‘bro telefon kau
berbunyi tu’ kata Daniel selepas mendengar telefon Airil yang menanti untuk
diangkat
‘malaslah aku,minah tu
call’ jawab Airil sambil menjuihkan bibirnya ke arah café itu
Daniel melambakkan tawa
‘ lawak lah,minah tu memang minat gila dekat kau sampai sanggup tu tunggu kau,siap
call lagi’
‘kau nak? Pergi la
masuk café tu’ Cadang Airil tegas kepada Daniel
Daniel mengeleng ‘ tak
nak lah,tak selera aku.chic kat kelab tu lagi hot kot dari minah ne’
‘tahu tak apa,tapi kan
racangan kita success bro sebab buat minah tu tertunggu-tunggu kedatangan aku
lelaki hot neh’ Airil melagakan penumbuknya begitu jugak Daniel yang seraya
mengangguk laju
‘so,apa rancangan kau
lepas ne?’ Daniel bertanya
‘tu baru plan A belum
lagi plan B dan seterusnya.Dah la jom pergi dari sini,tengok minah tu buat apa’ Airil gelak jahat
‘okay,jom’ Daniel
membuat pusingan U-turn sebelum ternampak kereta Myvi putih milik Tasya.Dia
memberhentikan keretanya.Airil melemparkan padangan hairan
‘kau nak buat apa ne
Daniel?’ Airil disebelah dikerling kejap
‘kau tunggu sini kejap
je’ Daniel terus keluar dan menunduk di sisi kereta Tasya sebelum masuk semula
ke dalam keretanya dan memeruskan pemanduannya
‘kau buat apa tadi
Daniel dekat kereta minah tu?’ Airil
bertanya kembali
Daniel hanya tersengih
sebelum mengenyit mata ‘ aku letak paku
kat tayar kereta dia’
‘perghh,bro kau memang
terbaik lah dalam buat kerja jahat ne’ Airil ketawa namun masih terbit perasaan
risaunya terhadap gadis itu
Daniel ketawa
berdekah-dekah ‘ kau buat plan A aku kembangkan plan kau tu aje..’
Mereka berdua terus
ketawa sepanjang perjalanan mengenangkan rancangan meraka yang semakin berjaya
dalam mengenakan Adriena Tasya.
2 jam kemudian..
‘mana
Airil ne?’ Tasya makin berkerut seperti cacing kepanasan menahan segala persoalan
yang bermain di benak mindanya.Waiter lelaki tadi kembali ke arah meja Tasya.Sebenarnya
sedari tadi dia sudah lama memerhatikan rugutan dan keluh kesah dari gadis itu
yang sudah membuat muka bosan.
![]() |
abang waiter |
‘cik,saya
tengok cik dah lama duduk kat sini.Cik tak order apa-apa pun,cik tunggu
seseorang ke?’ Tanya lelaki yang berlesung pipit itu lagi dengan sopan
Tasya
mengeluh perlahan sambil mendongak memandang waiter itu ‘Entah lah,saya tunggu
kawan saya tak muncul-muncul lagi ne’ dalam keterpaksaan dia tersenyum.
Tanpa
dipinta lelaki itu duduk berhadapan Tasya ‘awak dah call kawan awak tu?’.Tasya hanya membiarkan lelaki itu
duduk dihadapannya tanpa banyak soal sebelum mengangguk lemah.Bahasa yang dari
tadi formal sudah bertukar kepada bahasa yang lebih friendly ‘saya-awak’
‘hmmm,kawan awak ada
hal kot’ Lelaki itu meneka
‘maybe..’
perlahan Tasya bersuara,dia lapar tetapi entah mengapa moodnya hilang apabila
Airil masih tidak menunjukkan dirinya.Segera dia berfikiran positif kembali.
Lelaki
itu tersenyum.Aduyai lelaki kat depan ne tak boleh ke berhenti senyum tu
seketika.Boleh cair hati aku dek senyuman lelaki itu.
‘nama
saya Hafiz,nama awak pulak apa?’ Lelaki bernama Hafiz itu menghulurkan tangan
tetapi segera menarik tangannya tangannya kembali apabila tiada balasan dari
Tasya sebelum mengucapkan ‘sorry’
Tasya
hanya tersenyum ‘ saya Adriena Tasya,boleh panggil Ad..’
