Tuesday, 18 March 2014

PROLOG : Jagakan Dia Untukku


the kids vow in New Zealand



‘awak..boleh saya tanya sesuatu?’ sambung gadis itu lagi.

Farish angguk ‘ yes, sure..’

‘kenapa awak berani ikut saya padahal kita baru je jumpa pagi tadi?’

Farish terdiam. Jawapannya dia sendiri pun tidak pasti. Kenapa aku ikut dia? ‘sebab saya tahu awak neh orang baik-baik..’

Gadis itu tersengih ‘kalau saya suruh awak terjun dari sini, will you do it?’

‘yes, I will’ yakin dan tulus Farish menjawab

‘why?’

‘sebab saya tahu awak akan tangkap tangan saya dan tarik saya keatas kembali..’

‘if I don’t then?’

‘saya akan mati dalam kepercayaan, percaya yang awak telah cuba sebaik mungkin tapi awak tak mampu nak selamatkan saya..’

‘kalau kita berpisah lepas neh macam mana?’ lagi dan lagi gadis itu sengaja menguji dirinya.

Farish menadah tangan seakan berdoa sambil memejamkan mata. Gadis tadi berkerut namun dia juga turut menadah tangan seperti Farish ‘ Ya Allah, Ya Tuhanku.. aku sangat menyayanginya dan aku takut kehilangannya, dimana sahaja gadis cantik ini berada.. jagakan dia untukku..Ku titipkan ia kepadaMu semoga selalu berada didalam LindunganMu..’
              
            ‘Amin..terharu saya dengar...you know, these moments…which we are spending together..its really lovely time..just watch! In the future we will remember this and laugh!’ Gadis itu masih tersenyum ceria usai mengaminkan doa Farish tadi. Farish juga tersenyum dan mengangguk. Sakit yang dia rasa waktu dipukul pagi tadi sudah hilang diganti pula dengan rasa bahagia bersama gadis ini.
                 
          ‘jomlah kita balik..hari dah nak malam neh..nanti mama saya risau pulak..’ Gadis tadi sudah berdiri. Farish juga ikut serta. Bersama-sama mereka mengayuh basikal menuju ke perumahan gadis itu. Sampai sahaja di persimpangan jalan, gadis itu menyuruh Farish menghantarnya sampai di situ sahaja.
               
               ‘saya balik dulu.. take care, jumpa lagi awak..good night’ Gadis itu melambai kearah Farish sambil melintas jalan setelah memastikan tiada kereta disitu. Dia masih melambai secara mengundur kebelakang kearah Farish sambil tidak lekang memberi senyuman.
                 
          Farish hanya memerhati dan turut melambai gadis itu sambil membalas senyuman ‘ awak jugak.. hati-hati..awakkkk?..’ Farish menjerit.
               
               Gadis itu berhenti ditengah jalan ‘ Ya?’
               
                ‘terima kasih untuk hari ini.. saya sayang awak..!’ laung Farish.
                
                ‘saya sayang awak jugak..!’ ujar gadis itu ceria.
               
           Farish tersenyum, namun telinganya menangkap jelas bunyi sebuah kereta yang sedang dipandu laju. Pantas Farish menoleh, dia melihat sebuah kereta yang dipandu terhuyung-hayang kesana kemari umpama orang mabuk.
                
              ‘Bummmmmm!!!! Strechhhh..!’ Bunyi rempuhan yang kuat dan bau tayar yang bergesel sudah menusuk hidung.

     Belum sempat Farish memberi amaran, kereta tadi sudah merempuh gadis itu. Terpelanting gadis tadi ke tepi jalan. Farish tergamam. Kaku di tempat dia berdiri. Nafas di dadanya terasa sesak. Air matanya sudah jatuh ke pipi. Pertama kali dia rasa takut. Takut kehilangan gadis tadi. Pertama kali juga dia melihat kemalangan sebegitu di depan matanya. Beberapa orang jiran yang terkejut mendengar bunyi tadi segera keluar melihat dan mengerumuni gadis yang sudah terbaring lemah. Darah pekat merah milik si gadis sudah melatari tempat pejalan kaki dengan banyak.

‘Hey, there is a girl injured here!’

‘Hurry! It’s blood everywhere!’

‘call emergency now!’

Hanya suara kelam kabut yang dapat Farish tangkap sebelum lututnya lemah. Awak, tolong jangan tinggalkan saya! Kenapa sekejap sangat masa awak dengan saya? Saya tak puas lagi kawan dengan awak. Farish bermohon di dalam hati. Matanya kabur perlahan-lahan. Gelap! Berharap semua mimpi ngeri ini berakhir pada esok hari.

No comments:

Post a Comment