Lina
duduk di penjuru katilnya sambil melihat telefonnya..terdapat 3 miscall dari
Farish dan 1 pesanan ringkas dari seseorang..seseorang yang membuat jantungnya
kembali berdebar,seseorang yang dia kenali...seseorang yang dia benci namun
rindu!
‘I think I miss you’-A
Ringkas
pesanan itu ditaip oleh lelaki itu,entah mengapa hatinya masih berbunga
riang..tidak pernah dia merasa berdebar begitu bila berdekatan dengannya,malah
lebih dari itu.Sewaktu dia masih berhubungan dengan Farish dulu pun dia tidak
pernah merasa begitu..Farish? tiba-tiba memori Lina mengimbas kembali saat dia
bersama Farish
Farish
terlalu baik,walaupun tidak sempurna memiliki fizikal yang sedikit gempal namun
masih ada kecomelannya disitu..dia selalu ada saat Lina memerlukan
sokongan,sehinggalah suatu ketika itu Farish dengan berani menyuarakan status
hatinya terhadap Lina.Lina akui memang dia sangat terkejut kerana selama mereka
berkawan rapat tidak pernah sekelumit pun perasaannya bergetar yang menandakan
dia menyukai Farish lebih dari seorang sahabat
Atas
sifat kasihan,dia terpaksa berpura-pura menyukai Farish..memang dia tulus
menyanyangi Farish namun sayangnya tidak lebih dari seorang sahabat.Sehingga la
suatu hari Lina menyuarakan hasratnya yang dia mahu fokus dalam
pembelajaran,tidak sanggup lagi dia berpura-pura baik dengan Farish walhal
hatinya tidak pernah terpaut.Untung nasibnya apabila Farish memahami lalu
dengan rela Farish melepaskan orang yang disayanginya itu namun disertakan
dengan janji
Janji
yang Farish serius ingin menjadikan Lina sebagai isterinya yang sah..seingat
Lina sudah 3 bulan semenjak mereka putus atas alasan belajar mereka tidak
bertegur sapa..dia sendiri yang memberi amaran kepada Farish agar jangan
menganggu dirinya yang sedang belajar..disaat dia berjaya membuang Farish dari
bersangkutan dengannya lah dia mula mengenali lelaki yang telah berjaya mencuri
sekeping hatinya itu
Segera
lamunannya terhenti ‘Farish nak apa eh?biarlah dia’ lantas Lina mendail no
telefon pemilik pesanan ringkas itu
‘ada
perkara yang perlu diselesaikan secepat mungkin sebelum..’ Lina memegang
perutnya sambil menanti orang di sebelah sana menjawab panggilannya
‘baby,mama
rindu dengan papa..kita call pujuk papa eh
sayang’ sempat Lina mengusap lembut perutnya yang baru berusia 6 minggu itu
walaupun masih tidak kelihatan..
‘Hello..’
perlahan suara Airil menjawab
‘Assalamualaikum..’
Lina segera memberi salam
‘err,waalaikumusalam…’salam
dijawab kedengaran bergetar suaranya
‘rrinduuu..’
pendek Lina menjawab namun masih didengari jelas oleh Airil Farhan
‘aa….’
Tuttttt… belum sempat Airil membalas Lina sudah memutuskan talian..hilang
segala yang ingin diselesaikannya, semua soalan dan pujukan yang telah dihafalnya
umpama skrip drama apabila mengungkap kata keramat ‘rindu’ itu juga
hilang!..Lina terduduk sambil mengalirkan air mata..
’apa
aku buat neh’ perlahan dia berkata.Hatinya sakit namun mengapa masih ada rindu?
Peristiwa
dua bulan lalu kembali berlayar di minda Lina.
~~~~~~~~~
Hari sudah hampir larut
malam,hampir seharian di library kerana terleka mengulang kaji pelajaran
membuatkan Lina tidak sedar dia sudah terlalu lama berada di situ.Dia menuju ke
bus stop, seram juga apabila melihat jalan yang gelap itu. Langsung tiada
kereta yang melalui saat ini.Teksi pun tak nampak batang hidung! Lina mendengus
geram.
