Bab 1
Arjuna Hatiku
Kerna
aku jiwa remaja!
‘Mama,
kenapa Zuzu kena jumpa anak aunty Bella? Taknak lah, zuzu nak sambung tidur’ Intan
Zulaikha merengek manja saat Datin Jamila mengejutkan anak daranya seorang itu.
Haila nasib, ada anak dara seorang dah berumur
19 pun bukan main susah nak menjaganya. Anak teruna 3 orang semua pulak masing-masing
workaholic, mana nak lekat dekat rumah. 24 jam dekat office je sama macam
papanya Datuk Kamal. Datin Jamila sudah bercekak pingang, keningnya bertaut
menahan geram.
‘anak
mama sorang ni, nak mama kahwin kan baru tak pemalas ke?’ suara Datin Jamila
sudah naik satu oktaf. Sengaja dia mengugut princess kesayangannya itu.
Celik
mata Zuzu saat mamanya itu sudah ada tanda-tanda mahu mengamuk. Dalam malas
diturutkan juga kemahuan mamanya yang ingin dia berhias cantik kerana
kedatangan tetamu istimewa mamanya itu. Sungguh dia tidak mengertikan mengapa
mamanya beria-ria mahu dia bertemu dengan aunty Bella. Aunty Bella? Sahabat
mama a.k.a bff forever mama, dulu sebelum mama dan papa pindah kesini merekalah
jiran mama di Johor.
Memori
daun pisang, eh silap! Memori sewaktu aku berusia 5 tahun kembali menerpa,
begitu juga anak lelaki aunty Bella yang seusia denganku ketika itu. Pada waktu
itu, anak aunty Bella selalu mengejek diriku. Benci! Sungguh aku benci!
‘Eh
budak gemukk, pancitlah basikal aku!’
‘sampai
hati El cakap kita gemuk..’ Zuzu sudah menangis teresak-esak
‘dah
memang kau gemuk, takkan aku tipu pulak..turunlah..’
‘nanti
El nak kahwin dengan siapa? Dengan kita lah..’ Zuzu mencebik manja, sesekali
tocang ekor kudanya dilibas-libas kearah Hafiz Rafael.
‘siapa
entah nak kahwin dengan budak gemuk macam kau..’
‘nanti
kita dah besar, kita jadi cantik.. jangan menyesal..’ mata zuzu sudah berair
dihina sebegitu. Walaupun masih kecil namun dia punya perasaan. Pantas zuzu
berlari sebelum dia tersadung akar pokok rambutan hingga mencederakan
kepalanya. Semenjak peristiwa itulah mama dan papa mengambil keputusan untuk
berpindah ke Kuala Lumpur.
‘Zuzu,
berangan pulak anak dara mama ni..cepatlah siap..tetamu kita nak sampai dah
tu..’
Hilang
segala memorinya dahulu, saat mama mengejutkan aku. Ahh, terasa malas pula mahu
berjumpa dengan anak aunty Bella. Alasan kena cari jugak ni!
‘Mama,
zuzu sakit perut..period pain..’ Sengaja dia mereka alasan untuk mengelakkan
diri dari bertemu dengan budak lelaki yang telah menghinanya dahulu. Lakonannya
siap ditambah dengan kerutan dan mengosok perutnya perlahan untuk menyakinkan
Datin Jamila bahawa dia benar-benar sakit.
‘Zuzu
sayang, betul ke ni? Sakit sangat ke?’ Datin Jamila berkerut risau.
Zuzu
mengangguk perlahan, dia berjalan lemah menuju kearah katilnya ‘Mama, zuzu tak
larat sangat ni, mama nak ke tengok anak dara mama ni pengsan depan aunty Bella
and family?’
Datin
Jamila memapah tubuh Zuzu ‘okey, sayang rehat.. makan ubat tau, nanti aunty
Bella mama handle..nak apa-apa, mintak kat mak Eda ye sayang’
‘Okey
mama, kirim salam kat anak aunty Bella tu sekali..terima kasih mama’ Laju Zuzu
menutup tubuhnya dengan selimut. Yes! Mission accomplish! Yabedabedu, tak payah
susah-susah nak jumpa lelaki tu! Hati Zuzu bersorak riang.
‘Bella, how life? Lama tak jumpa..’ Datin Jamila memeluk
erat sahabatnya itu.
