Bab 5
Semakin
hari hubungan Tasya semakin baik dengan Adam Farish teman aplikasi WeChatnya
itu.Walaupun tidak pernah bersua muka tapi dia dapat merasakan Farish seorang yang
baik namun Tasya sentiasa menjaga hubungan mereka agar hanya kekal sekadar teman
tapi mesra dan tidak lebih dari itu. Dia lebih menginginkan jejaka hottie si
Airil Farhan dari mana-mana lelaki.Itu matlamatku, biarlah kawanku mengatakan
aku terlampau desperate mahukan si
hottie kerna aku tidak kisah.Janji hatiku puas! Jerit hatinya.
Melalui
perbualan mereka tempoh hari Farish mula menceritakan serba sedikit
kehidupannya begitu juga diri Tasya..apa yang dia tahu,Farish seorang yang suka berkerja sendiri,kelayakan
pembelajaran setakat SPM dan hidup biasa-biasa aje di kalangan orang yang
sederhana..pernah juga Tasya menyelidik hal peribadi Farish kerana dia
menginginkan kawan yang tidak pernah berahsia termasuk soal hati.
Adriena
Tasya: Farish, awak tak contact girlfriend
awak?
-Adam
Farish : saya mana ada girlfriend..siapalah
yang nak dengan saya neh.. saya baru putus lah :’(
Adriena
Tasya: Kenapa pulak? Bila?:-O
-Adam
Farish : nama dia Lina..dah lebih 2 bulan
kitaorang putus sebab dia cakap nak belajar..dia malas nak fikir pasal cinta..saya
terpaksa terima walaupun hati saya sakit sangat..
Adriena
Tasya: Alahai,awak ni poyo je..mesti awak
sayang dia sangat-sangat kan?
-Adam
Farish : mesti la saya sayang dia..sebab
sayang lah saya faham dia..saya nak dia berjaya capai apa yang dia nak..
Adriena
Tasya: OMG ! sweetnya awak..setia J
-Adam
Farish : tak apa lah, kalau ada jodoh tak
kemana..saya percaya semua ketentuan Allah..kita sebagai manusia hanya mampu
merancang..
Adriena
Tasya: Kalau dia bukan untuk awak,awak
buat apa?
-Adam
Farish : saya redha, saya hanya mampu
berdoa semoga dia berbahagia..mungkin Allah nak bagi saya yang lebih baik J
Adriena
Tasya: Betul cakap awak..saya sokong! tapi
Farish lepas tu kalau awak jumpa yang lain..i’m mean another girl that came
into your life..awak nak buat apa pulak ?
-Adam
Farish : saya akan buat istighkarah,kalau
dia ditetapkan untuk saya,saya takkan sia-sia kan dia
Tenang
hati Tasya membaca segala yang diluahkan Farish. Entah mengapa dia sendiri
tidak pasti, dia hanya membiarkan pesanan itu tanpa membalas dan menyambung
kembali assignmentnya yang tergendala..Tasya hanya melayan Farish dan
mendapatkan nasihat sewaktu di malam hari sahaja..kerana apabila siang hari dia
dan Farish masing-masing sibuk dengan kerja sendiri..
~~~~~~~
Tergopoh-gapah Tasya
keluar dari library sambil mengangkat buku yang maha tebal mencari kawan-kawannya
si Bella,Miera dan Hana lantas dia menelefon mereka dengan menyinding fonnya
menggunakan bahu.
‘Hello,eh
Bella kat mana korang neh? Aku baru keluar dari library neh pinjam buku untuk
business management..’ sekali lagi dia
terlanggar seseorang namun nasibnya baik kerana sempat menyambut telefon
kesayangan.Apalah malang sangat nasib aku asyik-asyik terlanggar orang je. Ni
siapa pulak yang aku langgar,putera raja dari kayangan ke?!
Dia
mendengus kasar ‘fuhh,nasib baik fon aku tak jatuh’
Terkedu
Tasya saat melihat susuk tubuh dihadapannya adalah jejaka hati yang sedang
mengerang kesakitan. Kusut sekali wajah jejaka yang dilanggarnya itu.
