Thursday, 17 April 2014

Jagakan Dia Untukku : Part 18

Bab 18



‘Assalamualaikum…’ Farish memberi salam dengan sopan tidak mahu dia mengejutkan jiran-jiran tertangga takut mengundang fitnah antara mereka.Hujan yang sedari tadi akhirnya telah berhenti.

Lama salam tidak bersahut sebelum 3 orang gadis bertudung indon keluar serentak dalam keadaan takut-takut.Masing-masing memegang objek yang boleh digunakan untuk memukul.Farish terkejut namun segera menunjukkan riak tenang sambil menyabarkan diri.

Farish mengangkat kedua belah tangannya ‘err,sabar-sabar..saya tak ada niat jahat..saya datang sini nak hantar kawan awak semua’ ujar Farish menerangkan keaadaan sebenar.

Bella yang tidak lekang dengan kayu besbolnya mula berkata ‘tipu! Entah-entah kau nak rompak kami’

Farish mempertahankan dirinya ‘Ya-Allah betul,saya datang sini sebab saya nak hantar kawan awak.dia ada kat dalam kereta saya,kalau saya perompak takkan la saya skema sangat nak bagi salam?’

Miera mengangguk ‘betul jugak bella,kalau dia perompak takkan lah sopan sangat’

‘boleh ke kitaorang percaya ne? kawan mana pulak yang kau cakap tu?entah-entah muslihat kau je..lepas tu bila kitaorg pergi tengok kat kereta kau,kau culik kitaorang pulak!’ laju Hana berkata

Aduyai apalah malang nasib Adam Farish apabila berjumpa dengan mereka berempat yang mempunyai perangai sama.Sukar mempercayai orang!

Farish mengeluh suka hati korang semua lah nak cakap apa,yang saya tahu kawan awak semua kat dalam kereta saya tu tengah kesejukkan kalau jadi apa-apa kat dia salah awak semua faham!’ Farish membentak

Mereka bertiga masih takut untuk mempercayai lelaki yang mengaku membawa kawan mereka itu.

‘okay lah, mana kawan kitaorang yang kau bawak tu ha?!’ Bella bertanya kasar

‘kauorang semua boleh jerit bagi jiran semua tahu kalau aku ada niat jahat ne’ Farish memerli

Hana dan Miera menjeling memberi amaran sambil menghalakan objek yang mereka pegang kearah Farish.Farish hanya diam.

‘Kau orang dua jaga lelaki ni,aku nak check kejap siapa kawan yang dia maksudkan tadi.Kalau dia buat apa-apa atau bawak geng dia just jerit kuat-kuat lepas tu pukul dia,Faham!’ Bella memberi arahan

Hana dan Miera mengangguk ‘Orait’

Lantas Bella berjalan menuju tempat sebelah pemandu untuk melihat kawan yang dimaksudkan lelaki tadi dan membuka pintu kereta tersebut.Bella terkejut.

‘Ad!!!’ Bella terjerit kecil sebelum menutup mulut.Dilihatnya Tasya lena dalam pakaian yang basah lencun.Bella mengoncang bahu Tasya.Tasya bergerak-gerak.

Tasya mengeset matanya sambil membuka perlahan-lahan ‘Bella..’ katanya dalam suara yang perlahan namun jelas kedengaran di telinga Bella.Bella merasa dahi Tasya.Panas!.

‘Ad,badan kau panas.kau demam.apa yang jadi sebenarnya ni?kau nak pergi klinik tak?aku bawak okey’ bertubi-tubi soalan yang ditanya Bella

Laju dia mengeleng,dia benar-benar tidak larat saat ini.Apa yang Tasya tahu dia hanya mahu merebahkan badannya di atas katil yang empuk ‘tak nak,esok je la..aku tak larat sangat ni’ sayu Tasya berkata

‘Degil lah kau ne,jom lah..risau aku..lelaki tu ke buat kau macam ne?’ Bella bertanya lagi sambil memujuk

‘tak,dia tolong aku tadi..kereta aku problem kat tepi jalan..lepas tu hujan..aku..nak masuk kereta balik..tapi..auto..lock..’ Tasya tidak mampu berkata lagi,kepalanya makin berat

‘okay-okay sudah.Cukup kau explainkan aku dah faham’ kata Bella apabila melihat keadaan Tasya yang makin memburuk

‘aku..nak masuk..’ lemah dan perlahan dia berkata

Bella memapah Tasya masuk kedalam rumah sempat dia mengucapkan terima kasih kepada lelaki yang membantu Tasya tadi. Farish hanya mengangguk dan tersenyum. Dia sudah menerangkan keadaan sebenar kepada dua orang gadis yang beria benar mahu memukulnya tadi.

Sempat dia memberi bekalan ubatan yang kepada mereka tadi agar menitipkannya kepada gadis yang dibantunya sebelum dia meminta izin untuk pulang kerana tidak manis dia seorang lelaki berada di rumah anak dara pada waktu begini.