‘aku macam ni lah still maintain..hahah..aku cari kau tak
jumpa kot, aku pindah sini almost 2 year ago sebab husband dapat tukar kerja
kat Kuala Lumpur ni..’ Puan Bella tersenyum
‘Lama jugak la dah dua tahun kau kat sini, eh ni anak
teruna kau ke? Yang dulu-dulu selalu naik basikal dengan icha tu?’ mata Datin
Jamila tertacap kearah Hafiz Rafael.
‘Ni la anak teruna aku, mana anak dara kau seorang tu?
Tak nampak pun..mesti dah besar dia..’ ujar Puan Bella teruja
Hafiz Rafael menyalam Datin Jamila dengan sopan santun ‘ icha
kat mana aunty? Lama tak jumpa dia..’
Hati Datin Jamila terpaut dengan kesopanan Hafiz Rafael.
Kalaulah dapat dijadikan menantu! Oh apa lah aku duk merepek neh, Zulaikha tu
muda lagi. Takkan aku bagi dia kahwin umur muda-muda macam tu! Hati Datin
Jamila kembali menidakkan.
‘ Hensem El ni sekarang ye..maaflah icha tak
sihat hari ni..ada kat bilik’ puji Datin Jamila jujur.
‘sakit apa Jamila?’ Puan Bella berkerut risau,bimbang juga apabila mendengar anak kawan
baiknya itu ditimpa sakit. Dahulu pun hubungan mereka berdua hampir retak
tatkala Intan Zulaikha cedera sewaktu bermain bersama Hafiz Rafael.
Datin Jamila hanya tertawa ‘ Biasalah masalah orang
perempuan..’
Mereka sama-sama tertawa, Hafiz Rafael turut sama tertawa
sebelum matanya tertacap kearah potret keluarga Datin Jamila.
‘aunty, tu ke icha?’ polos Hafiz Rafael bertanya
Datin Jamila menalakan padangan kearah sorotan mata Hafiz
Rafael. Tergantung indah potret indah milik keluarganya yang baru digantung
setahun yang lalu. Datin Jamila mengangguk.
‘tu la anak dara aunty, Intan Zulaikha..’
Hafiz Rafael mengangguk ‘Cantikk..’
Tanpa sedar mulutnya memuji anak dara Datin
Jamila. Hafiz Rafael tersenyum malu tatkala menyedari keterlanjuran mulutnya.
Datin Jamila dan Puan Bella hanya ketawa senang hati.
Hafiz Rafael terdiam, macam pernah nampak je anak aunty
Jamila ni. Budak 6 atas Bestari ke?
~~~~~~
Bunyi
hon kereta BMW series 6 yang baru memasuki perkarangan sekolah itu membingitkan
telinga. Kelihatan pemandunya turun sambil berkerut geram.
‘Baru 10 minit kot,
takkan dah tutup pagar?’ gadis berbaju kurung sekolah dan berkain hitam itu
mengigit bibir. Dia tersangatlah geram dengan pengawas lelaki dan perempuan
yang bertugas pada pagi itu dan layak
dipanggil junior. Bukan sengaja dia lewat, tapi keretanya yang minta disuapkan
minyak pagi tadi tatkala levelnya sudah sampai ke tahap kritikal.
Sudahlah duit
belanjanya habis mengisi minyak kereta pemberian papanya sempena result STPM
pada semester lepas yang begitu memberangsangkan, kini berdepan pula masalah
disiplin. Oh, minta dijauhkan.
‘Maaf kak, kami hanya
ikut undang-undang sekolah’ ujar pengawas lelaki yang muka tak berapa nak
matang tersebut. Mungkin dalam tingkatan 4 atau 5. Aku menebak.
‘nama akak apa? Akak
dah lambat 10 minit,so kami akan kenakan denda kat akak’ kata pengawas
perempuan yang sedang mencatit sesuatu di buku notanya. Muka bukan main angguh
lagi.
‘suka hati je junior
macam korang ni nak saman-saman aku ya? Kau ingat aku ni junior macam korang
jugak ke’ zuzu sudah bercekak pingang.
‘Hei,
kenapa bising-bising ni?’ seorang lelaki berbadan tegap dan berkaca mata datang kearah mereka.
Nampak macam skema dengan kot pengawasnya. Kulitnya yang putih dipadankan lagi dengan set hidung yang mancung ala-ala
kacukan arab.
‘Abang
Rafael, akak ni lambat lepas tu marah kitaorang catit nama dia pulak..’
pengawas perempuan tadi sudah mendapatkan abang rafaelnya sambil tergedik
manja.
