Thursday, 17 April 2014

Jagakan Dia Untukku : Part 15

Bab 15



‘Ad,kau buat ape neh?nak pergi mana dengan baju bertimbun-timbun ne?ujar Lina yang datang secara mengejut

Tasya menoleh terkejut sambil mengurut dada ‘Astaghfirullah Al-azim, terkejut aku..kau ne bagi la salam dulu,tetiba je ada kat belakang’

Lina tersenyum sumbing ‘ sorry,aku dah ketuk tadi tapi kau yang tak dengar sebab kau tengah cakap kat telefon.Aku dengar bunyi macam nak runtuh apartment je tu yang aku keluar nak tengok,rupanya datang dari bilik kau yang dah serupa macam tongkang pecah ne..’     

Aku nak keluar makan la Lina tapi aku tak tahu nak pakai baju apa?’ ujar Tasya ringkas sambil mencebik keanak-anakan

‘Baju punya la banyak kau tak tahu nak pakai apa?nak aku tolong?’ Lina segera menilik baju Tasya sebelum menyuai padan mengikut seleranya.Dia hanya tersengih memandang.

Nah,cuba kau try dulu blouse ne dengan skirt Aztec kau ne..cepat,aku nak tengok!’ Lina memberi arahan

Umpama lembu dicucuk hidung,segera Tasya menukar pakaiannya mengikut kehendak Lina tanpa banyak soal dan bantahan.Hampir 1 jam dia menjadi model tidak berbayar kerana ada sesetengah baju yang direject Lina setelah Tasya menyarungkan di tubuh.Akhirnya Lina berpuas hati setelah melihat dia menyarungkan blouse muslimah sopan bersama skirt labuh.

‘okay,cun dah housemate aku neh.Kau nak keluar dengan siapa Ad?’ Tanya Lina penuh minat.

Setahu Lina dia tidak pernah nampak riak Tasya yang teruja dan kalut memilih pakaiannya sendiri.Jarang dia melihat Tasya berhias untuk keluar makan sebegitu,sekalipun adanya majlis makan malam di fakulti Tasya tetap bergaya seringkas mungkin.Pernah juga Lina memaksa dan menawarkan diri membantu Tasya berhias namun pelbagai alasan yang diberi Tasya.Rimas lah.Waktu malam tiada siapa yang melihat lah.

Tersengih Lina mengimbas kembali perangai Tasya yang suka berhias ringkas itu

Tasya tersenyum sambil menampakkan gigi ‘ Ada lah..aku nak keluar makan dengan kawan aku..hehe’

‘wah,kawan ke someone sepecial Ad?’ Lina mengusik nakal

‘kawan lah’ laju dia menidakkan ‘kalau Airil jadi boyfie aku alangkah indahnya hidup’sambung nya didalam hati.

‘eleh,ye la tu.Tak pernah tahu aku nampak kau nak siap-siap macam ne..siapa orang tu’ Lina makin galak mengusik

Membahang merah muka Tasya menahan malu yang bertandang.Segera dia membaling bantal yang berbentuk hati ke arah Lina

‘Dah,stop it! Aku nak mandi,nak solat nak bersiap lagi,keluar-keluar’ ujar Tasya bergurau ala-ala menghalau Lina keluar dari biliknya.

‘amboi,ye la orang dah halau.Kirim salam kat cik abe awak tu ye’ Sempat Lina membaling kembali bantal tadi ke arah Tasya sambil mengenyit mata dan dia segera keluar untuk memberi laluan kepada Tasya mempersiapkan dirinya.

~~~~~~~~

Tasya membetulkan awning tudung bawalnya,sesekali dia bermain-main dengan garfu dan sudu.seorang Waiter lelaki yang kelihatan segak walaupun dalam persalinan apron Old Town berjalan menuju kearah Tasya.Ada gaya.Dengan rambut mengurai di tepi dahinya dan berkulit putih serta bermata sepet menjadikan lelaki muda itu ada iras seperti kim bum dalam drama korea ‘boy over flowers’,Tasya mengagak umur waiter itu mesti dalam lingkungan belasan tahun apabila melihat wajahnya yang babyface itu.

Lelaki itu tersenyum manis sambil menampakkan lesung pipitnya yang dalam ‘cik,cik nak order apa-apa tak?’

Tasya tersenyum juga sambil mengeleng perlahan ‘Er,saya tunggu kawan saya.Sekejap lagi saya panggil awak balik ye’.Lelaki muda itu hanya mengangguk sebelum kembali ke arah counternya.

Dia mengerling jam Fossil di tangannya, ‘ dah 15 minit lambat Airil ne.Jalan jam kot’ gumamnya kecil sebelum menunggu Airil Farhan dengan sabar.

30 minit pertama…

Airil masih belum menampakkan diri,Tasya hanya memerhati gelagat orang yang keluar masuk ke dalam café Old Town itu

1 jam kemudian..

Tasya masih statik di mejanya dan dia tidak memesan sebarang makanan mahupun minuman hanya air mineral yang diberi oleh waiter tadi menjadi pembasah tekaknya.Fikirnya,dia hanya ingin makan bersama Airil,dan pasti Airil tidak menjamah sebarang makanan lagi.Sudah acapkali juga dia mendail no telefon Airil namun masih tiada sahutan,bagitu juga pesanan ringkas yang dihantarnya.Tiada balasan.Perutnya sudah mula berkeroncong dan berbunyi umpama gendang.Ah,cepatlah Airil datang! Dengan penuh kesabaran dia berharap.

Dari luar jelas kelihatan kereta Ford milik Daniel yang tersadai ditepi jalan.Airil melihat susuk gadis itu dari dalam kereta bersama Daniel.Sebenarnya sudah lama mereka tiba di café Old Town itu.sengaja mereka berdua merancang mengenakan Tasya.Sangkaan  mereka Tasya akan keluar meninggalkan kawasan café setelah melihat kelibat Airil tidak muncul namun jelas sekali Tasya masih sabar menanti.

No comments:

Post a Comment