Thursday, 17 April 2014

Jagakan Dia Untukku : Part 22

Bab 22



         Tasya berbaring memandang syiling.Inilah sebab mengapa dia malas pulang ke apartmentnya.Dia tiada kawan untuk berbual tidak seperti dirumah sewa Hana,Bella dan Miera yang riuh rendah dengan usikan dan tawa.Lina? menyepi di dalam bilik sendiri umpama ada tembok yang menjadi benteng antara mereka.Begitulah rutin diri Tasya setiap hari hanya berbual apabila perlu sahaja dengan housematenya yang sorang itu.

Tasya mengiring.sudah acapkali dia mengubah posisi baringannya.Ah dia terlampau bosan,mahu melelapkan mata dia sudah lama tidur sewaktu dirumah sahabatnya pagi tadi.

‘Adam Farish..kenapa aku sebut nama dia?’ Tasya bertanya kepada dirinya sendiri

Sudah lama rasanya dia tidak bertanya khabar dengan sahabat mayanya itu.Dia tersenyum sebelum segera menghantar kata sapaan kepada Adam Farish,sahabat yang tidak pernah ditemuinya lagi.

Telefon Tasya berbunyi nyaring tanda minta diangkat,Tasya memandang gerangan si pemanggil hati! Berkali-kali dia berfikir mahu menjawab panggilan tersebut atau membiarkan saja.Jika difikirkan ego yang melambung tinggi mahu sahaja dia menghamburkan amarahnya yang masih bersisa namun entah mengapa hatinya lembut seakan roti Gardener dan masih mengiginkan lelaki itu.

‘Hello,Assalamualaikum..’

‘Walaikumusalam Ad,you dah tidur?’ suara itu menyapa

Lama baru Tasya bersuara ‘haa,hurmm..dah, eh belum’

‘haha,you ni lawak lah kalau dah tidur dengan siapa pulak I tengah cakap ni?’ Airil ketawa.Hati Tasya mula menangkis egonya sikit demi sedikit saat mendengar Airil Farhan ketawa.Comel kata hatinya!

‘dah tahu kenapa tanya?’ Segera Tasya menekup mulutnya.Alahai mulut pandai-pandai je nak balas balik ni kenapa? Berani ya buat mogok perasaan kat sini!

‘Amboi,kenapa ni..you merajuk ya?’ Airil kembali memainkan peranannya sebagai pemikat

Tasya tersedar.Dia umpama merajukkah? Dengan si hottie ni.. ‘alamak jangan kantoi sudah!’ omel Tasya.Tasya bermain-main dengan rambutnya sambil berbaring.Ish,posisinya saat ini benar-benar seperti orang baru belajar nak bercinta! Kegedikkan melampau.Dia tergelak halus.

‘Ad, are you still there?’ Airil bersuara setelah perbualan mereka terhenti seketika

‘err,yess Airil’ pendek Tasya menjawab

‘actually I nak minta maaf sebab malam 2 hari lepas I tak datang Old Town,I ada family problem masa tu..i minta maaf eh sayang’ mendatar suara Airil berlakon

‘never mind ,it’s doesn’t matter..kenapa you tak bagi tahu I awal-awal?’

‘I’m really-really sorry, my bad..Please understanding me dear..you tunggu I ke malam tu?’ sengaja Airil bertanya

‘err,tak lah..dah you tak datang I pun balik lah’ Tasya berbohong,tidak mahu dia dicop sebagai terhengeh-hengeh terhadap jajaka pujaan hatinya itu,

‘oh,okay..you tipu I’ kata Airil perlahan namun Tasya tidak dapat menangkap perkataan akhir Airil

‘sorry,apa you cakap?i tak dengar lah’

‘nothing rindulah , and by the way I just nak cakap jumpa nanti ya sayang bila you ada masa kat kampus’ Sekali lagi Tasya terkedu.Hilang terus egonya sebentar tadi saat mendengar perkataan ‘sayang’ yang keluar dari mulut Airil Farhan untuknya.Ah,muka nya semakin blushing!

‘sure..hihi..’ Tasya tergelak halus

‘okay sayang,mimpikan I tau? Lega sikit hati I ni dapat dengar suara you,baru I boleh tidur lena malam ni’ Lagi dan lagi Airil berkata manis umpama menyimbah gula-gula ke atas Tasya dan terus menamatkan pangilannya.