Aku lihat pengawas lelaki disisinya tadi sudah
memandang meluat tatkala melihat adegan tersebut. Zuzu mencuri pandang kearah
pengawas yang seusia dengan dirinya itu. Satu perkataan yang menerpa benak
hatinya saat ini ialah ‘hensem’
Ralph memandang Zuzu
tajam. Tiba-tiba dia rasa teramat marah kerna sikap perempuan tidak bertamadun
tersebut yang suka-suka memarahi anak buahnya itu. Lantas kaki diatur menuju
kearah perempuan tak cukup inci tersebut.
‘Intan Zulaikha, kau
dah lambat sekarang kau tak nak mengaku salah pulak kan?’
Zuzu mendongak saat
nama penuhnya dipanggil, mentang-mantang aku pakai nametag lancarlah mulut
sebut nama aku kan? tinggilah pulak mamat ni. Budak kelas sebelah rupanya ketua
pengawas kat sini. Selama dua tahun dia bersekolah disini, ini kali pertama dia
bertentang mata dengan mamat ni. Kecilnya dunia. Sayang muka hensem tapi mulut
boleh tahan punya laser. Tolak markah! Tarik balik hensem tu zuzu!
‘Encik Hafiz Rafael, masalahnya
saya lambat 10 minit je.. Undang-undang sekolah ni cakap paling lambat pun 15
minit after pagar sekolah kena tutup boleh dikira pelepasan lagi..just bagi
amaran sudahlah,tak perlulah nak catit nama saya bagai’ lancang zuzu berkata
umpama peguambela.
Bela
diri sebenarnya. Nasib baik dalam peraturan memang tercatat macam tu. Kalau
tak, puas juga lah dirinya mencari alasan untuk melepaskan diri. Ralph
mengerling gadis cantik bermata lentik dan berbibir mungil yang sedang
berhadapan dengan dirinya, perasaan yang meluap marah seakan sejuk membeku
tatkala melihat raut wajah yang mendamaikan hati itu. Pelik? Kenapa dia berasa
sedemikian?
‘abang Rafael, betul ke
peraturan sekolah ada cakap macam tu?’ pengawas gedik tadi sudah menarik-narik
lengan Rafael. Zuzu hanya memerhati dengan perasaan meluat. Sungguh dia rasakan
mahu muntah hijau melihat kegedikan gadis itu.
‘Ada Erin, awak ni nama
je pengawas tak baca ke buku disiplin?’ lelaki yang berada disitu turut
menyampuk.
‘Kau ni Mirul, sibuk
je’ Erin menjeling Mirul tajam
‘nama aje pengawas,
peraturan tu pun tak tahu ke?’ sempat zuzu mengomel perlahan.
Rafael yang baru
tersedar, berdehem ‘ okey kali ni aku lepaskan, kalau kau lewat lagi kami
takkan teragak-agak ambil tindakan. Faham?’
Zuzu menganguk acuh tak
acuh, tegas saja bicara lelaki tersebut yang masuk kedalam telinganya. Pantas
dia masuk semula kedalam keretanya tanpa mengucapkan terima kasih. Sengaja dia
menjeling Rafael tajam. Padan muka! Goodbye wish.
Rafael tersengih ‘
well, miss icha our stories just like to begin.. let start the journey..’
Dewan Sri Arjuna amat
gamat sekali tatkala kelas 6 atas Amanah dan Bestari bergabung untuk kelas
pengajian Am. Zulaikha dan Rafael yang memang sedia lambat masuk kedalam dengan
lagak bersahaja seolah-olah tiada apa yang berlaku. Baru sahaja mendaki tangga
beberapa langkah, Cikgu Wahid memanggil mereka berdua.
‘awak berdua yang masuk
lambat tadi, siapa benarkan naik atas? Turun sini balik!’ serius wajah Cikgu
Wahid.
Gulp! Zuzu menelan air
liur. Aduyai, Cikgu Wahid ne PMS ke? Macam nak mengamuk je tu. Dia tersenyum
janggal kearah Cikgu Wahid sebelum mengikut perintahnya.
‘okey semua, kita nak
buat denda apa kat mereka berdua yang datang lewat ni?’ ujar Cikgu Wahid kearah
semua muridnya di dalam dewan tersebut.
Zuzu dan Ralph berdiri
janggal. Masing-masing tidak mengeluarkan sebarang kata.
‘Kahwinkan dorang
cikgu!’ ujar Amin
‘Ha ah Cikgu, jom main
kahwin-kahwin..’ ajak Ira yang kedengaran agak kebudak-budakan itu.
