Usai mesyuarat dengan
syarikat dari Jepun Farish segera masuk ke dalam pejabatnya. Niatnya dia mahu
memulangkan kembali kereta Myvi milik gadis yang ditemuinya dua hari yang lalu
sebelum setiausahanya memberitahu bahawa dia wajib menghadiri meeting dengan
papanya sebentar lagi.Farish mengeluh baru sahaja dia ingin menemui wajah itu!
Wajah yang sudah dua hari menganggu lenanya.
Lantas
Farish mendail nombor telefon Pak Jamil ‘ Assalamualaikum Pak Jamil..’
‘Waalaikumusalam
Farish,iya saya..’ jawab Pak Jamil lembut dengan sifat kebapaan
‘Pak Jamil boleh tak tolong hantarkan kereta kawan Farish
dekat rumah dia?’ sopan Farish bertanya.Biar
pun dia adalah anak majikan namun dia telah diajar menghormati orang yang lebih
tua walau taraf mereka lebih rendah dari dia namun semua itu sama sahaja di
mata Allah S.W.T.Nasihat ibunya,datin Arina mengetuk memori Farish.Pak Jamil
mahupun Mak Mah sudah dianggap sebahagian dari keluarga Farish.
‘mesti
la boleh nak..dekat mana kereta dia?’
‘kereta
dia ada kat parking lot bawah,nanti Farish mesej Pak Jamil alamat dengan no
plat kereta dia okay?tapi pastikan kereta tu sampai kat kawan Farish ya.dan
jangan terima apa pun upah dari dia nanti...’
‘Orait
Farish,roger and out.’ Santai Pak Jamil menerima arahan anak majikannya itu
sebelum memutuskan talian.
~~~~~~~~~
Sudah dua hari
Tasya terlantar sakit.Semuanya gara-gara peristiwa malam itu. Tasya
merengangkan urat-urat sendinya. Terima kasih kepada Hana,Bella dan Miera yang
tidak lekang-lekang menjadi doktor tidak berbayar kepadanya selama dua hari.
Terharu juga hatinya apabila sahabatnya itu sangup bergilir-gilir menjaga
dirinya biarpun sibuk dengan jadual kuliah yang padat. Untung juga bagi dirinya
kerana MC yang dia terima tanpa rela gara-gara dipaksa ke klinik membantu
dirinya dari Profesor Amin mengamuk. Itu yang diberitahu Bella kepadanya pagi
tadi.
Tasya duduk di birai katil sebelum Bella masuk sambil
membawa dulang bersama semangkuk bubur.
‘good morning princess Adriena Tasya’ Bella tersenyum
manis,dia masih belum menukar baju kurung yang dipakainya sewaktu kuliah pagi
tadi.Bella mengambil tempat disisi Tasya
Tasya tersenyum tawar ‘ perli aku lah tu’
Bella tersengih ‘eh
mana ada,macam mana hari ni? Rasa okay dah?’
Hana dan Miera menyerbu masuk kedalam bilik.Tersentak
Tasya dek mereka berdua yang terus menerpa dirinya itu.
‘Ad,rindunya dekat
ang..’ Miera memeluk Tasya erat
‘a ah Ad,rindu tau.dua hari kau macam orang tak betul
je..nak bergurau pun susah’ Hana
menambah
Sesak nafas Tasya dibuat mereka berdua yang memeluk
dirinya dengan begitu erat.Lembut Tasya merengangkan pelukan mereka.
‘woi,lepas sesak nafas aku kot’ Lambat-lambat Tasya berkata
‘sabar lah korang.kasihan Ad ne,baru je elok dari demam
dah korang buat dia sesak nafas pulak’ Bella berkerut risau
‘hihi,sorry Ad.Aku dengan Miera over excited tadi tengok
kau dah sihat,boleh bangun dari katil ne haa’ Hana menepuk-nepuk katil
‘tahu tak apa,kalau tak macam mayat hidup je.Takut
kitaorang tau nasib boleh bercakap lagi’ ujar Miera
Geram Tasya dengan gelagat kedua sahabatnya itu lantas
dia mencubit pipi mereka ‘Eh,aku boleh bangun lagi lah.Hari tu tak larat
aje..ambik ne sedas’
Menjerit Hana dan Miera akibat cubitan maut Adriena Tasya
itu.Bella hanya mengekek ketawa sambil melontarkan padangan mengejek dan
usikan.
