Tuesday, 18 March 2014

Jagakan Dia Untukku : Part 3

Bab 2
Malaysia, 2 tahun dahulu..
Aku meraba jam yang sudah acapkali berbunyi membingitkan telinga, terus aku mati kan. Dengan malas aku menarik kembali comforter menutup mukaku. Sekali lagi telefonku berbunyi nyaring membuatkan aku mendengus geram. Ada saja yang menganggu lenaku saat ini.
               
              ‘helloo…hmmm…waalaikumusalam..’
           
            ‘woi..kau baru bangun tidur ke hape? Suara bubbly semacam, bangun lah sekarang dah pukul berapa neh! Sir Amin dah masuk kelas beb!’
             
          Suara Bella yang terjerit kecil, buatkan aku terpaksa menjarakkan telefonku sejengkal dari telinga. Aku yang masih mamai dengan mata yang terpejam hanya menjawab malas.
            
              ‘hmmm..pukul berapa sekarang?’
            
              ‘pukul 8.45 dah sekarang neh! Cepat Ad!’

Automatik mataku celik saat mendengar jawapan dari Bella. Terus aku matikan panggilan dan duduk di birai katil. Masih memproses maklumat yang baru aku terima. Kelam kabut aku mancapai tuala dan mandi ala-kadar sahaja selepas melihat jam pada I-phone 4 ku yang sudah menunjukkan angka 8.45 pagi..

‘Arghhh, lambat!lambat!’ jeritan nyaring milik Adriena Tasya jelas kedengaran di Apartment D-Villa Residence itu.

Walhal sudah berkali-kali penggera berbunyi namun tak juga dirinya bangun gara-gara dia kembali menyambung tidurnya selepas solat subuh pagi tadi.

‘ uhh , ni semua sebab Gary-oppa punya pasal lah neh’

Tasya merengus sambil membetulkan awning tudung bawalnya dihadapan cermin, padahal malam semalam dia sendiri dengan rela hati menonton rancangan realiti korea yang mendapat rating no 1 di Negara k-pop itu.. tak lain tak bukan mestilah melayan rancangan ‘running-man’yang sedang hangat  diperkatakan,memang tak kering gusi bila menonton rancangan itu tau..kunci kereta Myvi yangg diberi nama “mioi” hadiah dari papa diambil pantas dan dia terus memecut kereta a.k.a boyfriendnya itu  hingga sampai ke Universiti Malaya..

Sesampainya di fakulti perniagaan, terus Tasya berlari-lari anak seperti lipas kudung ke kelas Profesor Amin yang sememangnya dikenali amat berdisiplin sewaktu mengajar pelajar-pelajar Degree Business Adminstration, dek kerana pelajarnya yang sememang berperangai mengalahkan budak sekolah walaupun usia sudah melebihi akal.

‘arrgghh, mampus aku prof singa neh dah datang pulak..alasan ape eh?’ getus hati Tasya  sebelum tangannya mengetuk pintu.

Profesor Amin yang sudah separuh memulakan pembelajarannya terhenti begitu juga dengan pelajar lain yang mula menoleh memandang dirinya. Adriena Tasya  tersengih sambil menunjukkan tanda ‘peace’

Err,prof maafkan saya tadi jalan jammed lagipun saya kena hantar anak buah saya pergi Taska tadi..parent dia honeymoon kat oversea’ sengaja dia mereka alasan,sambil menelan air liur..cuak!

‘hihi,tipu sunat tak apa..habislah aku kalau prof neh melenting,mau malu aku nak hadap muka dia sampai grad’ sempat dia mengomel di dalam hati

‘Eh,boleh pulak honeymoon lagi sekali eh ?siapa? kakak awak or abang awak?ke parent awak?’ soal prof Amin dalam nada serius namun diselit pandangan dan senyuman nakal.

‘Hisy,org tua neh umur dah separuh abad pun ada hati nak pandang anak dara orang macam orang miang..euwww’’ hatinya berkata sempat dia mencebik

Apa salahnya prof honeymoon banyak kali best tau? baru lah rumah tangga tu meriah sikit,apa kata prof ajak wifey prof honeymoon lagi sekali mesti rasa macam masa mula-mula kahwin dulu..hihi’ galak dia mengenyitkan mata dan ketawa nakal mengenakan prof Amin..

Kawan sekuliahnya yang mendengar perbualannya sedari tadi sudah mula gelak tak ingat dunia..ini lah masalah budak-budak zaman sekarang bila isu kahwin dilontarkan mula setiap orang laju mengeluarkan persepsi tersendiri,ada yang nakal,ada yang positif dan ada jugak yang negatif.

‘Ehemm..ahh,sudah..silent class!’prof Amin mula bersuara tegas selepas mukanya yang putih itu memerah,malu barangkali.

Tasya akui walaupun usia profnya sudah separuh abad namun prof Amin tetap tampan bergaya ala-ala Brad Pitt gitu.Lalu pantas wajah kacak itu memandang ke arah dirinya kembali.
  