‘Ouchh,sakit
kaki aku..Hei minah neh lagi..kau ni kurang ajar kan? memang kau ne menyusahkan
orang lah..apasal kau ikot aku haa?!’ jerkah Airil Farhan
‘err,saya..saya
tak sengaja..saya minta maaf’ Tasya tertunduk sepi. Tergagap-gagap dia menjawab
, matanya mula berkaca..segera Tasya menahan diri ‘oh,airmata janganlah kau
keluar sekarang..’ dia menarik nafas
kuat.
‘kau
ingat senang-senang je boleh mintak maaf macam tu?kau ingat kaki aku yang sakit
ni boleh baik kejap ni aje?!’
Hati
Airil Farhan mula mengelegak panas.Sedari tadi sahabatnya Daniel hanya mampu
memerhati sebelum dia memanggil Airil dengan sengihan jahat..idea nakal mula
terbit.
Daniel
mendekati Airil sebelum berbisik ‘wei,airil
ikot aku jap’
Berkerut
Airil memandang Daniel ‘apa?! Biar
aku ajar minah tiga suku ni dulu la bro !’
‘jom
la ada benda baik nak bincang neh’ Daniel berbisik sambil mengenyit mata
‘kau,tunggu
kat situ jap..hal kita belum settle lagi,jangan berani-berani kau lari..siap
kau aku cari!’ Airil memberi arahan yang berbaur amaran kepada Tasya,
Tasya
mencebik namun entah mengapa ditengking sedemian rupa sekalipun tidak mampu
merubah hatinya untuk membenci si jejaka hottie..dapat berhadapan saja sudah
cukup membuatkan hati nya tak keruan umpama taman bunga sakura yang sedang
berbunga mekar..cinta itu buta ‘adakah ini dinamakan cinta? Oh aku benar-benar
jatuh cinta’ guman Tasya teruja.
Daniel
menarik Airil jauh dari Tasya dan mula meluahkan strategi nakalnya.
‘haa,apa
dia kau nak cakap sampai bisik-bisik ne? hal aku tak settle lagi dengan minah tiga
suku empat mata tu..sakit hati aku bro’ Airil mengadu
‘woi
Airil aku beat kau neh,apakata kalau kau buat minah tu jatuh cinta kat kau..nak
tak?’ Daniel tersengih
Airil
memandang Danial terkejut ‘kau gila hape?!idea ape neh! Tak nak la aku..dia bukan
taste aku..tengok lah tu cermin mata besar gedebak,bergaya pun tak reti..tak
selera aku’ sambil melihat Adriena Tasya yang sedang menyelak buku di tepi
bangku..dari kacamata nya Adriena Tasya yang hanya memakai cardigan dan
berseluar slack dengan tudung bold amatlah lari dari fesyen sekarang. ‘tak reti
bergaya’ kata hati kecil Airil Farhan. Sinis.
‘laa,aku
tak suruh pun kau suka dia..kau taknak balas dendam ke? Dia kan dah banyak buat
kau sakit hati’ Daniel mula memprovok Tasya dihadapan Airil
‘wow
impressive,bagus jugak idea kau..kenapa lah aku tak terfikir..boleh jugak tapi
aku nak buat dia menangis tersungkur..haha,baru puas hati aku’ Airil gelak
jahat
‘tu
la sebab aku suruh kau buat dia jatuh cinta..propose die jadi awek
kau..ala,confirm la dia mesti suka kat kau then bila dia dah sayang kau,kau
kecewa kan lah dia depan kitaorang..nak tengok dia nangis ke tak?ataupun aku
beat kau ajak dia tidur dengan kau ?amacam bro?..haha’ cadang Danial jahat
‘ajak
dia tidur??! Kau Gila?,itu aku tak berapa nak setuju tapi apa yang aku dapat
kalau aku boleh buat dia nangis?’
‘aku
tak suruh kau tidur dengan dia betul-betul bro,aku nak kau takutkan dia
aje,buatlah plan biar dia malu..kalau kau menang aku belanja Porche kau makan
sebulan boleh?deal?’ Daniel menepuk bahu Airil.Tanpa Airil sedar Daniel sudah
tersenyum sinis ‘eleh macam lah kau baik sangat,tak berani tidur dengan
perempuan konon..!’ gumam Daniel
Terasa
tercabar Airil seketika dengan apa yang diperkatakan Daniel ‘okey-okey deal..jom
lah kita mula step nak kena kan minah tu..hehe’ Airil gelak sinis dan terus berlalu
mendapatkan Tasya
‘okay-okay..apa-apa
hal bagitahu..aku tunggu kau kat sini..cepat sikit!’
