Bab 4
‘Eh,Ad kalut-kalut neh nak pi mana?’
Miera menahan
‘Aku ada hal jap,nanti aku cerita...aku balik dulu
lah’ Terus Tasya berlalu
laju
‘Kenapa dengan si Ad tu?laju je keluar?’ Bella beralih kepada Miera yag hanya menjongketkan bahunya
‘Entah,katanya ada hal tadi..jom la kita makan lepas tu shopping nak?’ ajak Hana laju dan teruja.
Usai semua
kuliah tamat tadi,Tasya terus berlari laju menuju parking kereta sambil fikiran
menerawang mengingatkan pesanan ringkas yang baru diterimanya tanpa memandang
kehadapan.
Bedebukkkkk!
‘Ouchh,sakitnya kepala aku! uhhh’ dia mendengus sambil mengosok kepala
‘Woi,tak reti nak jalan elok-elok ke? Mata tu letak kat mana? Kat
lutut? Dah ada empat mata pun tak nampak
lagi ke ha?!’
‘owh,orang rupanya aku langgar tadi..ingat tiang mana’ selamba dia membalas tanpa memandang empunya suara yang sudah
menyembur amarah kerana sedari tadi Tasya sibuk mengumpul barang-barang yang
berteraburan. Ish, tak berperikemanusian sungguh lelaki neh,bukan nak tolong!
Hatinya menjerit.
‘Hesy,kau neh
apasal?mulut kau ni memang tak ada insurans kan? Nak cari gaduh dengan aku ke
hape?’
‘Tak beradab
betullah mamat neh!’ omel Tasya yang sudah mula geram dengan orang yang tanpa
sengaja dilanggarnya itu sebelum matanya mula mendongak memandang jejaka tampan
dan bergaya dihadapannya..
‘OMG,Airil
Farhan! Aku langgar si hottie neh..i’m
not dreaming’ hatinya berdegup kencang..tanpa disangka angannya menjadi realiti,jejaka
pujaan hati sudah berada di depan mata. Peluang dah ada depan mata ni !
‘Err,sorry..salah
saya tadi’ laju dia memohon maaf sambil tersenyum manis
Namun hanya
jelingan tajam dan riak sombong yang dibalas kembali dari Airil Farhan a.k.a
Mr. Perfect 10 sebelum dia berlalu pergi.Siapa yang tak kenal dengan
dia..jejaka terkacak yang mampu mencairkan mana-mana gadis yang memandangnya
untuk dijadikan teman lelaki malah kalau makcik-makcik yang tengok pun mahu
dijadikan menantu idaman.Dilahirkan dalam keluarga kelas A menjadikan jejaka
itu mampu menayangkan Porche setiap kali ke kampus.
‘bestnya dapat
jumpa si hottie..suka-suka’ ujar Tasya girang..terlupa seketika perkara penting
yang menjadikan dia kelam kabut sehingga terlanggar si jejaka hottie tersebut..
Tittt..tiittt..I-Phone nya berbunyi kembali..alamak! cepat-cepat dia meloloskan
diri ke dalam mioi dan terus laju
meluncur pergi
~~~~~~~~
Terkedu Tasya
saat melihat Lina sudah terbaring dihadapan pintu apartment mereka. Dia terus
berlari mendapatkan tubuh Lina sebelum duduk menghadapnya.
‘Lina,Lina..kau
okey tak?bangunlah’ Tasya mengoncang badan Lina perlahan..namun masih tiada
reaksi
‘Linaaaa,bangunlah!
Jangan tidur kat sini’ Tasya memanggil kuat.Siapa tak takut bila tengok
housemate sendiri diam seakan kaku.Segera Tasya merasa pergelangan tangan Lina.
Nadinya masih ada,suhu badannya pula panas sikit..tak sihat kah lina? dia mula
mencerna maklumat sendiri..Lina bergerak-gerak sambil memisat mata
‘sorry,sorry..aku
tak sihat..kunci apartment lupa bawak’ Lina memandang dengan muka innocent.