‘Ya Allah,adakah ini mimpi?’ sempat Tasya mengucapkan buah fikiran sebelum dia juga tertidur dengan senyuman yang memanjang hingga ke telinga.Ya semuanya umpama mimpi bagi diri Tasya apabila jejaka idamannya selama ini seolah-olah memberi ‘hint’ soal hati tanpa Tasya sedar bahawa itu semua hanya hipokrit semata-mata.Haiya,Tasya tolong jangan cepat cair!

~~~~~~~~~

Sesekali Lina memicit kepalanya,terasa sangat berat.Dia tahu dirinya kini sudah berbadan dua namun dia takut untuk pergi menemui doktor bagi mendapatkan pengesahan.Teramatlah takut.Sudah acapkali dia muntah-muntah.Alahannya makin memburuk.Dia juga sudah jarang hadir ke kuliah namun aktivitinya tidak dapat dihidu oleh sahabatnya termasuk Tasya apabila dia dengan bijak menyusun kata.Akhirnya dia mengalah,dia harus pergi ke klinik jua.Sudah tak tertanggung lagi rasa menahan sakit dikepalanya saat ini.

Nur Sharlina..puan sila masuk ikut saya ya’ sopan jururawat di klinik itu memanggil dirinya

Lina mengangguk sebelum turut mengikuti nurse tersebut.Doktor yang merawatnya hanya tersenyum namun masih serius menjalankan tugasnya.Sesekali doktor lelaki itu menuliskan sesuatu di atas fail sambil berkerut-kerut.Lina melihat tag namanya ‘Doktor Syukri’

‘Congrate madam you’re pregnant..dah nak masuk 2 bulan..’ Doktor tersebut tersenyum tipis,ada raut risau diwajahnya.

Lina hanya tersenyum berat sambil memegang perutnya yang masih tidak kelihatan mungkin kerana baju yang dipakainya sedikit besar.Hatinya saat ini tidak dapat diagak,mahu gembira?mahu sedih.Semua rasa sedang menyerbu benak hatinya.Mahu saja dia menangis sepuasnya namun sedaya upaya dia menahan.

‘Oh hati tolonglah kuat demi anak yang tidak bersalah ini..’ hatinya berkata lemah

‘terima kasih,baby saya sihat ke doktor?’ ujar Lina

Doktor muda itu yang sedari tadi melihat tingkah Lina mula mengesyaki seperti ada yang tidak kena dengan wanita dihadapannya ini,seperti ada aura yang memanggil agar dirinya itu membantu wanita dihadapannya ini  ‘Alhamdulillah baby puan sihat,mesti suami puan happy..anak first lah kan?’

Lina hanya mampu mempamerkan senyuman palsu yang dibuat-buat,dia berusaha menutup aibnya agar doktor itu percaya bahawa dia sudah berkahwin.Alangkah bahagianya rasa hati Lina andai dia benar-benar sudah berkahwin dengan Airil Farhan dan mempunyai kehadiran anak-anak yang comel.Namun gembira kah Airil Farhan saat mengetahui berita ini? Sukar dia menerbak fikiran lelaki yang berjaya mencuri hatinya itu.

‘err,yes of course husband saya mesti happy sangat’

Doktor itu mengangguk dan kembali berwajah serius,barangkali sudah termakan dek lakonan Lina yang nampak benar itu ‘tapi puan..’

Lina memandang serius seakan ada sesuatu yang ingin diberitahu oleh doktor itu,sesuatu yang penting ‘tapi apa doktor?’

‘tapi puan ada masalah dekat pangkal rahim puan, risiko untuk diri puan melahirkan baby ni sangat tinggi kerana rahim puan tersangatlah lemah..’

Hampir rebah tubuh Lina saat mendengar berita yang baru dikhabarkan doktor itu,segera dia menenangkan diri sebaik mungkin ‘maksudnya doktor?’

‘ada kemungkinan diri puan dalam bahaya dan ada kemungkinan juga hanya salah seorang yang boleh diselamatkan saat puan melahirkan nanti..puan ada pilihan sekarang samada gugurkan janin puan yang masih kecil ataupun hanya biarkan saja’ panjang lebar doktor itu menerangkan

‘tidak! Saya takkan sesekali bunuh janin yang tidak bersalah ini! Tidak doktor,biarkan saya jaga baby saya’ hambur Lina yang sudah bergelinangan air mata sambil mengeleng

‘sabar puan,sabar..saya faham perasaan puan..kita hanya mampu berdoa agar munculnya keajaiban,kita tak tahu apa yang bakal jadi pada masa hadapan puan..kita hanya mampu mengagak sesuatu yang belum 100% bakal jadi..semuanya kuasa Allah puan’ pujuk doktor itu

‘terima kasih doktor saya rasa saya patut balik dulu’ Lina mempamitkan diri.Dia perlu menenangkan diri serta memikirkan cara untuk menyelesaikan masalahnya secepat mungkin..Tidak sempat doktor lelaki itu mahu berbincang dengannya lebih lanjut sebelum mengangguk perlahan.

‘Airil Farhan..’ kembali nama itu dituturkan nya.

No comments:

Post a Comment