Airil
memberi alasan kepada Tasya bahawa dia ada perkara penting yang perlu diuruskan
menyebabkan mereka tidak dapat meneruskan sesi suai kenal,padahal dia malas
berlamaan dengan gadis 3 suku itu.. ‘jatuh saham aku lama-lama duduk dengan
dia’ getus hati Airil sebelum tersengih mendapatkan Daniel sambil menunjukkan
simbol ‘thumb up’.
Daniel
menjungkitkan keningnya ‘amacam bro jadi plan kite?’
‘eh
of course la jadi..aku tengok minah tu cepat je cair dengan aku..hahaha,aku kan
legend’
megah Airil berkata
‘iya
la legend la sangat..legend playboy Malaya..haha..so apa step kau lepas neh?’ tanya
Daniel
Sinis
Airil tersenyum ‘ aku akan pastikan minah tu cair dengan aku,aku akan pikat dia
lepas tu sampai masa aku kecewakan dia..baru puas hati aku’
‘haha,hebatlah
kau..ini lah baru betul Airil Farhan yang aku kenal,ikut jugak kau dengan idea
aku kan?’ Daniel menepuk-nepuk bahu
Airil
Lantas
Airil memakai kacamata hitam yang menjadi lambang stylo orang-orang standard
sepertinya dan memandang Daniel serius
‘dah
la jom kita keluar cuci mata,malas aku nak cakap pasal minah perasan cantik
tu..nanti-nanti lah kita kenakan dia’ Airil mendengus..malas dia memikirkan
perempuan yang dia sendiri tidak berselera melihatnya apatah lagi diajak
berteman.Awal-awal dia menolak..jauh panggang dari api namun memikirkan dia
dicabar sahabat baiknya membuatkan ego lelakinya memberontak lantas berpura-pura
dia memikat Adriena Tasya.
Entah
mengapa fikiran Airil bercelaru..dia malas mengambil tahu tentang Adriena Tasya
apa yang dia pasti dia asyik teringatkan gadis itu.. gadis yang pernah Airil
sendiri tanpa sedar meragut kesuciannya..fikirannya kembali melakar raut wajah jelita
milik gadis yang sentiasa menganggu lena malamnya..walaupun Airil seorang
playboy..awek berderet-deret beratur namun belum pernah dia menyentuh mana-mana perempuan yang berdampingan dengannya
hingga diajak ke kamar tidur..
Peceraian
kedua ibu bapanya sewaktu dia masih bersekolah menyebabkan dia sukar
mempercayai wanita..mamanya curang dengan kawan baik papanya sendiri..semenjak
itu Airil Farhan tinggal bersama papanya di luar negara..sehinggalah 2 tahun
yang lalu papanya mengambil keputusan untuk kembali ke Malaysia bagi mengurus perniaagaan
mereka disini,lantas Airil menyambung pengajiannya di universiti
tempatan..kurangnya belaian dari seorang ibu menyebabkan dia berperangai
begitu…Namun dia merupakan anak kesayangan papanya.Al maklumlah anak tunggal ! gaya
hidupnya sekarang yang bebas adalah kerana terikut-ikut budaya luar sewaktu dia
tinggal di oversea..baginya perempuan bertukar setiap hari umpama menukar
pakaian..asalkan duit yang menjadi pengantara dia boleh memiliki segalanya..
Bagi
Airil lagi mereka setakat menjadi tempat dia bermanja,bersentuhan tangan,berpelukan
erat sahaja yang pernah dia lakukan dan itu sudah biasa baginya…pernah juga
gadis lain mengodanya namun tidak lah nafsunya sampai ingin bersetubuh dengan
mereka..kerana dia amat yakin gadis lain semuanya telah hilang madunya..tapi
gadis itu lah yang pertama..dia sedar gadis itu masih suci..namun egonya yang
meninggi segera menepis perasaan bersalah yang mula bertandang di hati.Punca peristiwa
pada malam itu berlaku kembali berlayar di mindanya.
~~~~~~~~
‘you!
I tak suka you ushar awek kat restoren tadi!..’ Lily sudah mula menunjukkan
tanda protes sambil menyilangkan tangan.Bibirnya yang di oles lipstick merah
sudah mula memuncung.
‘habis
tu mata I ada,suka hati I lah nak tengok siapa pun!!..’ ujar Airil yang mula
rimas,Arghh..girfriendnya yang sorang ni memang menyusahkan.Sudahlah
materialistik, kaki bebel pulak tu.Mahu saja dia menurunkan gadis yang tidak
cukup kain itu di tepi jalan. Baru aman sikit dunianya,nak cari sparepart lain
pun senang!