‘betul cikgu, tak salah
kalau kita nak main macam budak-budak dulu..’ giliran Adi pula menyokong
‘Kahwinkan? Hurmm..good
idea, okey semua memandangkan saya tahu awak semua nak hilangkan stress sebelum
exam next week, apakata kita main satu game..yang perempuan awak hiaskan
Zulaikha, yang lelaki awak hiaskan Rafael..jadikan mereka berdua pengatin
terbaik dunia untuk hari ni.. saya bagi masa 30 minit, the game is start now!’
Cikgu Wahid memulakan arahan.
Pelajar perempuan
berpusu-pusu turun mendapatkan Zulaikha. Zulaikha terpinga-pinga. Kahwin?!
Dengan lelaki ni, dalam kelas ni tak de lelaki lain ke Cikgu Wahid oi! Hati
Zuzu menjerit. Terus sahabatnya menarik zuzu kearah stage belakang sebelum
menata rias dirinya. Denda dunia nampaknya zuzu dapat kali ni!
Sahabat lelaki Rafael
pula sudah bersorak dan mengangkat Rafael dengan teruja. Kahwin dengan
Zulaikha? Not bad. Aku suka! Hati Rafael berdecit.
30
minit kemudian….
Rafael sudah duduk
diatas kerusi ala-ala pengatin yang disediakan oleh Cikgu Wahid. Segak dengan
persalinan baju melayu yang mereka pinjam dari kelab kebudayaan sekolah
tersebut. Umpama betul-betul seperti raja sehari yang bakal berkahwin pada hari
ini.
‘Diumumkan ketibaan
pengatin perempuan….’ Laila membuat pengumuman kuat. Bunyi drum sengaja diketuk
oleh pelajar lelaki lain yang tidak sabar-sabar ingin melihat wajah pengantin
perempuan.
Rafael yang berada dia
atas kerusi mula tidak senang duduk. Dadanya berdebar hebat. Sungguh inilah
kali pertama dia berasa sedemikian. Rinik-rinik peluh mula membasahi wajahnya.
Pantas dia menyeka menggunakan tisu yang berada didalam gengaman sahabatnya
Fitri yang setia menjadi pengapit.
‘Wei apsal kau
berpeluh-peluh? Kau takut eh?’ Fitri bantai ketawakan Rafael.
‘kau diam, aku cepuk
jugak kau ni..’ Rafael menyekeh perut sahabatnya itu.
‘Puan Intan Zulaikhaaa…’
sambung Laila lagi. Zuzu berjalan perlahan-lahan sementara sahabatnya Dian yang
merangkap pengapitnya setia menutup wajahnya menggunakan kipas dari penglihatan
pelajar lelaki.
Semakin menghampiri
kearah Ralph, semakin hati Zuzu berdetak hebat. Umpama mereka berdua
benar-benar bakal disatukan. Zuzu menelan air liurnya yang terasa tersekat di
kerongkong. Katakan ini hanya mimpi. Zuzu memejamkan matanya kejap. Sebelum
Dian membuka kipas bagi memperlihatkan dirinya kepada ‘suami seharinya’ itu.
Kelas bertukar semakin
gamat tatkala Dian menarik kipas yang menutup muka Zulaikha. Pelajar lelaki
masing-masing bersiul gatal.
‘Zuzu, awak cantik..
jadi girlfriend saya jommm..’
‘Cantiknya awak
Zulaikha..’
‘Untunglah, Ralph dapat
bini cantikkkk sangat..’
‘Zu, nak ngorat awak
lah..’
‘ikha..jadi wife no 2
saya nak tak?’
‘mana
boleh, Zulaikha tu wife Ralph lah..hahahha’
Masing-masing
memuji kecantikan Zulaikha yang telah ditata rias oleh sahabat perempuannya.
Sepersalinan baju kebaya dengan selendang dan tudung yang serona menaikkan seri
Zulaikha. Rafael masih kaku memandang wajah Zulaikha yang umpama bidadari
dunia. Sungguh dia terpegun dengan ‘isteri seharinya’ itu. Zulaikha menunduk.
Mukanya merona merah. Malu jangan cakaplah sudah sampai ke level yang paling
atas.
