Thursday, 17 April 2014

Jagakan Dia Untukku : Part 14

Bab 14



Telefon I-Phone 4 yang sedari tadi tergeletak elok di atas timbunan baju Tasya berbunyi nyaring,kelam-kabut dia mencari arah bunyi tersebut.

Just give me a reason…
Just a little bit’s enough…
Just a second we’re not broken just bent…
And we can learn to love again…

Lagu ‘just give me a reason’ nyanyian pink kembali berkumandang.Segera dia menjawab panggilan tersebut apabila berjaya menjumpai fonnya itu.

“Hello” dia menyahut

‘Assalamualaikum Sya..ne mama neh..kenapa lambat angkat call mama ne?sibuk ke?Sya sihat?’ laju Puan Zahra bertanya umpama peluru berpandu. Anak dengan mak sama aje.

eh mama,waalaikumusalam..sya baru je teringat kat ma ne..hehe.Alhamdulillah sihat,mama,papa dengan adik-adik sihat?’ Tersengih Tasya senang hati

‘baru nak ingat kat mama ye? Dah berapa hari tak call ne..papa kamu dah risau..asyik bertanya aje..Alhamdulillah semua sihat’ Puan Zahra mula berleter

‘Sya berapa hari ne banyak assignment la ma..Sya minta maaf eh buat mama dengan papa risau’

‘tak apa lah kalau macam tu,dah makan ?’ Puan Zahra bertanya lagi

‘Belum lagi ma..rindu nak makan masakan mama kat rumah tu’ dia mencebik sambil membuat muka keanakkan umpama mama nya itu berada di depan mata

‘tu la suruh belajar masak dengan mama tak nak..balik rumah je membonkang tidur sampai ke tengahari..ne cuti balik tak?’ sempat Puan Zahra mengutuk Tasya

‘mama ne..sempat mengutuk sya lagi tu..huhu,nanti sya tengok jadual sya kalau ada free sya balik ya ma..’

‘baguslah kalau macam tu..eh,bukan kutuk la sayang..hakikat..hahaha,macamana la nak kahwin nanti anak mama ne?’ Puan Zahra melepaskan ketawa
            
         Terlepas juga tawanya ‘nanti Sya cari la husband yang pandai masak..senang Sya nanti makan je’
            
          ‘amboi anak dara sorang neh..ingat ya sayang,dah kahwin nanti taknak laki lari kena lah ikat perut dia’ nasihat Puan Zahra lagi
            
           ikat dengan apa ma? Tali raffia ke?hehehe..’ suka benar Tasya mengusik mama nya itu
           
           ‘tak lah sayang dengan dawai besi,baru confirm tak kan lari punya bakal menantu mama tu..’ kata Puan Zahra yang sama melayan kerenah anak sulungnya..tahu benar perangai Tasya yang suka mengusik itu
             
          ‘Sya lambat lagi la kahwin ma..baru 22 tahun..ooo..mama ikat papa dengan dawai besi la tu..haha’ makin galak dia mengusik nakal.

‘amboi sesuka rasa dia tambur perencah kat mama pula ya? muda? Okay la tu..dah boleh kahwin..mama risau nanti bila kamu dah grad mesti kamu tu sambung study kat luar negara..bukan mama tak tahu kamu memang dah lama nak belajar kat luar negara.Tak ada siapa nak jaga kamu kat oversea nanti Sya’ Puan Zahra meluahkan segala yang terbuku di hati
            
           Tasya terdiam‘ma..insyaAllah,Sya tahu jaga diri Sya ma..jangan risau eh’ ujar Tasya dengan yakin

Puan Zahra dan Encik Amir

           
           ‘tak kira,mama dengan papa dah sepakat..nanti kalau kamu nak sambung master kat luar negara kena bawak menantu dulu untuk kami..Noktah!’ tegas Puan Zahra berkata,angin seorang pensyarah yang garang dah datang..
            
              Aduyai pening Tasya memikirkan permintaan mama nya itu..mana nak cekup laki sorang ne oi?!..Eh,Tasya ingat sikit perkahwinan tu kalau boleh biarlah sekali seumur hidup..tapi sanggup kah dia hidup dengan orang yang dia tak cinta? Pilihan keluarga atau pilihan sendiri? Nak further master? Lambat-lambat lah buat baru mama dengan papa tutup cerita nak cari calon suami buatku ini..Tasya memguman kecil..
            