‘tak sempat pulak nak tanya nama dia..’ Farish mendengus sewaktu keretanya sudah selamat diparkir ke garaj villa Indah.

~~~~~~~~
‘lambat kamu balik Airil..’ tegur Dato’ Zulkifli yang sedang santai menikmati secawan kopi di atas sofa empuk itu. Airil dan Daniel terkedu. Terus Dato’Zulkifli memanggil mereka berdua yang masih tercongok dihadapan pintu.

‘err, Airil ingat daddy dah tidur tadi..’ ujar Airil memandang bapanya yang sedang kusyuk meneliti foto-foto milik keluarga sebelah mamanya.

‘hello uncle..’ sapa Daniel pula sebelum melabuhkan punggung di atas sofa yang berhadapan dengan Dato’ Zulkifli. Seperti Airil, Daniel juga tidak lekang-lekang melihat foto yang sedang dipegang Dato’ Zulkifli dengan seribu pertanyaan. Hairan dengan sikap Dato’ Zulkifli itu.

‘hai Daniel, Airil daddy ada something nak bagitahu kat kamu ni..’

Airil pula sudah duduk di sebelah Daniel ‘ada apa daddy? Bunyi macam serius aje?’

‘err, kalau macam tu..daniel balik dulu lah uncle, tak elok pulak menganggu perbualan uncle dengan Airil..’ pamit Daniel yang tidak selesa berada di situ menganggu anak beranak tersebut.

‘daniel pun duduk aje lah, uncle tak kesah..’ ujar Dato’Zulkifli melarang Daniel dari pulang. Daniel tersenyum, kembali fokus mendengar butir bicara Dato’ Zulkifli. Jarang dia melihat Dato’Zulkifli seserius ini.

Dato’ Zulkifli meneguk kopinya lagi. Terus dia menghempas kasar foto-foto yang dipegangnya di atas meja. Airil dan Daniel hanya diam sekadar menjadi pemerhati setia setiap tindak-tanduk Dato’Zulkifli.

‘pernah dengar Empayar Sutera Cruise?’ cermin mata yang tergeletak elok di atas hidung dilurut kebawah memerhati anak mudanya itu.

Airil angguk ‘ mesti lah daddy, itu kan syarikat keluarga mama’

‘ Airil tahu tak biarpun daddy benci dengan mama kamu, tapi Airil tetap anak dia, darah daging dia..’

Airil angguk lagi ‘ yes, I already know it daddy..’

‘tapi pernah tak kamu terfikir Airil, mana suku sakat sebelah mama kamu bila kita susah dulu? Pernah mereka ambil tahu makan minum kita haa?sampaikan nama kamu pun tak ada dalam saham syarikat tu!’ sinis Dato’ Zulkifli bercerita. Airil berkerut, ada agenda apa sebenarnya Dato’ Zulkifli ni?

‘ mungkin mereka ada sebab lain daddy.. sebab yang buat mereka tak cari kita selama ni..’ ujar Airil mempertahankan keluarga sebelah mamanya.

‘kamu diam Airil!’ tengking Dato’Zulkifli. Urat tuanya mula menegang. Rahangnya bergetar menahan amarah dihati. Dendam yang sedang beraja seolah-olah tidak mampu dikawal.

‘daddy nak kamu pergi musnahkan empayar Sutera Cruise tu…macamana sekalipun,kalau perlu rampas jawatan CEO tu..kamu berhak Airil sebab kamu pewaris dari anak sulung pemilik asal syarikat tu’ sambung Dato’ Zulkifli lagi.

Airil berdiri ‘I’m sorry daddy, Airil takkan rampas apa yang telah mereka bina sekarang.. semua tu usaha mereka sendiri, Airil tahu syarikat tu pernah ada masalah dulu, tapi jatuh turun legasi keluarga sebelah mama milik mereka daddy..’

Terus Airil berlalu laju mendaki tangga meninggalkan Daniel yang terpingga-pingga keseorangan bersama Dato’ Zulkifli.

‘Airil!’ Dato’ Zulkifli sudah menggengam tangan.

Daniel memandang sepi tubuh Dato’ Zulkifli. Keluhan berat menjengah telingganya. Pasti ada sesuatu yang sedang membelenggu diri Dato’ Zulkifli. Seolah-olah dia sedang memendam sebuah rasa yang sedang menghimpit jiwanya.

‘uncle.. what wrong?’ tanya Daniel prihatin

Dato’ Zulkifli memandang anak muda disisinya. Satu senyuman sinis terbit di bibirnya.

‘kalau uncle suruh kamu buat something kamu nak? Uncle akan tawarkan berapa aje bayaran yang kamu mahu..’

Daniel tersenyum lebar. Duit? Dia memang teramatlah memerlukan duit ketika ini. Perlahan-lahan dia mengusap dagunya sambil bersandar santai di atas sofa milik Dato’ Zulkifli itu.

‘kalau saya mintak 50 ribu, uncle boleh bagi ?’

Dato’ Zulkifli senyum herot ‘ boleh Daniel, berapa aje yang kamu mintak.. 100 ribu pun boleh..hahaha,asalkan kerja yang uncle suruh tu jalan’

‘kalau macam tu, bila kita boleh start uncle?’ Daniel sudah berdiri bersama Dato’ Zulkifli sebelum sama-sama berjabat tangan tanda kerjasama antara mereka telah terjalin.

No comments:

Post a Comment