‘okay drop that topic and you Adriena Tasya,please back to yours seat..we may proceed our class soon’

Mecicit Tasya mencari sahabat karibnya Hana,Miera dan Bella..sememangnya dia begitu akrab dengan mereka semenjak dibangku Asasi perniagaan lagi..amat menbanggakan apabila mereka berempat sama-sama melepasi CGPA yang ditentukan pihak universiti dalam jangka masa 6 bulan sahaja..dan sekarang mereka telah menjadi pelajar UM dengan bakal mengenggam segulung ijazah pada usia 22 tahun..kerna itu mereka lebih mengenali Adriena Tasya yang mudah dipanggil dengan panggilan Ad.

‘Psssyyy,wei Ad sejak bile kau ada anak buah neh?aku tak tau pun’ bisik Hana umapama ular tedung yg sedang berdesis menunggu mangsa dengan muka berkerut meminta penjelasan.

‘A-ah lah ang sejak bila ada anak buah?sampai hati ada anak menakan..sorok-sorok dari kita pulak’ Miera mencebik

wei,aku ketuk sorang-sorang kang..tak pasal-pasal benjol jugak kepala ampa dua ekoq neh,sabar noh cheq nak ambik nafas,,fuhhh’ balas Tasya dengan sleng utagha yang tak berapa nak betul.Mengekek Miera ketawa sambil tertahan-tahan.

Sweetheartku  sekalian ,cover-cover la sikit cakap tu you all,kang prof singa kat depan tu syak pulak kite tak concentrate kat kelas die neh’ tegur Bella seakan orang berbisik

Bukan la apa,aku tak tahan nak gelak..kelakar dengar Ad cakap loghat utara..merosakkan bahasa ibunda aku je,teruk!’ bisik Miera sambil mengutuk

Amboi..kau kata aku teruk Miera?ciss..sekeh jugak korang neh, Bella cakap Bahasa rojak tu korang tak marah pulak? Menangis tau cikgu Bahasa Melayu kalau dengar..hihi’ Tasya membalas selamba.Suka-suki je kata aku teruk,cis!

Bella mengetap bibir. Geram. Ada-ada sahaja alasan si Tasya neh.

‘Cepatlah cite Ad..kau ni suka berdalih..kitaorang tak sabar-sabar nak tahu neh’ Hana mula mendesak

A ah,Ad aku pun nak tahu jugak apa yang jadi sebenarnya?’ Bella mula menyampuk

Hahaha,sebenarnya...sebenarnyaaa..’ riak saspen mula terbit dikalangan sahabatku itu..aku pandang mereka,mereka tenung aku serius yang mungkin.

sebenarnyaaa...’ sengaja Tasya menunjukkan riak saspen.

‘Hisy,kau ne Ad cepat je la cite..sakit jiwa aku dengar tau..sebenarnya, sebenarnya...kau ingat neh cite sebenarnya saya istri dia ke?!’ cubit Hana perlahan namun masih terasa bisanya

ouchhh,sakitlah..iya la..aku cerita,sebenarnya semalam aku melayan boyfriend aku si Gary-oppa,hihihi..duk tenung muka die tau..excited smpai tak sedar dah pukul 3 pagi..hihi’ Tasya tersenggih senang hati dengan mata bersinar-sinar macam kera baru dapat bunga pun ada.

Aduyai,Ad aku ingatkan betul-betul melayan boyfren rupanya terkena angin k-pop..’Bella mengeluh panjang sambil menepuk dahi.

hihi,peace..tu tadi alasan je nak lepas dari prof singa kat depan neh’ ceria dia mengusik mereka bertiga

Ad,Ad kitaowg ingatkan apa lah tadi tau..ingatkan kawan kita ne ada wayar putus ke apa rupanya dah berjangkit dengan kita kan Hana’ sampuk Miera

‘tu la deman k-pop jugak minah neh..ingatkan tak layan..hahaha’ Hana sengih puas.

Betapa dia giat sewaktu di asasi dulu menerapkan budaya k-pop dalam kalangan sahabatnya..akhirnya semua terikut kecuali Adriena Tasya..katanya k-pop jambu tak best,tup tup tahun akhir degree baru dia duk melayan..orang dah sampai ke bulan dia baru nak naik roket..
  
