Sesekali Airil
mengerling sebak telefonnya sambil merebahkan diri di atas katil. Dia
buntu..dia rindu..baru saja hatinya melonjak girang saat mendapat panggilan
dari gadis dambaannya setelah menghantar pesanan ringkas itu namun di saat dia
ingin membalas rindu si gadis itu kembali kerongkongnya seakan tersekat dari
mengeluarkan kata lantas Lina memutuskan talian..mahu saja dia menelefon Lina
kembali tetapi dek egonya yang tinggi dia membatalkan hasrat hati
‘saya
pun rindu awak,sayang..rindu sangat-sangat’ gumam Airil sambil mengeluh
perlahan
Segera Airil menepis memori dan perasaannya jauh-jauh
terhadap gadis bernama Lina itu..ada perkara yang perlu dia lakukan..perkara
yang mampu meredakan kemarahannya..ya! dia perlu bijak mengatur permainan
licik,permainan yang dirancang bersama Daniel untuk mengenakan gadis berkaca
mata yang saban hari menyakitkan hatinya..
‘Adriena
Tasya..i’ll make you fall in my arm and hurt you more..’ Airil tersengih jahat
Lantas dia membelek nombor telefon Tasya dan segera
menanti ia disahut oleh gadis itu..kasihan Adriena Tasya menjadi mangsa dan
tempat untuk Airil Farhan meluahkan amarah hati.
‘Hellooo..’ Airil menyapa
‘Assalamualaikum..’
lembut suara Tasya memberi salam
Terlalai
Airil apabila kali pertama mendengar suara halus milik Tasya..dia tersedar
malah termalu Airil seketika apabila dia bertindak melulu tanpa memberi salam ‘Waalaikumusalam
..hai Ad’
‘ye
saya,siapa ne?’ Tasya bertanya sambil berkerut menilik si pemilik suara
Setahu Tasya, dia tidak pernah memberikan nombor telefonnya
kepada mana-mana ‘stranger’..seingat dia
juga hanya pernah dengan mudah memberi no. telefonnya kepada Adam Farish
sahaja,ada ke aku bagi kat orang lain?..Ya! hanya dengan Farish dia
senang-senang melakukan semua perkara tanpa ada rasa paksaan..Entah mengapa dia
pun tidak pasti..walaupun tidak pernah bertemu muka
‘aik..you
tak kenal I ke Ad?’ Janggal suaranya
kedengaran
‘Farish??..’
Tasya meneka
‘siapa
tu? Boyfriend you ke? haha’ Airil gelak sinis sambil mengutuk di dalam hati ‘ mesti boyfriend tak hensem
tu,haha..sepadan la dengan kau’
‘boleh
tak jangan main-main..saya tak ada masa la nak layan!’ Tasya mula tidak senang
dengan si pemilik suara,sesekali dia melakukan aksi rolled eyes sambil mendengus geram
‘you ne boleh tahan
garang jugak kan? Ne I la Airil,lelaki paling hensem pujaan Malaya’ sempat
Airil angkat bakul sendiri
Tasya
terkedu.. ‘OMG!,Airil Farhan!’..hati nya
berdegup kencang lantas dia terjerit kecil,dia call aku,call aku si gadis yang
tak hot neh okay..Tasya melompat girang seperti anak kecil di atas
katil..untung dirinya mengunci pintu bilik tadi,jadi Lina pasti tidak
mengetahui apa yang terjadi…
‘Hello,,hello Ad? Are
you still there?’ jelas kedengaran suara Airil di corong telefon
‘errr..hai Airil..i
ingat siapa tadi..sorry,my bad’ terus sleng ‘i-you’
digunakan Tasya
‘It’s okay..i think I’m
hear you are screaming right? What happening Ad? Something wrong out there?’ Airil
berpura-pura risau
‘Melting…melting..Airil
Farhan risaukan aku’ sempat Tasya mengumam sambil tersengih malu..mukanya
jangan cakaplah sudah mula berubah warna ‘blushing’!
