Thursday, 17 April 2014

Jagakan Dia Untukku : Part 17

Bab 17



            Farish mendengus kecil ‘jual mahal’

Adam Farish hanya mengerling sekilas gadis disisinya sambil melilau mencari alamat yang sempat diberikan sebelum gadis itu melelapkan mata. Farish tersenyum mengigat kembali bagaimana gadis yang sedari tadi beria benar menolak perlawaannya walhal dia ikhlas membantunya tanpa niat yang terselindung.
            
           Farish dalam perjalanan pulang dari Farmasi kerana membeli stok ubatan dirumah yang telah kehabisan apabila anak buahnya Hannah Athilah merengek-rengek dan mengadu sakit perut pada malam itu.Abangnya yang juga bapa anak buahnya itu bernama Farouq dan sememang berkerja sebagai doktor pula sudah 2 hari keluar daerah untuk membantu kekurangan doktor di sana.Oleh sebab itu amat sukar untuk Farish mengambil bekalan ubatan di hospital tanpa kebenaran abangnya.
            
            Farish memandu Mazda CX5 nya dalam hujan lebat dari Ampang dan melalui jalan Tasik Titiwangsa yang lengang sebelum ternampak sebuah kereta Swift yang diparkir tepi jalan dengan seorang gadis yang basah kuyup disisi kereta.
            
                 ‘perempuan tu buat apa berdiri kat luar kereta dia,sorang diri pulak tu?nak mandi hujan pun agak-agak lah hujan lebat macam ne...’ sempat Farish mengomel sebelum memberhentikan keretanya di belakang kereta gadis tersebut.
               
                  Farish berpayung menuju kearah gadis yang sedang leka termenung disisi keretanya.
            
                  ‘cik..’ hujan yang lebat membuatkan suara Farish tengelam timbul dari pendengaran Tasya yang masih kaku tanpa mendongak memandang empunya suara. Segera  Farish memayungi gadis itu bersama dirinya.


            
               ‘perempuan ne kenapa diam je?’ hati kecil Farish berkata-kata sebelum dia mencuit perlahan bahu Tasya

 cikkk…!’ ..suara halus seakan menangis mula kedengaran.
            
            Tasya menangis tersedu-sedan.Farish mula kecut-perut.Ah sudah,apa yang telah dia lakukan sehingga gadis itu menangis?Seingat Farish perilakunya sebentar tadi dia hanya menegur gadis itu.
             
          Dipandangnya susuk gadis itu yang sedang kebasahan dengan padangan sayu dan pelbagai persoalan‘broken heart sangat ke perempuan ne?’ hatinya berkata sambil meneka.
           
               ‘cik..kenapa neh?ada masalah ke?’ Farish bertanya
             
            Akhirnya Tasya mendongak melihat empunya suara yang telah memayungi dirinya.Seorang hamba Allah yang telah datang membantu saat dia sudah hampir berputus asa mencari pertolongan apabila memikirkan dia hanyalah seorang perempuan yang lemah.Minda nya mula mencerna pelbagai andaian negatif jika dia dibiarkan keseorangan di jalan yang lengang itu dalam kebasahan begini.Boleh jadi dia menjadi mangsa rogol,tak pun mangsa anjing-anjing liar mahupun mati kesejukan disitu.Terlalu banyak pendedahan mengenai kes-kes yang banyak disiarkan di media massa membuatkan dia kuat berfikiran begitu.
            
         Laju Tasya mengeleng,tidak mahu dia menjadi mangsa sebegitu ‘Asthagfirullah Al-azim,terima kasih Ya-Allah’ Tasya mengucapkan syukur.

Farish yang memandang sedari tadi terkaku saat matanya bertemu dengan kemilau indah milik Adriena Tasya
             
         Segera dia mengalih padangannya sambil berishgtifar di dalam hati.Sebelum dia berkerut mengigat di dalam hati ‘wajah itu..seperti aku pernah melihatnya,tapi di mana?’.Degupan jantungnya makin berentak laju umpama berlari 200km/j.Entah mengapa dia berkeadaan begitu dia juga tidak pasti.

Farish segera berdehem untuk memecah suasana yang masih hujan lebat itu ‘ehem,cik ada masalah ke?’.

Tasya tersedar dari lamunannya sebelum menjawab dalam tergagap-gagap akibat kesejukan ‘Err..saya punya kereta ada masalah sikit’ sambil menunjukkan tayar mioi yang kempis.

Farish mengangguk sebelum berkalih melihat jamnya hampir pukul 1 pagi ‘rasanya workshop dah tutup,saya rasa baik saya hantarkan cik balik’

Teragak-agak dia menerima perlawaan pemuda itu ‘tapi..kereta saya..

‘kereta cik ne nanti saya call hantar kat bengkel then saya suruh pekerja saya tolong hantarkan balik kat cik’ ujar Farish serius

Tasya  masih kekal berdiri di sisi keretanya sambil berdegil ‘tapi..tak boleh..macam mana kalau awak bawak lari kereta saya?’

Farish tersenyum mahu saja dia melambakkan tawanya disitu.Boleh pula gadis itu membuat lawak waktu genting sebegini.