‘Hisy kau neh
buat aku cuak je..apasal aku kejut tak bangun tadi?’ dia mengeluh lega
‘Aku makan ubat
tadi..kuat sangat dos dia..tunggu kau lambat sangat sampai..tu yang tertido kat sini’ matanya kuyu meminta
perhatian
‘yang kau send mesej
macam tadi tu kenapa?cuak aku tau..kot ye pun bagitahu la betul-betul..kalau memang
gas meletop tadi macam mana?’ Tegas Tasya ibarat ibu yang sedang berleter
‘ala..sorry..aku
nak kau cepat balik je..tak larat sangat tu yang bagitahu gas nak meletop
tu..hee..dah la aku tak larat,nanti tolong buatkan bubur’ Lina merengek manja.
‘iya lah,dah
masuk-masuk..’ dia menarik badan Lina lembut
Tasya terus
membuka pintu,malas dia nak memanjangkan perkara bila melihat keadaan Lina yang
pucat dan lesu itu..Nur Sharlina baru setahun tinggal bersama Tasya..banyak
perkara yang masih belum diketahui Tasya tentang housematenya yang seorang
itu.. ‘mysterious’ sungguh gadis itu.
Mereka tinggal berdua di apartment milik sepupu Tasya, kerana bosan tinggal
seorang diri Tasya mengajak Lina tinggal bersama yang pada ketika itu Lina sangat-sangat
memerlukan tempat tinggal untuk berteduh..
Lina pelajar
degree tahun pertama sebaya Tasya tiada sesiapa di bandaraya Kuala Lumpur itu
yang diberitahu Lina sewaktu mula-mula bertemu dengannya..dan dia tersangatlah
terhutang budi terhadap Lina kerana memulangkan dompetnya yang berisi hal penting
lantas dia menawarkan Lina tinggal bersama apabila yakin gadis itu jujur dan
polos namun masih ada perkara yang tidak diketahui Tasya mengenai Lina..
‘Lina,nah bubur
nasi yang macam kau nak tadi..dah rasa baik sikit tak?’ soal Tasya sambil membantu
Lina bersandar di kepala katil.
Tasya menongkat
dagu memandang Lina di tepi katil. Lina sememangnya cantik,dengan lesung pipit
dipipi, kulit mulus putih bersih dan alis yang terletak elok mana-mana lelaki yang
memandang pasti terpikat.
‘Alhamdulillah,okey
la sikit’ Lina tersenyum tawar sambil membetulkan kedudukan badannya
‘hee,tak apa lah
kau rehat okey..jangan lupa makan ubat..aku masuk bilik aku dulu tau..gud nite sweetheart’ sengaja dia
membuat suara keanakan sambil menutup pintu bilik Lina dan terus melompat naik
diatas katilnya.
‘aduh,bosannya..nak
keluar malas.Nak stalk twitter si Airil Farhan tak ada update bar u pun..hurmm.’
matanya tertacap kearah jam dinding baru menunjukkan pukul 9.15 malam..awal
lagi,malam masih muda ! sambil bergolek-golek dia melihat fon..
‘wahai fon
bilalah ang nak berbunyi..mengharapkan si jejaka hottie tu call or wechat dengan
aku..arghhh,mesti aku bahagia..hihihi’ sengih Tasya mencipta angannya sendiri
sambil melihat akaun Wechatnya.Sempat jugak dia menggunakan aplikasi tersebut untuk
menambah kenalan baru melalui ‘shake-shake’..Inilah
kerjaku bila dilanda kebosanan melampau,ah.aku bo,bo,bo,bo..bosan..aku
bosan..nananana...laju lagu stacy Angie itu meniti bibirku.
‘eh,siapa ni?
Adam Farish? Macam best je status dia..add
la..bosan-bosan ada jugak kawan ni’ gumam hati Tasya tentang pemilik nama Adam
Farish yang menggunakan gambar profil permandangan senja dengan status : ‘Cinta kerana manusia pasti akan hilang,Cinta
kerana Allah itu kekal abadi’ : , hingga menarik perhatiannya. Lama juga pandangannya
jatuh kearah gambar permandangan itu. Macam pernah tengok! Hatinya berdesis.