Terhenti Tasya menyelak muka surat seterusnya apabila
menyedari Airil Farhan menuju kearahnya.Jantung dia tak usah nak cakap lah
sudah mula berdegup kencang macam orang tengah berlari pecut 1000 meter. Senyuman
manis tidak lekang ditonjolkan untuk Airil dari bibirnya yang mungkil itu..
Airil
Farhan mengambil tempat disisi nya. Haruman perfume berjenama Girgio Armani
menusuk hidung Tasya.Wanginya dia. Jelas menunjukkan jarak antara mereka berdua
terlalu dekat.Tasya menunduk dan berlagak selamba menutup gelisah yang
bertandang.
‘syaitan.syuhhhh..pergi
main jauh-jauh.kuatkan iman Ad.’ sempat dia menyabarkan diri. Kalau ikutkan
hati..mahu saja aku memeluk Airil Farhan..tapi aku masih waras..adab dan batas
harus dijaga!..dia hanya mampu tersenyum memandang Airil disisinya.
Airil
Farhan membalas senyuman..terserlah lesung pipitnya dipipi..semakin cair hati Tasya
menilik raut muka teruna disisi.Hensemnya dia.
‘hai,saya
Airil Farhan..sorry eh tengking awak tadi..salah saya jugak bukan awak sorang’
Airil mula berpura-pura memujuk
‘eh tak pe..salah
saya jugak..jalan tak tengok depan..hee’ Tasya hanya memandang Airil
Airil
kembali merenung Tasya,hingga tertunduk Tasya tersipu malu.Tasya kalah dengan
renungan Airil dan sempat hati lelaki Airil berbisik riak ‘perempuan mana tak
cair bila aku tenung kan?’
‘so
nama awak apa neh?’
‘owh,saya
Adriena Tasya..boleh panggil saya Ad je..’ teruja dia mengenalkan diri.Kalau
sahabatnya melihat aksi dia tika ini dia jangka mungkin mereka sudah muntah
hijau. Kegedikkan melampau!
‘sedap
nama..manis je macam orang dia’ Airil
berkata manis. Padahal dalam hati dia sudah tergelak sinis dengan lakonannya..serta
menyumpah seranah berbakul-bakul gadis di sisinya
‘eh
tak ada lah..saya biasa-biasa aje..awak yang hensem’ ujar Tasya jujur
‘saya
memang hensem pun..haha..so boleh kita jadi kawan Ad? Err mcmane nak contact awak
eh?’ Airil mula memancing Tasya
Seketika
kemudian Tasya memandang seraya berkata ‘boleh aje Airil..hehe..bukak fon awak’
‘err,buat
apa?’ Airil memandang hairan..’miskin
sangat ke minah neh,sampai nak ambik fon aku?ish-ish..habis duit aku nanti
kalau dia jadi awek aku’ omel Airil
‘la
kata nak contact macamana? Saya nak bagi no fon saya neh’ dia berkata selamba tanpa malu. Sikap ramahnya mula terserlah.
Sememangnya dia mudah mesra dengan sesiapa sahaja yang menegur dirinya.
Termalu
Airil seketika ‘oh,jap eh’
Airil
menyimpan no telefon Tasya yang telah ditaipnya. Dia meminta diri sambil
berbasa basi dan sempat melemparkan kenyitan mengoda buat Adriena Tasya. Mahu
saja Tasya melompat kegirangan tetapi memikirkan dimana tempat dia berada
sekarang, dia hanya tersenyum senang hati. Angan aku dah jadi reality kot.
Siapa yang tak suka kan?
‘Omg.aku
dah disahkan jatuh cinta..kena jumpa dokter cinta neh..’ tersengih-sengih Tasya
bahagia.
p/s : Haila Tasya, cepat sangat cair dengan org baru kenal ye? sebab rupa? :p
No comments:
Post a Comment