‘Ad,cantik
nama.boleh kita jadi kawan?’Hafiz makin rancak memperkenalkan diri
Tasya
mengangguk sebelum melihat jamnya kembali ‘Er,saya rasa saya kena balik
lah.Kawan saya pun macam takkan datang ada hal kot’ Tasya meminta diri malas dia
berlamaan disitu
‘oh,yes
it’s already late of 12 a.m..saya harap kita boleh jumpa lagi..awak okay ke
balik sorang-sorang ne?perempuan pulak tu’ Hafiz memandang Tasya
‘Eh,okay-okay..insyaAllah
kalau ada jodoh jumpa la nanti..saya bawak kereta saya tadi.Kereta saya ada kat
parking lot sana’
‘Baguslah
kalau macam tu,shift kerja saya pun dah habis,café ne pun nak tutup dah.Ingat
nak tolong hantarkan awak tadi’ ujar Hafiz sambil mengeyit nakal
‘Tak apa lah,lain
kali’ segera Tasya menidakkan,tidak mahu dia menempah bala.
Kenal
pun baru lagi takkan sewenangnya dia ingin ditemani dengan orang yang baru
dikenali seperti itu.Kadang-kadang muka sahaja nampak suci tapi hati tiada
siapa yang tahu.Bayangan negatif mula betandang di mindanya jika dia berani
mengikut perlawaan stranger yang baru
dikenalinya itu.Segera dia mengeleng.
‘Okay,hati-hati
kat lorong gelap tu.Jumpa lagi’ Hafiz sengaja menakutkan gadis polos berkaca
mata itu.
Manis
orangnya dari padangan Hafiz namun sayang dia sudah bertunang dengan gadis
pilihan hati kedua orang tuanya.Amiera Dayana,ya nama itu yang telah menjadi
tunangannya.Orangnya bagaimana dia sendiri tidak pernah bertemu muka.Kalaulah
dia belum bertunang mahu saja dia memikat gadis tadi yang baru dikenalinya
itu,Adriena Tasya.
~~~~~~~~
Tasya
terduduk di dalam kereta sambil mengeluh merenung telefonnya.Entah mengapa dia rasa
marah namun segera dia menepis segala tanggapan negatif yang bertandang di
benak hatinya.Tasya segera memandu ‘mioi’
sebelum membelok di jalan taman tasik titiwangsa yang agak lengang dari
biasa.Hanya lagu dari radio dan lampu jalan yang menjadi temannya tika ini.
..This innocence is brilliant,
I hope that it will
stay
this moment is perfect,
this moment is perfect,
Please don’t go away,
I need you now…
and I’ll hold on to it, don’t you let it pass you by..
and I’ll hold on to it, don’t you let it pass you by..
Lagu ‘innocent’ nyanyian Avril Lavigne
memecah suasana yang hambar itu umpama
hatinya juga.Pantas dia menguatkan
volume speaker radio agar dapat memecah suasana yang sunyi.Tiba-tiba keretanya
mula menunujukkan tanda-tanda seakan mahu berhenti.Tasya berkerut risau lantas dia
memberi signal ketepi.
‘apa
lagi masalah ne sayang?’ Tasya melihat meter minyak.Masih lagi penuh.segera dia
keluar dari keretanya yang telah dimatikan enjin seketika.Seram juga kerna dia
seorang perempuan dan dia dengan berani berdiri di tepi jalan yang lengang itu.
Tasya
bercekak pingang ‘Ya Allah,tayar sayang tak ada angin’ dia mendengus geram.
Guruh
dilangit mula berbunyi.Tasya mendongak melihat awan pekat malam yang mula menunjukkan
tanda hujan mahu turun.Sesekali angin malam menerpa wajah dan tubuhnya yang
kedinginnan.Hujan turun dengan lebatnya.Mencicit dia berlari kearah pintu
kereta namun dia gagal membuka pintu ‘mioi’
Tasya
bungkam sambil menepuk dahi ‘parah!
Autolock..’ dia terjerit kecil.
Hujan
makin lebat membasahi bumi.Dia kedinginan matanya mula berkaca.Entah mengapa
hatinya benar-benar sayu,pedih dan semua rasa dia lalui saat ini.Sudahlah Airil
tidak datang ke café sedangkan dia benar-benar teruja sehingga tidak menjamah
sebarangan makanan,sekarang keretanya pula buat masalah! Hari yang malang
buatku.
Dia memeluk tubuh
sambil bersandar di tepi kereta.Dia lapar!Dia dingin! Dan dia termenung jauh
memandang kakinya sambil memikirkan nasib malang yang datang bertimpa-timpa.Tasya
melepaskan keluhan berat.Bajunya sudah basah lencun.Sebuah kereta putih berjenama
Mazda CX5 yang sporty memberhentikan keretanya di belakang ‘mioi’ Tasya..
No comments:
Post a Comment