‘buat apa saya nak bawak lari kereta awak? Lebih baik saya bawa lari tuan dia..’ Farish mengusik

Riak muka Tasya mula berubah pucat ‘ Tasya jangan percaya kat orang yang baru kenal’ Hatinya mula memberi amaran

Farish yang menyedari riak muka gadis itu yang mula berubah segera menidakkan katanya yang agak keterlaluan seketika tadi ‘saya gurau aje la cik,lagi pun saya banyak kerja ne..tak ada masa lah nak buat perkara yang bukan-bukan,so jom la saya hantarkan awak balik.’

‘tak nak! Saya stay kat sini je’ Dia hanya diam memeluk tubuh masih lagi mempertahankan pendiriannya.Degil.

‘Ya-Allah,hujan ne cik saya takut awak jatuh sakit nanti.tengok lah rupa saya ne,ada macam penjahat ke?’ Farish memujuk apabila melihat gadis itu makin kesejukkan

Tasya menilik tubuh Farish melalui ekor matanya dari atas hingga bawah.Hurm,pemuda ini bukan dalam kategori pilihannya walaupun wajah pemuda itu putih bersih ada rupa pan-asia sedikit,bermata sepet,berkaca mata,Dengan tubuh yang sedikit comel dalam pakaian kasual serta senyuman yang manis tidak lekang dari bibir lelaki itu.Masih ada kecomelannya disitu! Sempat dia menganalisis sesekali kepalanya berdenyut kuat,Tasya memejamkan mata.Namun mengapa aku merasa selamat,merasa dilindungi apabila bersama lelaki ini? Hatinya berdesis.

Dia masih mempertahankan pendiriannya yang sudah mula goyah dek hujan yang membasahi tubuh ‘Tak nak,nanti awak culik saya!lepas tu…Achumm..’ kata-kata Tasya terhenti apabila dia tiba-tiba menghamburkan bersin.Kepalanya juga berat terasa seperti mahu pitam.

Farish mengangkat tangan kirinya seakan bersumpah ‘ cik jom la,nampak awak dah basah terdedah kat hujan ne,saya janji saya takkan sentuh awak sikit pun,saya ikhlas nak tolong ne’

Tasya akhirnya mengaku kalah apabila dia sudah tidak mampu bertahan dalam kesejukan yang menyengat dirinya namun dia masih dalam keadaan berjaga-jaga.Dia mengangguk perlahan.Farish tersenyum lega kerana dirinya juga sudah terkena tempias hujan dan kesejukkan.Farish membukakan pintu kereta buat Tasya sebelum dia juga memboloskan diri ke tempat pemandu.

Dilihatnya Tasya sedang mengeletar sambil bersin tanpa henti.Lantas Farish mengapai kotnya di belakang sebelum memberikan kepada Tasya.Dia terkedu ‘Ah,lelaki bukan boleh percaya’ sempat Tasya mengomel di dalam hati.

Tasya hanya menjeling berbaur amaran sebelum berkata ‘kalau awak buat apa-apa kat saya..siap awak,saya hilangkan tittle awak sebagai lelaki..ataupun saya cari awak sampai lubang cacing sekalipun then paksa awak kahwin dengan saya!’

Farish mencebik ‘ Saya tak buat apa-apa lah cik,kan saya dah janji.saya ikhlas nak tolong..so rumah awak kat mana?’

Bingkas Tasya memberitahu alamat rumah sewa sahabatnya Bella,Miera dan Hana.Entah mengapa dia tidak mahu pulang ke apartmentnya.Saat ini dia lebih memerlukan mereka bertiga yang lebih memahami berbanding Lina.Kalau lah tidak kerana suruhan bapa saudaranya agar menjaga apartment itu sudah lama dia juga berpindah tinggal bersama sahabat baiknya.Pernah juga dia memperlawa mereka bertiga agar tinggal bersama dia di apartment tersebut namun atas alasan mereka telah menjalinkan kontrak dengan tuan rumah sewa tersebut akhirnya Tasya akur.

Tasya tertidur dek kerana menahan kelaparan yang mencengkam serta kesejukkan akibat bajunya yang basah kuyup.Untung kot Farish memberi keselesaan kepada dirinya membuatkan matanya makin memberat kuyu.Sempat aku berdoa memohon perlindungan di dalam hati agar lelaki yang sedang membantuku ini benar-benar ikhlas.

Akhirnya Farish menjumpai alamat yang diberitahu Tasya.Tidak susah untuk mencari kawasan perumahan tersebut kerana berdekatan dengan jalan utama.Farish memberhentikan keretanya sebelum melihat kearah gadis disisinya yang sedang lena.Sungguh tenang wajah gadis itu,Farish tersenyum.Hendak kejutkan dia tidak sampai hati.Tanpa melengahkan masa Farish keluar dari kereta dan menekan loceng pagar rumah yang mereka tuju itu.Nasibnya amat baik kerana kelihatan isi rumah itu masih belum tidur sedangkan tika itu jam sudah menginjak pukul 2 pagi.

No comments:

Post a Comment