               ‘ma..ada tempoh masa tak?’ tanya Tasya yang mula beriak serius
           
             ‘ada,cari menantu untuk kami bila kamu dah sedia nak sambung belajar kat luar negara,kalau tak biar kami yang aturkan..’ Serius Puan Zahra menuturkan kata
            
              ‘maaa…bagi lah Sya peluang cari sendiri jodoh Sya,please’ mendayu suaranya merayu
           
             ‘memang mama tengah bagi peluang la tu..tapi kalau Sya degil,ikut pilihan mama dengan papa tahu?! Suara Puan Zahra sudah naik dua oktah
             
           ‘baiklah ma..Sya ikut apa yang mama cakap..InsyaAllah’ lembut Tasya berkata,malas dia membantah keputusan mama..biarlah masa yang menentukan segalanya..apa yang dia tahu sekarang adalah dia mahu keluar makan bersama Airil Farhan,pujaan hatiku,Jiwang siot!
           
                ‘good,macam ne la anak Puan Zahra dengan Encik Amir..Sya tengah buat apa tu?’
            
              ‘biasalah tengoklah anak dara siapa?hehe..Sya tengah pilih baju nak keluar makan malam nanti’ sempat dia membelek-belek baju yang sesuai
            
               ‘oh,tak pernah-pernah siap kan baju neh?keluar dengan boyfriend la tu..’ Puan Zahra menebak
            
           ‘tak lah ma..kawan aje..haha’ jujur Tasya berkata ‘insyaAllah calon menantu ma..’ hanya sambung di dalam hatinya.Belum apa-apa sudah berani aku berangan.
            
               Puan Zahra tergelak kecil ‘ye la tu..okay la sayang..ma nak masak ne sikit lagi kebulur pulak papa dengan adik-adik kamu tu’
           
             Tergelak Tasya mendengar kata-kata mama nya itu ‘okay ma..kirim salam sayang,rindu Sya kat mereka’
            
            ‘Orait sayang..jaga diri..jangan lupa makan,kalau sakit cepat-cepat pergi klinik..ada apa-apa call je mama dengan papa tahu?’ umpama kereta api Puan Zahra berpesan
           
              ‘baik la mamaku palingku sayang..anak mu ini siap menjalankan tugas dan menerima arahan’ Tasya membuat suara untuk meniru gaya seperti Lans koperal dalam Roda-Roda KL yang baru ditontonnya semalam
~~~~~~~~
            

           Dato’ Zulkifli sedang membelek-belek gambar keluarga yang telah lama diselidiknya itu.Musuh ketatnya! Sesekali dia menghempas kuat helaian surat khabar yang memaparkan kejayaan keluarga itu,Empayar Sutera Crusine makin meningkat maju.Dia pernah menjadi sebahagian dari keluarga itu,pernah mengikat cinta dengan kakak kepada pemilik empayar tersebut sekarang, Dato’Arif .Namun kebenciannya meluap,misinya kini untuk membalas dendam atas apa yang telah dilakukan kakak pemilik empayar tersebut. Dia rasa dikhianati! Dia benci! Dia mahu seluruh keturunan itu merana walaupun yang melakukan kesalahan hanya perempuan itu.
             
                 Bertahun dia kembali membina diri akibat ditinggalkan perempuan jalang itu.Keluarga itu pulak umpama berat sebelah,tidak mahu membantu dirinya langsung.Lantas dia mengambil keputusan untuk ke luar negara bagi membina kekuatan diri bersama anak tersayang hasil hubungannya dengan perempuan itu.Untung bagi dirinya kerana mendapat hak penjagaan terhadap Airil Farhan,dia tidak sesekali membenarkan anaknya itu berjumpa dengan ibunya semenjak kecil lagi.Hanya sekali sahaja dia berlembut hati saat Airil merengek-rengek mahukan ibunya namun sekali lagi kepercayaannya diragut hampir saja dia kehilangan Airil apabila perempuan itu mahu membawa Airil lari.
            
               Perempuan itu tidak patut digelar ibu! Bahkan bukan isteri, lain yang disuruh lain yang dilakukan oleh perempuan itu. Pernah juga perempuan itu menginap di apartmentnya yang sekarang telah menjadi milik Airil namun dia bijak menghidu,dia sanggup menghalau perempuan itu sehelai sepinggang walaupun dulu dia pernah menatang perempuan itu dengan kasih ibarat minyak yang penuh.Entah dimana silapnya sehingga perempuan itu sanggup curang dengan sahabat baiknya sendiri hingga adanya pakatan mahu membunuhnya semenjak itu dia tekad mengusir bayangan perempuan itu walau bagaimana caranya sekali hingga dendamnya terbalas.
            
                ‘Airil,kamu nak pergi mana tu?’ soal Dato’ Zulkifli apabila melihat Airil yang telah siap untuk keluar.
           
                   ‘Airil nak keluar dengan Daniel jap daddy..’ sekilas Airil membalas
           
                  ‘balik cepat sikit ada benda penting daddy nak bincang dengan kamu..’
            
               Airil hanya mengangguk sebelum keluar meninggalkan Dato’Zulkifli di ruang tamu yang sedang membaca helaian proposal clientnya.

No comments:

Post a Comment