Lily
memukul-mukul lengan Airil ‘I benci you! I benci you! I tahu awek tadi yang
mengorat you dulukan?! Kalau tak you tak pandang pun!’ hambur Lily yang sudah
cemburu buta.Dengan gadis waiter tadi pun dia mahu cemburu.Parah dah tu!
‘you
ni boleh tolong diam tak? I nak drive pun tak senang!’ hambur Airil sambil
menjeling tajam.Ah,melampau sungguh perempuan di sebelahnya ini,suka-suka aje
tampar bahunya,papanya pun tidak pernah menyentuh dirinya sebegitu!
Mata
Lily mula berkaca ‘ you tengking I
sebab perempuan gatal tu kan? Sampai hati you..’
Airil membrek kereta secara mengejut.Geram sungguh
hatinya tika ini ‘you turun sekarang! Cepat!’
‘tak nak! I takkan turun, tergamak ke you nak turunkan I
sorang-sorang kat tempat sunyi ni?you kan sayang i..’ ujar Lily sinis
Airil keluar dari keretanya sebelum menarik kasar Lily
dan menghempaskannya di atas jalan laju dia menaiki keretanya kembali ‘sayang
kepala hotak kau! mulai saat ni kita tak ada apa-apa hubungan dah!’,keretanya
bergerak laju
Terkejut Lily dengan tindakan Airil itu,segera dia
mengejar kereta Airil ‘you!! tunggu I,jangan tinggalkan I sorang-sorang kat
sini!’ sememeh wajahnya tika ini dengan air mata yang berjurai laju.. ‘I minta
maaf,I betul-betul takut..’ jerit Lily yang telah jatuh terduduk di atas jalan
tar sambil melihat kereta Airil yang telah jauh meninggalkan
dirinya..teresak-esak dia saat ini,habis lutut dan tapak kakinya luka gara-gara
mengejar Airil.
‘I janji,I takkan lepaskan you Airil,berani you buat I sehina
macam ni!’ Lily mencapai pursenya mengagau
dia mencari telefonnya sebelum dia mendail no telefon itu.
‘you…ambil I sekarang! Sampai hati bestfriend you
tinggalkan I sorang-sorang kat sini..’ Lily merengek manja..
~~~~~~~~~~~
‘haha..jom
kita pergi kelab nak? Aku dengar ada ramai chic baru datang..awesome, boleh
cuci mata puas-puas neh’ Daniel
tersengih gatal
‘woi,Airil..apasal
dengan kau neh?’ Daniel memandang pelik sahabatnya yang satu itu apabila dia
secara tiba-tiba senyap dan termenung jauh.Airil masih diam tidak berkutik
sesekali dahinya berkerut-kerut
Laju
Daniel menepuk lengan Airil yang sememangnya berotot ‘Airil kau dah kenapa? Aku
cakap dengan kau dari tadi..kau tak dengar ke? Jauh kau termenung?’ bertalu-talu soalan yang keluar dari
mulut Daniel
Terkejut
Airil dengan tepukan Daniel itu, ‘Ouchhh!!’ lantas mematikan lamunannya sebelum
dia menemui gadis itu..terkebil-kebil Airil memandang Daniel ‘kenapa kau tepuk
bahu aku neh?terkejut aku’
‘Dah
kau tu termenung aje..aku cakap dari tadi kau tak dengar..aku tepuk la..risau
aku kot-kot kau kene strok ke hape..’ Daniel mengusik
‘sorry-sorry
aku melayang jap..apa tadi kau cakap?’ Airil buat muka tak bersalah
‘kau
dah kenapa? Teringatkan minah tiga suku tu ke? Ke kau dah tangkap cintan dengan
dia?hahaha’ galak Daniel mengenakan Airil., padahal dalam hatinya sudah terbit
pelbagai persoalan mengapa Airil termenung sebegitu
‘Err,gila
kau..aku yang hensem neh nak jatuh hati kat dia..tak sama taraf la bro..dia orang
kampung tapi aku bandar..tak secocok langsung..kalau aku jalan dengan dia dah
jadi macam The Handsome and the Beast tau..haha’ terlepas jua ketawa Airil.
Suka
dia mengutuk Adriena Tasya walaupun gadis polos itu tiada apa-apa kesalahan di
depan mata..Daniel turut sama tertawa..Porche milik Airil laju meluncur di jalan
raya menuju destinasi yang mereka kehendaki
Tergopoh-gapah
Adriena Tasya meluru masuk kedalam keretanya..sambil menepuk-nepuk kedua pipi
gebunya sebelum tertawa kecil ‘Oh,aku tak bermimpi..i got what I dream
for..putera charming aku mintak no fon aku! Minta nafas,minta nafas lagi..kena bagitahu dorang neh,mesti dorang
terkejut’ tersengih aku seorang diri apabila mengingat kembali kejadian tadi
sebelum memecut mioi dengan wajah yang
teruja
No comments:
Post a Comment