Thursday, 17 April 2014

Jagakan Dia Untukku : Part 8

Bab 8



‘Mana Tasya ne? dah satu jam kita tunggu dia kat café tapi tak nampak-nampak pun lagi bayang dia’ kata Hana sambil melihat jam di pegelangan tangannya

‘tu la pasal,aku kena order air lagi ni..dah habis tahu air aku sebab lama menunggu budak tu’ Miera mendengus

‘Haa, dah sampai pun kawan kita yang sorang ni’ Bella menjuih bibir kearah Tasya yang baru menolak pintu café dan menghala ke tempat duduk mereka

Tasya berjalan kearah sahabatnya itu dengan wajah tenang.Walaupun mereka sudah menunjukkan muka cemberut masing-masing.Sengaja dia menduga dengan berjalan ala-ala mak datin,Walhal dia mengakui salah dirinya juga kerana lambat bukan 30 minit tapi 1 jam!..namun lambat nya bersebab..dan sebab itu juga menguntungkan dirinya pada hari itu kerna terserempak dengan jejaka idaman hati..

Tasya duduk mengambil tempat dihadapan mereka bertiga tanpa rasa bersalah lantas terus menayangkan giginya sambil tersenyum menyapa ‘ Assalamulaikum..hai korang’

“Waalaikummusalam!’ sahut ketiga-tiga shabatnya itu serentak..

Tasya menilik raut muka semua sahabatnya yang tidak berpuas hati terhadap dirinya itu,,

‘alololo..aucakkkk..jangan la marah sayangku sekalian’ Tasya mengagah..sempat dia menayangkan muka comelnya..sedaya upaya Miera dan Hana menahan tawa dari terhambur..Bella masih bersilang tangan..ketiga mereka menayangkan muka serius yang mungkin

‘Apasal kau lambat?!’ Bella mula berbicara,,tegas sekali bunyinya suara Bella yang sampai ke gegendang telinganya..Tasya menelan air liur..mak aii garangnya kawan aku neh!..terasa pahit dan payah di kerongkongnya..sepanjang Tasya berteman dengan mereka tidak pernah dia melihat keseriusan seperti itu..Tasya bungkam..

Tasya mengetap bibir, ‘sorry,aku lambat tadi..aku terlanggar someone..huhu’ ujarnya sambil tersengih

‘kau tahu tak,kitaorang dah tunggu lama..nak bincang pun susah..kau ingat kitaorang tak ada kerja lain ke dari nak tunggu kau sorang haa!? Bella menghambur lagi

Sememangnya dikalangan mereka berempat Tasya paling respect dan mengagumi semua tentang Bella,Bella yang cukup dikenalinya seorang yang bijak, kuat menyampaikan nasihat,reti menegur yang salah..serta TEGAS! Dia seperti kakak yang sentiasa ada buat Tasya..
             
Tasya terkedu.Lidahnya seakan kelu dari mengeluarkan kata.Dia tertunduk sepi,entah mengapa kata-kata Bella seakan menusuk hatinya menjadi rapuh.Matanya makin memberat,sedaya upaya dia menahan agar mereka tidak mengesan perubahan wajahnya saat ini.Pertama kali dia dimarahi sedemikian rupa..Bella pulak tu,maunya aku tak terkejut!

‘teruk ke salah aku?’ omel Tasya

‘Dah la aku nak balik !’ Bella mengambil tas tangannya lalu bergerak keluar dari café,sewaktu berjalan  membelakangi Tasya sempat dia tersenyum puas sebelum mengenyit mata terhadap Hana serta Miera..mereka mengangguk faham

Segera Tasya mengangkat muka memandang Hana dan Miera dengan padangan tidak percaya..matanya mula berkaca,dia tidak sempat menahan Bella yang laju meninggalkannya..saat ini dia benar-benar dihimpit rasa bersalah

‘Hana…Mieraa..kenapa dengan Bella? Teruk ke salah aku’ menangis Tasya tersedu sedan

‘Ish kau neh menangis pulak,malu kat orang’ pujuk Miera yang mula tak keruan

Oh,teruk sangat ke prank yang mereka aturkan untuk Tasya? Sempat hati Miera berbisik halus.Hana masih diam dan serius memandang telefonnya..sebenarnya dia sedang menyampaikan info tentang keadaan Tasya kepada Bella..Tak sanggup dia memandang mata Tasya kerana pasti dia akan ketawa kerana rancangan mereka Tasya menangis

Bella masuk kembali kedalam café dengan sebuah kek di tangan,Hana dan Miera terus berdiri.Lantas mereka menyanyikan lagu ‘Selamat Hari Lahir’.Tasya tercenggang. Sumpah dia terkejut gila!



‘Hari ni hari apa?’ Tasya memandang sahabatnya satu persatu meminta penjelasan. Blur sekejap dirinya saat ini.