Tiba-tiba
sekumpulan mat rempit datang menghampiri.Bingit telinganya dengan deruman motor
dari mat rempit yang sengaja memperlakukan aksi itu apabila ternampak seorang
gadis yang keseorangan.Pergh,cantik pulak tu.memang makanan mereka malam neh.
‘Pewitttt…awek
cun tu siot…’ seorang mat rempit
menjerit sambil bersiul berbunyi seakan tikus nak beranak.Lina hanya
menjeling,segera dia beredar dari situ sebelum sesuatu yang buruk berlaku
sambil merapatkan failnya didada.Pantas mat rempit tersebut mengejar dan
mengepung dirinya.Dia terkejut,dadanya berombak kencang..adrenalin dia tak usah
nak cakap lah macam dah sampai ke kepala bersedia untuk berlari namun gagal
apabila salah seorang mat rempit tersebut berjaya memegang tubuhnya.
‘kau
nak apa haaa?!’ tengking Lina
‘aku
nak kau!..’ mat rempit yang memegangnya sudah menunjukkan riak muka perogol
bersiri yang sedang meratah segenap inci tubuhnya.Kawannya yang lain hanya
memerhati dalam keghairahan.
‘lepaskan
aku lah! Jangan sentuh akuuu..’ herdiknya lagi sedaya upaya dia meronta sempat
juga dia memijak kaki mat rempit tersebut.
‘kau
nak jerit? Jeritlah tak ada orang pun kat sini..nak lari mana sayang? Cantik
jugak kau ni kan?..’ mat rempit tersebut mengusap pipi mulus Lina,segera Lina
mengelak.
Matanya
mula berkaca,dia takut! Tersangatlah takut ‘tolonnggggg! Lepaskan aku lah!’ Lina menjerit meronta meminta
pertolongan sambil meraih simpati.Ah kalau nama pun perangai macam
syaitan,takkan senang-senang nak lepaskan makanan yang dah ada kat depan mata!
Mat
rempit tersebut memegang Lina kemas apabila gadis tersebut mula
meronta-ronta.Baju kurung yang dipakainya terdedah sedikit akibat pergelutan
itu hingga menampakkan bahunya yang putih gebu.Makin berselera kumpulan mat
rempit yang muka serupa orang pecah rumah itu memandang dirinya.
‘Ya
Allah bantulah aku…’ dia merintih
Bedebukkk..satu
pukulan padu mengena batang hidung mat rempit yang memegangnya.Lina
terkejut,terlebih dahulu dia menjauhkan dirinya dari pergelutan itu.Apa yang
dia tahu,dia telah terlepas dari rangkulan mat rempit tadi.dia memandang susuk
pemuda yang telah membantunya sebelum dia rebah dan matanya terpejam rapat.
‘woi!,berani
kau kacau minah tu! ‘ Airil sudah mula menunjukkan wajah berang,dia mengengam
penumpuk dan menumbuk kuat mat rempit yang telah menganggu seorang gadis.Mat
rempit tadi dan kumpulannya mahu membalas kembali tetapi apabila melihatkan
susuk tubuh Airil Farhan yang tegap membantutkan niat mereka.Laju mereka
meninggalkan Airil Farhan dan gadis tadi.
Nasib
dirinya melalui jalan itu jika tidak tak tahulah nasib gadis tadi yang hampir
diperkosa.Dia menoleh,terkejut juga apabila melihat gadis tadi sudah rebah
tidak sedarkan diri dengan rambut yang menutup wajah.laju Airil mendekati
sebelum mencempung gadis itu masuk kedalam keretanya.Saat dia merapikan rambut
Lina agar tidak menutup wajah itu hampir sahaja dia melompat terkejut.
‘Lina?...’
Airil memandang dengan riak tak percaya
Gadis disisinya itu adalah orang yang
pernah dia cuba untuk pikat dahulu,Lina adalah seorang gadis yang pernah dia
mencuba berkali-kali untuk menagih sebuah cinta,namun entah mengapa Lina seakan
tidak berminat dengan dirinya,setiap kali dia mencuba,setiap kali juga hasilnya
gagal.Akhirnya dia berputus asa apabila Lina tidak memberi sebarang respon.Dia
hanya menepuk sebelah tangan kerna itu dia tidak lagi memunculkan diri
dihadapan Lina.
No comments:
Post a Comment