebekal kek coklat yang mahu diberikannya kepada lelaki itu.Sempat juga dia
menyelitkan nota ringkas agar lelaki itu tahu bahawa dia benar-benar berterima
kasih atas pertolongannya.
‘Bekal ni tolong bagi dekat dia ya pakcik tanda saya
sangat-sangat berterima kasih kat dia’ manis Tasya tersenyum
Bekalan kek coklat tersebut bertukar tangan ‘ baiklah cik
nanti pakcik bagi dekat tuan muda.terima kasih pakcik minta undur diri
dulu,assalamualaikum.’
‘waalaikumusalam,terima
kasih pakcik..jumpa lagi,hati-hati bawak kereta tu’ Mereka berempat tersenyum sambil melambai lalaki tua itu sebelum
kereta BMW yang membawa lelaki tadi berlalu pergi.
Umpama pesalah yang sedang dihadapkan di
mahkamah.Bella,Hana dan Miera memandang Tasya tanpa berkelip.
‘Ad,bila masa kau sempat buat kek ne?’ Hana mula bertanya
Tasya tersengih sambil mengerlip matanya ‘pagi tadi..’
Bella menjengilkan matanya suaranya sudah naik satu oktah‘
amboi,dah sihat dari pagi tadi rupanya si Adriena Tasya!’
Tasya mengetap bibir ‘hehe,a ah..aku kempunan nak makan
kek coklat.itu yang rajin aku ke dapur pergi bake tadi’
‘patutlah sempat
bagi kat pakcik kaya tadi,abislah kau dia tergoda nanti dia nak buat kau jadi
bini..kahkahkah’ Miera sengaja menakutkan Tasya
‘Ish,merepek korang ne..kasihan pakcik tu dia tak salah
apa-apa pun’ Tasya mempertahankan diri
‘Dah la jom masuk,nak makan kek coklat Ad lama tak rasa
tahu,kau simpan kan sikit untuk kitaorang yang dah penat jaga kau ne’ Hana
mengajak.Tasya mengangguk
‘eh,kita tolong Ad ikhlas la Hana’ Bella memotong
Hana tersenyum ‘tahu lah saja aku usik Ad’
‘eleh macam tak kenal korang ne,tak ada istilah ungkit
dalam kamus hidup korang lah’ ujar Tasya sambil memeluk ketiga-tiga sahabatnya ‘terima
kasih,koranglah sahabat dunia akhirat aku’
‘hey,kau pun sama lah’
serentak ketiga sahabatnya berkata sebelum mereka tertawa sesama sendiri
dan berjalan beiringan masuk ke dalam rumah.
~~~~~~~~~
Farish sedari
tadi mengetuk-ngetuk failnya dengan pen.Fikirannya menerawang otaknya ligat memikirkan
Lina manakala hatinya membayangkan wajah gadis yang telah membuat rentak
jantungnya lari dari normal dua hari yang lalu dan dia merindui teman Wechatnya
si Adriena Tasya juga. Langsung dia tidak menangkap segala yang dibincangkan
papanya serta perkerja lain sewaktu meeting tadi.
Dia
mengeluh sungguh di hatinya terbit satu rasa terkilan kerana tidak dapat bersua
muka dengan gadis itu lagi. Kalau lah boleh dia mahu sahaja bertukar tempat
dengan Pak Jamil semata-mata mahu menghantar kereta gadis itu.Dia keliru dengan
perasaan yang dirasakannya tika ini. Adakah ini yang dinamakan cinta pandang pertama?
Fahmi sahabat baiknya yang tua berapa tahun dari dirinya memandang pelik.
Semenjak dari bilik meeting tadi dia dapat melihat raut wajah Farish yang
seolah-olah hilang fokus berbeza sekali sikap dia pada hari itu.
‘wei Farish,kenapa
dengan kau hari ini? Aku tengok lain macam aje?’ Fahmi memandang Farish
berkerut
Farish mengeluh ‘entah
aku pun tak tahu apa masalah dengan aku hari ni’
‘pelik
lah dengan kau ni,selalu mulut tu bising aje..kau gaduh dengan Lina ke?’ Fahmi bertanya
Sememangnya
dia dan Farish amat rapat bagai isi dengan kuku. Semua mengenai Farish sudah
diketahuinya begitu juga Farish,dia juga tahu serba serbi mengenai Fahmi
mengenai kisah silam dirinya sehingga lah sekarang mengenai perhubungan
seriusnya dengan buah hatinya Nurnabella Syakirah atau nama manjanya Bella
.Baginya tiada rahsia antara mereka.
‘nothing,just
I want to asking something if you don’t mind’ Farish membelakangi Fahmi sambil memandang permandangan kota di
balik cermin dalam biliknya.
Bagus
juga tingkap kaca itu dibina memudahkan dirinya tenang apabila melihat bangunan
KLCC yang berdekatan serta dapat melihat awan biru seolah di depan mata.Terima
kasih kepada kontraktor dan arkitek yang membina empayar keluarganya ini.
‘boleh aje,kau nak
tanya apa bro?’ Fahmi duduk diatas meja Farish,hanya dia sahaja perkrja yang
berani berbuat demikian kerana dia adalah kenalan rapat dan orang kepercayaan
Adam Farish.
Farish mencari kekuatan
sebelum memandang ke arah Fahmi ‘ kau percaya tak dengan cinta pandang
pertama?’
Fahmi ketawa terbahak-bahak
hingga dia jatuh terduduk sakit perutnya kerana banyak ketawa ‘aku ingat kan
tadi hal serius apa lah yang kau nak cakap,rupanya pasal cinta’ sakan dia bantai
mentertawakan Farish
‘kau ni aku serius kau
gelak pulak.bukan nak tolong’ Farish mendengus
‘kau
dah tangkap cintan dengan siapa ni bro?cantik tak?’ Fahmi menjongket keningnya
‘tu
la orang bila cakap pasal cinta,awek mesti tanya fizikal dulu,padahal hati yang
penting.Tak semua orang sempurna lah tengok macam aku ni.Dah lah tembam tak ada
siapa yang suka lah’ Farish tiba-tiba berubah menjadi emosional.
‘sejak
bila kau macam gigirl-gigirl ni?sensitif..’
Fahmi mengusik
‘kau
ni buat aku sakit hati aje,dah lah bro jom balik.Office hour dah habis’ Farish
melihat jamnya sudah pukul 6 petang
‘alahai
kau ni..tak habis cakap lagi neh..ubah topic pulak..bro jom keluar hujung
minggu ni nak tak? Hafiz baru balik oversea dia ajak jumpa’ ujar Fahmi mengajak
‘ye ke? Hafiz dah
balik? Lama tak jumpa dia,boleh aje nanti kau roger-roger lah aku kat mana nak
lepak.rindu kot nak lepak macam dulu’ wajah Farish berubah ceria
Fahmi
memandang mengusik ‘Kau ni kadang-kadang aku
confuse jugak takut kau ni gay,sebab bila ajak jumpa perempuan bukan main
liat kau tapi terlebih teruja pulak kalau jumpa lelaki’
Farish mengengam
penumpuknya dan menghala lembut ke arah bahu Fahmi ‘agak-agaklah nak cakap aku
gay,aku lelaki tulen lah..lagipun Hafiz kan kawan kita,lama kot kita tak jumpa
dia’
‘ye
la-ye la jadi lah eh?dah jom balik’ Akhirnya Fahmi mengalah dan mereka berdua
berjalan keluar dari Empayar Sutera Cruisine menuju ke kereta masing-masing.
No comments:
Post a Comment