Seketika
kemudian, akaun WeChat Tasya berbunyi menandakan adanya sapaan dari
seseorang,lantas dia membuka dan melihat Adam Farish menegurnya
Assalamualaikum, thank you add ;) -Adam Farish
Waalaikumusalam, hee..sama-sama, btw
thank approve ;)
Haha,orait no biggies..so what
should i call you then Adriena Tasya? -Adam Farish
Owh,lupa nak introduce..just call me
Ad..a simple name right?
nope, can i call you with Tasya? -Adam Farish
Boleh aje,nama saya jugak tu..hihi,
nak panggil Tasya manshahar pun boleh..retis sikit..haha..awak pulak saya nak
panggil apa?
just call me Farish..hehe,awak neh
pandai melawak lah..nice to know you Tasya.. –Adam Farish
Haha, merepek awak neh..bila pulak
saya buat lawak? saya terpikat lah dengan status awak..tu yang teringin nak jadi
kawan awak tu ;)
amboi terpikat dengan status eh?
Kalau dengan tuan punya status pun boleh..haha..gurau aje ya Tasya :-p -Adam Farish
Tersengih-sengih
dia melayan Adam Farish..namun niatnya untuk menekan button reply wechat
tersebut terbantut apabila mendengar bunyi seolah-olah orang sedang muntah
teruk..Linakah? Baru Tasya teringat bahawa Lina sedang sakit,pasti dia tidak
tahan makan ubat dan terus muntah-muntah.. segera Tasya keluar dari bilik untuk
melihat keadaannya dan mengetuk pintu bilik Lina yang berkunci.
‘Lina, are you alright dear?’ soal Tasya serius
‘a..aaku..aku
okay je..’ balas Lina dari dalam
‘betul neh?
Sampai muntah-muntah..aku rasa kau kena pergi klinik lah..teruk dah tu..dah makan
ubat?’ dia bertanya lagi sambil berkerut
‘dah-dah,sebab
tu aku muntah kot..badan tak dapat terima ubat neh..tak pe lah..aku okey..aku
nak rehat jap’ Lina mencari alasan
‘aku
risau lah,bukak lah pintu neh..’ Ah,tak boleh jadi neh..risau ! Tasya berkeras
mahu memulas tombol pintu.
‘aku tak
larat..terima kasih sebab risau kan aku..tapi aku nak rehat kejap..please’ Lina
mengambil pregnancy test yang
dibelinya seminggu lalu di dalam laci segera dia menuju ke toiletnya.
‘okey, kalau
ada apa-apa jerit je,nanti aku datang..rehat cukup-cukup tau’ Tasya melepaskan
keluhan berat sebelum berlalu ke bilik setelah mendapat sahutan ‘ok’ dari Lina
Terduduk Lina
di tepi singki apabila melihat keputusan dari pregnancy test yang dilakukannya.Patutlah periodnya sudah berapa
minggu terlewat. Fikirnya hanya sebab terlampau banyak masalah hingga
menjadikan dia stress lantas menyebabkan periodnya tidak teratur..dia memegang
perutnya..walaupun janin itu masih kecil tapi dia dapat merasakan ada nyawa yang
dikandungnya..nak digugurkan? Dia tidak sanggup! Dia bukan pembunuh..
“Ya Allah,apakah yang harus aku lakukan?” berlinangan air mata Lina
Dia memejamkan
mata sambil memikirkan reaksi keluarganya jika mereka mengetahui hal itu,satu-persatu
wajah orang yang disayanginya berlegar di minda..benci kah mereka? Aku tak
sanggup dibuang keluarga hanya kerana kesalahan yang bukan datang dari aku !
aku dinoda..aku benci ! lantas peristiwa tersebut kembali di ulang tayang
dimana kesuciannya yang dijaga selama ini hanya untuk seorang yang bergelar
suami diragut..Lina mengeluh berat.
No comments:
Post a Comment