‘haish,Ad,Ad’getus hati Hana sambil mengeleng melihat Tasya

‘haaa, those girl yg kat belakang tu kenapa berbisik-bisik..dari tadi saya tengok awak semua macam tu..ada apa-apa yang nak share kat depan kelas ni ke?’ tempik prof Amin kepada mereka berempat

‘kitaorang tengah bincang konsep International Business Management neh prof’ tungkas Miera kepada prof Amin

‘okey,just listen what i’m saying all..jangan nak bergosip je kat belakang,okey back to our discussion..’ sambung prof Amin terhadap pembelajarannya kembali

sudah-sudah la korang ,see prof singa dah nampak kita gossip..kihkih’ perli Hana mengikut gaya prof Amin

‘amboi korang..singa-singa pun..dia jugak yang bagi kita markah nanti  bila final exam..lagipun kita kan dah tahun akhir degree neh..nak konvo dah..berhentilah panggil dia singa..tak berkat nanti’ sempat Bella memberi ceramah ringkas kepada sahabatnya itu

‘ye la miss Bella..sayang eh kat prof Amin?’ usik Tasya sambil tersengih-sengih umpama kerang busuk,tapi dirinya wangi itu bezanya!

Ehh,mesti lah tapi aku sayang Fahmi lebih..heee’ senyum Bella hingga ke telinga

‘Eleh tak habis-habis dengan nama boyfriend dia..tahu la sayang..kitaorang pun ada jugak la’ bidas Miera

‘eh,churppp-churpp..korang yang ada boyfriend bukan aku’ pintas Tasya laju

‘Ala,Ad kau tu yang memilih sangat..nak yang hensem aje..bukan tak ramai yang suka kat kau,aku tengok ada je tapi kau tu je memilih..tu haa,si Ayie kau tolak mentah-mentah’ Hana mula mengunkit

Ayie tu bukan apa,mana boleh tahan perangai dia kot,muka tak berapa tapi girlfriend keliling pinggang..choiii..mula-mula je baik..lagi pun abaikan la pasal Ayie tu,aku tunggu si hottie tu Airil Farhan..heee,hensem’ ujar Tasya dengan mata bersinar-sinar

‘Sedar-sedar la sayang ku Adriena Tasya, kuat dreaming la kau ni..si Airil Farhan tu tak pandang pun orang macam kite ne haaa,tengok la stok awek-awek yang berebut dia semua seksi-meksi tau,body shape mengalahkan model..Cut off yours dreaming darling’ Bella kembali menyedarkan Tasya realiti sebenar.

‘Entah Ad neh, wake up!’ Hana menepis bahu Tasya
 
ohh.. Marian Rivera..mengetarkan jiwa..choppp!

wewewe ade la sikit iras... a.k.a Adriena Tasya



Ya,aku Adriena Tasya,wajahku tidak lah boleh menandingi rupa paras Siti Nurhaliza yang kekal anggun namun aku masih mampu tersenyum puas dan bangga apabila masih ada yang mengelarku artis gara-gara wajahku yang iras Marian Rivera . Kelas kau jah! Hampir juga aku tergelak apabila ada yang menginginkan tandatanganku walhal aku dan artis tersebut jauh pangang dari api.Tersangatlah berbeza!Aku hanya lah gadis biasa yang kuno dalam berfesyen masih menggunakan kacamata ala-ala Harry Potter. Siapa sahaja yang akan memandang diriku ini?

Dan aku Adriena Tasya masih bersyukur kerna rupa parasku sudah cukup sempurna hanya kerana tidak maju kehadapan dalam berfesyen selaras usialah aku sering menjadi mangsa cacian manusia yang tidak pernah melihat diriku setulus hati.Ramai sahaja yang ingin mendekati tapi entah mengapa masih belum ada yang benar-benar ikhlas memiliki hatiku ini..

Duhai hati pemilih betul kau ni! lalu aku menginginkan semua lelaki yang ingin berdampingan dengan ku adalah seorang yang perfect 10..walaupun bila bergandingan umpama pipit dan helang..Manalah ada orang yang sudi berteman kan aku gadis ala-ala ungly Betty versi melayu neh? namun itu tidak membantutkan persepsi Aku menjadi dan mencari seorang yang perfectionist.

‘Ala,biarlah..untung sabut timbul, untung batu tenggelam..Who know in the future right? wekkk’ Tasya menjelirkan lidah, masih mempertahankan pendiriannya.

‘sudah-sudah!,nak bertekak korang boleh keluar..aku nak fokus neh’ lerai Miera

‘ye la wahai cik Mieraku sayang..tapi kan Ad aku nak tanya neh..housemate kau tak kejutkan kau ke pagi tadi?’ Hana kembali memandang Tasya

‘Housemate aku kan balik kampung..korang ne lupa la tu’ Tasya memandang sekilas dan kembali fokus kehadapan

‘owh,lupa la Lina balik kedah eh?patut lah ang bangun lambat’ Miera sempat menyampuk walaupun matanya masih terarah pada pembentangan prof Amin

‘tu la pasal..apartment aku kosong hari minggu neh, tersangatlah bosan..sebab tu yang aku duk layan Gary-oppa..hihi’ gelak Tasya perlahan sambil mencatitkan nota prof Amin

Tittt,titt,tittt...handphone I-Phone 4 milik nya berbunyi... berkerut-kerut dia melihat.... ‘masalah!’

No comments:

Post a Comment