‘Amboi encik Raplh,
tengok wife sehari dia ni macam nak makan je..hahaha’ sempat Dian mengusik
Rafael
‘Ralph, kalau kau suka
dia pun.. cover-cover lah sikit kita ni nak exam dah next week..hahahha’ ujar
Fitri sambil berbisik ke telinga Rafael
‘sesuai lah korang
berdua ni, sama cantik, sama padan..semoga bertemu jodohnya..’ ujar Cikgu Wahid
ikhlas
Rafael berdehem. Terus
dia senyum kearah Zulaikha yang sedang merona merah riak wajahnya saat ini.
Lagu pengatin dipasang oleh Cikgu Wahid mengamatkan lagi suasana. Hilang segala
stress yang mereka lalui saat ini. Sehinggalah sesi bergambar yang menjadi
aktiviti wajib mereka. Rafael dan Zulaikha masing-masing diberi seorang satu
gambar ‘raja dan ratu’ sehari mereka sebagai lambang kenangan. Manalah tahu suatu
hari nanti benar-benar jodoh mereka berdua.
Beberapa
minggu telah berlalu sejak peristiwa main kahwin-kahwin antara Raplh dan Zuzu,
maka berakhirlah peperiksaan STPM bagi semua pelajar semester akhir tingkatan 6
pada tahun itu.
‘Zuzu,
ni ada surat untuk awak..’ Dian memberikan sepucuk surat kepada Zuzu sewaktu
dia mengemas buku-bukunya didalam loker untuk dipulangkan kepada pihak sekolah.
‘surat
apa ni?’ Zuzu memandang pelik
Dian
hanya mengeleng ‘entah, surat cinta dari peminat kau kot..eh, aku nak jumpa
Ikmal jap tau..bye’
‘ish
kau..ada-ada aje..orait’ Pantas Zuzu membuka lipatan surat tersebut.
‘Hai Intan Zulaikha, boleh keluar jap? Pandang dekat balkoni
atas..’
xoxo
Berkerut dahi zuzu
membaca setiap bait ringkas didalam surat misteri tersebut. Zulaikha
berkira-kira mahu menurut atau membiarkan sahaja isi surat tersebut.
‘Peliknya, nak buat ke
tak? Kalau buat aku bukan rugi apa-apa pun..tengok lah mana tau putera kayangan
turun dari awan ke?haha’ Zuzu tertawa halus. Tanpa membuang waktu dia keluar
dari kelas dan memandang keatas arah balkoni bangunan sebelah.
Keningnya bertaut,
Hafiz Rafael? Suami sehari aku tu?
![]() |
a love letter send to the heart :) |
Rafael tersenyum. Bukan
senang mengambil risiko sebegini. Banyak kemungkinan yang bakal terjadi. Ini
soal perasaan dan hati yang sudah lama terbendung. Akhirnya Zulaikha keluar
juga! Zulaikha membuat isyarat kenapa? Laju Rafael membaling surat kedua yang
dibuat bentuk roket kearah Zuzu.
Zuzu mengambil surat
berwarna hijau tersebut.
Saya Hafiz Rafael nak buat confession dengan
awak Intan Zulaikha..
Zuzu berkerut, namun
hatinya bersifat ingin tahu. Semakin berdebar-debar menanti bait surat
seterusnya. Ahh, apakah Raplh rasa perasaan yang sama setelah kami main kahwin-kahwin
beberapa minggu yang lepas? Hatinya mula tertanya-tanya.
..yang saya terlampau sayangkan awak
sejak pertama kali kita bertemu..
Pertama kali kita
bertemu? Waktu gaduh sebab datang lambat tu kot. Hati zuzu berkata-kata.
Cepatlah bagi tau yang sebenarnya!
Okey malas nak seksa hati awak dah..
Pandai pun. Raplh, awak
tau tak yang awak memang dah buat saya terseksa kat bawah ni?
Saya nak cakap jujur
Jujur apa? Tell me…Hati
Zuzu menyahut perlahan..
Saya Hafiz Rafael suka, cintakan awak
Intan Zulaikha
Hampir
sahaja zuzu menitiskan air mata tatkala membaca surat terakhir yang tertulis
diatas kertas merah hati. Sungguh dia terharu. Dia kesat perlahan air mata yang
merembes keluar. Laju dia memandang kearah Hafiz Rafael yang sedang tersenyum
kearahnya sambil membuat miming ‘ I LOVE U’.. Zuzu tersenyum dalam terharu.
Pantas dia menjerit ‘I LOVE U TOO’. Biarlah sesiapa pun sahaja yang tahu, kerna
dia yakin Hafiz Rafael pemilik hatinya.
p/s: apa jadi lepas tu ye? hehe :p
No comments:
Post a Comment