‘eh,no la..ada jiran
sebelah menjerit tadi..kucing masuk rumah dorang’ sengaja Tasya mencari alasan
menutup malunya sebentar tadi
‘oh,pelik..i ingat I
dengar you yang jerit tadi..risau I’ Airil tersengih dengan lakonannya
‘you tak payah risau
lah I kan Adriena Tasya,I kuat okay’ ujar Tasya megah
‘haha..okay I nak
tengok you kuat ke tak nanti’
Tasya berkerut sambil
menunjukkan riak wajah blur ‘ maksud you apa? Tengok I kuat nanti? I tak faham
la Airil’
Airil menekup mulutnya
sambil berkata perlahan jauh dari pendengaran Tasya
‘aduyai,mulut
neh nasib tak kantoi’
‘ye
ke I cakap macam tu..you yang berangan je kot ne..i nak ajak you dinner malam
nanti..jom teman I please…’ Airil mengajak ringkas dengan mendayu-dayu
pujukannya
‘oh ye?!’ Tasya sudah mula teruja apabila mendengar
ajakan Airil Farhan si hotties idaman hatinya yang amat berharga..sememangnya dia
teramatlah fanatik dengan segala yang berkaitan dengan Airil Farhan..habis
semua diselidik tentang Airil,untung juga nasib nya kerana pelanggaran itu dia
berjaya mendampingi Airil Farhan
‘ye
sayang,kita jumpa kat Old Town boleh..pukul 9.30..see you there love?’ Airil
berkata manis sebelum menamatkan talian setelah mendapat kata putus daripada
Tasya
Tasya terdiam..dia benar-benar terkejut sekali
lagi..Airil panggil aku sayang okay!..ohh,aku dah disahkan angau sekarang ne..Tasya
berdecit..hatinya bernyanyi riang..mungkin dia jodohku..automatik bibirnya
menguntum senyuman..mati lamunannya apabila melihat jam sudah menunjukkan pukul
5 petang.. kelam kabut dia membuka almari sambil menyuai padan semua koleksi
baju yang sesuai untuk makan malam pertama itu
Dia mengeluh panjang sambil bercakap seorang diri melihat
timbunan baju yang habis dipunggahnya dari almari ‘tu la sya..dulu mak kau
sendiri nak ajar kau fesyen kau tak nak..haa,sekarang kan dah susah..aku nak
pakai baju apa neh?’
Tiba-tiba Tasya teringat akan mamanya yang bernama
Zahra..mama seorang wanita yang gorgeous
dan bergaya..karier mama sebagai pensyarah di universiti yang jauh di utara
menjadikan Puan Zahra tidak dimamah usia..masih kekal anggun hingga sekarang
walaupun sudah mempunyai 5 orang anak..jauh sekali bezanya dengan Tasya yang
umpama kakak-kakak bila bergandingan dengan mamanya itu..pernah juga dia berasa
malu apabila ada orang yang menegur mengatakan bahawa dia adalah kakak kepada mama
sendiri walhal ketika itu usianya masih belasan tahun..
Dari
cerita mama,walaupun papa nya Encik Amir sibuk berkerja sebagai pegawai
diplomatik yang selalu keluar negara bagi menyelesaikan urusan kerajaan namun
tidak pernah sedikit pun papa sanggup menduakan mama..malah makin cinta dan setia
itu ialah kunci percintaan jarak jauh antara mereka kata mama lagi,Puan Zahra.
Pernah
juga papa merajuk manja dengan mama dek kerana cemburu dengan mata-mata gatal
yang bersiul mengusik saat memandang mama Tasya..kadang-kadang terbit juga riak
bangga di wajah Encik Amir apabila ramai yang berkata bahawa betapa beruntungnya
papa Tasya mendapatkan Puan Zahra..tergelak kecil Tasya apabila mengingati
perangai orang tuanya itu..
Namun
Tasya amatlah mengagumi mereka kerana walaupun makin diinjak usia tapi cinta
antara mama dan papanya tidak pernah luntur..semakin tua,semakin sweet mereka
berdua..ohh,aku juga ingin begitu..cinta yang ingin aku bawa hingga ke akhir
hayatku..Tasya tersenyum manis sambil mengerling potret keluarganya di sisi
katil
‘rindu
pulak dengan mereka-mereka’ terluah juga suara hatinya.
No comments:
Post a Comment