‘Hari Lahir kau la sayangku Ad..boleh lupa pulak dia..hihi’ Hana memeluk bahunya

Tasya menangis terharu ‘kot ye pun jangan la layan aku macam tadi..terkejut aku,sedih tau’

‘Alolo,cengeng pulak minah neh..haha..sorry la sebab prank kau macam tu’ Bella memujuk

‘dah la tu Ad,lap air mata tu,tiup lilin cepat kasihan Bella lama dah pegang kek tu’ Miera menyampuk sambil menghulurkan tisu

‘terima kasih kat korang sangat-sangat ,sebab korang la sahabat aku dunia akhirat.Sayang korang ketat-ketat,hee.Kalau tak aku tak ingat pun birthday aku’ pantas Tasya meniup lilin

‘Yeayy,selamat hari lahir Ad.Moga panjang umur murah rezeki,cepat-cepat kawin,dapat suami soleh dan anak-anak yang comel’ serentak mereka bertiga berkata sebelum ketawa
           
            Tasya tersenyum bahagia melihat gelagat sahabatnya itu ‘Amin.Terima kasih lagi sekali’
             
          ‘Eh duduk la,korang ni takkan nak berdiri je. Jom makan,laparlah’ Hana menyuarakan hasratnya sempat dia membuat aksi kanak-kanak yang kelaparan
           
             ‘Haha,ya tak ya jugak la,jom’ Bella meletakkan kek yang dipotong ke pinggan masing-masing
            
             ‘So,Ad tadi waktu ang sampai ang ade cakap ang terlanggar orangkan?’ ungkit Miera yang tiba-tiba teringat kata-kata Tasya
            
             ‘Wei,kau langgar siapa?takkan rush sampai sini kau siap excident?’ Hana menerpa sambil memandang muka Tasya
             
             ‘Biarlah birthday girl ne explain dulu korang,terkejut dia lagi nanti..silap-silap boleh kene heart attack kawan kita neh’ Bella mengusik        
           
           ‘Woi,doa  macam tu pulak,tadi aku terlanggar Airil Farhan lah’ Dia tersenyum lebar,masih jelas figura jejaka idamannya tergambar di ingatan
            
               ‘hehe,gurau aje la..what?! Airil Farhan that hot guy yang kau desperate sangat tu ke?’ Bella buat muka tak percaya
             
              ‘Desperate ke aku?’ ujar Tasya bertanya       
           
              ‘A ah,Nampak sangat macam tak ada lelaki lain dah kat dunia neh’ selamba Hana mengutuk
            
            ‘Ala,biar la.Dah dia sorang je ada ciri-ciri dalam list aku,lepas tu kan dia mintak no fon aku..direct pulak tu,such a gentlement’ gedik dia berkata
           
               ‘iye? Tapi macam susah nak percaya je Ad’ Miera mengerut dahi
           
               ‘Eleh,jelous lah tu’ Tasya menjulur lidah
           
                 ‘Eh,tak ada makna aku nak jeles aih’ Miera membangkang sempat dia menjeling
           
            ‘Sudah-sudah jangan nak gaduh kat sini, apa-apa pun Ad..jangan mudah percaya kat orang..tambahan baru kenal neh’ nasihat Hana
           
                 Bella yang sedari tadi memerhati turut sama menambah,’ betul-betul,takut dia mainkan kau je..ye la sape tak kenal kan Airil Farhan si playboy tu..kang tak pasal-pasal kau kene sedas heel awek die bertempek kat muka kau tu Ad’
             
                ‘iye don’t worry my dear,kalau dia sakitkan hati aku..tau la aku nak buat apa..ne Adriena Tasya tau’ Tasya mengajuk muka ganas ala-ala gangster comel.Dia memang comel pun,Perasan sungguh!
           
                Tergelak mengekek ketiga-tiga sahabatnya
           
             ‘haha,kau neh Ad kelakar tau..penat aku ketawa’ Miera memegang perut,senak !
            
              Betul la apa aku cakap,aku tahu la jaga diri aku’ ujarnya sambil bermain-main dengan straw jus Applenya.
           
              ‘kitaorang bukan apa,risau tau..takut kau frust menongeng je nanti..haha’ makin sakan Bella menyakat
           
                ‘A ah,balik-balik cari kita jugak..pastu cengeng..haha’ suka Hana mengusik Tasya yang mula mencebik muka
             
             ‘Alo,tak boleh ke aku cari korang?’
           
               ‘bukan tak boleh,boleh sangat! Eh Ad ne sejak bile sensitif neh?’ Bella mencuit hidung Tasya manja.Manja sangat! Tasya tersenyum bahagia,sengaja dia pura-pura merajuk walhal dia amat sayang dengan semua sahabatnya..sifat Tasya yang manja memang tidak sedikit pun merimaskan Bella,Hana dan Miera..walaupun mereka tahu Tasya bukan lah anak bongsu malah anak sulung lagi tapi entah mengapa mereka jugalah yang menjadi mangsa tempat si Tasya melabuhkan kasih..hanya mereka yang faham dengan perangai Tasya
           
               ‘siapalah lelaki malang dapat ang nanti Ad’ sempat Miera mencelah
           
            ‘apasal pulak malang? Bertuah okey,bertuah!’ Tasya mengulang kata,faham benar dia dengan perangai mereka yang tak lokek mengenakannya,mentang-mentang hari ini birthdaynya, dia yang menjadi mangsa..selalunya mereka yang kerap dikenakan olehnya.
           
              ‘Ye la cepat cengeng ! mereka semua tertawa.

No comments:

Post a Comment