‘Ouchhh,habislah Ad lama dah kembali!’ Hana melambakkan
tawa sambil mengesat pipinya.Sakit kerana cubitan Tasya!
‘sudah lah tu,Ad nah makan bubur ni bagi kau sihat lagi
lepas tu telan ubat antibiotic sampai habis okay’ Bella memberi arahan
Tasya membuat wajah keanak-anakan ‘ala,kalau tak nak makan tak boleh?aku dah sihat dah.Tengok ni dah
boleh buat senaman dah’ Tasya berdiri
sambil melakukan aksi senaman sebenarnya dari pagi tadi keadaannya makin
membaik.Saat sahabatnya telah pergi ke kuliah dia dengan rajinnya pergi ke
dapur untuk memasak apa yang dia mahu.lantas menjadi juga coklat moist keknya
biarpun dibuat dalam keadaan belum sihat sepenuhnya. Setelah keknya siap sempat
dia makan sepotong dek tekaknya yang kempunan mahukan kek coklat tersebut
sebelum dia tertidur sehingga mereka pulang sewaktu matahari sudah membahang.
‘Tak Boleh!’
tegas Bella berkata
‘entah Ad ne,makan aje lah ibu tiri dah marah tu.Kang tak
pasal-pasal ada singa dalam rumah ni’ Hana sengaja mengusik Bella
Miera mengangguk setuju ‘betul,betul,betul’.
Melihat
wajah Bella yang menjeling tajam membuatkan Hana dan Miera terdiam.Kecut perut
mereka pabila melihat Bella sebegitu.Tasya akhirnya akur menurut.
‘Ad,kalau aku nak tanya sikit boleh?’ Bella bertanya
sambil memandang Tasya yang sedang menghabiskan suapan bubur yang terakhir.Tasya
hanya mengangguk.
‘sebenarnya malam tu kau pergi mana?’
Tasya memandang wajah mereka bertiga yang penuh persoalan
‘sebenarnya Airil ajak aku keluar makan..’
‘What! Airil Farhan?the hot guy tu?’ Hana memandang Tasya
dengan pandangan tidak percaya
‘iya lah,takkan aku nak tipu korang pulak’ Tasya menjawab
serius
‘unbelievable..then what happening?’ Miera yang sedari
tadi terkejut tidak sabar-sabar ingin mengetahui apa yang berlaku selepas itu
Tasya menceritakan hal mengenai Airil sehinggalah saat
dia ditimpa hujan lebat apabila dia terkunci dari luar keretanya. Dia tahu ada
seorang lelaki yang telah membantunya namun dia tidak dapat mengigati dengan
jelas raut pemuda itu.Sahabatnya mengangguk faham
‘tapi kan aku tak ingat lah rupa lelaki yang tolong aku
malam tu’ Tasya mencebik
Bella tersenyum ‘la
kau tak ingat ke?’
Tasya hanya mengeleng ‘tak.maybe sebab malam tu aku sakit
kepala sangat.dia dah hantar kereta aku tak?korang ingat rupa dia macam mana?’
Tasya bertanya
‘yang pasti dia tak masuk dalam wish list lelaki idaman
kau Ad..’ Miera mencelah
Bella menepuk peha Miera’ hey,tak baik cakap macam
tu..dia orangnya macam…coo..’
Baru sahaja Bella ingin memberitahu fizikal pemuda itu
kepada Tasya kedengaran satu suara memberi salam diluar.Hana dan Miera terus
mengintai ke ruang tamu sebelum mereka memanggil Bella dan Tasya untuk keluar
bersama.Tasya segera memakai phasmina yang terjuntai di hujung katil bagi
menutup kepalanya dan dia juga keluar mengekori Bella.
No comments:
Post a Comment