Farish merebahkan
dirinya di atas sofa dalam biliknya. Terasa segar dan tenang dirinya setelah
mandi seketika tadi.Tiba-tiba matanya tertacap kearah bekalan kek coklat di
atas meja sisi.Segera dia memanggil pembantu rumahnya
‘Mak
Mahhh!’
Tercungap-cungap
wanita berusia separuh abad itu masuk kedalam bilik Farish ‘ya Farish,ada apa
nak?’
‘apa ni mak
mah?Thilah dengan Thirah ke yang bawak masuk dalam bilik Farish ni?’ Farish
menunjuk kearah bekalan yang berisi kek coklat itu. Memang pantang bagi dirinya
jika ada orang yang suka-suka memasuki biliknya tanpa izin, excluded anak buah
kembarnya sebab mereka aje yang ade VIP access ke biliknya.
Mak Mah menegup air liurnya.Marah kah Farish? Salah
dirinya juga tadi yang terus meletakkan bekalan itu kedalam bilik Farish tanpa
izin anak majikannya itu
‘err,Mak
Mah yang letak tadi..Pak Jamil bagitahu kawan Farish yang bagi,Mah Mah ingat
mesti lah seseorang yang istimewa bagi Farish bekalan ni…sebab tu lah Mak Mah
delivery terus kat bilik Farish takut pulak si kembar tu rasmi kek Farish ni
haa,putih mata pulak Farish nanti’ Mak Mah menunjuk kearah bekalan tadi.Dirinya
kini sudah mula selesa bersama Farish seperti selalu.
‘kawan
Farish?yang mana ya Mak Mah?’ Farish memandang Mak Mah polos.
‘entah,Pak Jamil bagitahu tadi perempuan.Siapa tu?’ Mah
Mah mula tersenyum-senyum kearah Farish sambil menjongket keningnya.
Dia
tahu mengenai hubungan Farish dan Lina yang terputus di tengah jalan.Dia tahu
tiap kali anak muda yang sedang berada dihadapannya ini dilanda
masalah.Segalanya Mah Mak telah tahu semenjak Farish kecil lagi,kerana dia lah
yang telah membantu Datin Arina menjaga serta melihat Farish membesar di depan
mata.
‘perempuan??’ Farish berkira-kira
‘oh,perempuan tu’ dia
baru teringat mengenai suruhannya agar Pak Jamil menghantar kereta milik gadis
yang ditemuinya dua hari lalu.
‘haa,siapa
dia?girlfriend Farish ya?’
Farish tersenyum sambil mengeleng ‘tak lah Mak Mah,kawan
Farish je.Mak Mah macam tak tahu pulak yang Farish setia dekat dia sorang je.’ .Farish mengakui walaupun gadis yang
baru ditemuinya itu berjaya mengetarkan jantungnya namun masih tidak dapat
menghakis kuatnya cinta terhadap Lina bakal ratu dan suri hidupnya
Mak Mah hanya mampu memandang Farish sayu ‘ Farish,jangan
berharap lebih-lebih sangat takut nanti merana jiwa,itu je yang Mak Mah mampu
cakap’. Sebenarnya Mak Mah lebih faham mengenai hati perempuan,bukankah dia
juga perempuan.
Sejak
dulu lagi dia mengesyaki bahawa Lina tidak ikhlas terhadap Farish.Pernah juga
dia menyuarakannya kepada Farish namun beriya benar Farish mempertahankan
perempuan yang dicintainya itu. Mak Mah mengeluh kecil
‘okey
lah Farish Mak Mah ada kerja lagi kat bawah,Mak Mah turun dulu ya’
Farish
mengangguk sebelum mengambil bekalan kek tersebut.Ada nota yang diselitkan laju
Farish membaca sambil tersenyum.
TERIMA
KASIH AWAK,LAIN KALI TOLONGLAH LAGI..hehe
P/S
: gurau saja ya wahai encik yang baik hati ;)
‘alahai comelnya perangai dia’ Pantas Farish membuka
penutup tupperware.Nampak sedap.Baru sahaja Farish ingin menyuapkan potongan
kek coklat tersebut ke dalam mulut,Hannah Athilah dan Hannah Athirah meluru
masuk kedalam biliknya tanpa mengetuk terlebih dahulu.Kus semangat Farish!
![]() |
Hannah's |
‘Ashuuu!
Ashuuuu’ Hannah Athirah terus duduk di sisi Farish
‘Ashhuuu..tadi teddy bear ila tertinggal dekat shopping
komplek’ adu Hannah Athilah sambil merengek-rengek,wajahnya sedari tadi Farish
perasan sudah kemerah-merahan akibat menangis.
‘la,kan
ila banyak teddy bear dekat bilik tak cukup lagi ke sayang?’ Farish memandang
kedua-dua anak buahnya itu.
Hannah
Athilah hanya mengeleng sambil menangis lagi‘ tak nak,teddy bear tu special
sikit’
‘suruhlah mama
beli yang baru’
‘tak nak!ashuuu…tolonglah
kite..’ Makin menjadi-jadi regekan Athilah
‘ashuu,teddy bear tu special la dekat
ila sebab..sebab boyfriend dia yang bagi’ petah Hannah Athirah berkata
Hampir sahaja Farish jatuh rahang, What! Budak 5 tahun
ada boyfriend?!.budak-budak zaman sekarang memang macam tu ke?.Dia masih ingat
ketika dia berumur 5 tahun dia tidak kenal apa itu cinta,dia tidak tahu menahu
langsung istilah couple.Orang kata masih budak hingusan lagi begitu juga dia
tika itu. Farish hanya mengetahui erti cinta saat umurnya menginjak 12 tahun.
Itu pun cinta hanya untuk sehari. Dalam sehari dia jatuh cinta dan dalam sehari
juga dia kehilangan gadis itu. Kenangan 11 tahun dahulu tak mungkin bisa dia
hapus walaupun masa tak bisa dia undur kembali.
‘amboi,little
girl ashuu ni dah ada boyfriend ya,ira tak ada ke sorang?’ Farish bertanya
sambil tersenyum mengusik
Laju
Hannah Athirah menidakkan ‘mana ada,ashu..ashuu kite adiklah,kite bagi laluan
kat kakak dulu..ashuu tu bila nak bawa mak shu Lina?nanti ira dengan ila ada
kawan’
Farish mengusap rambut anak buahnya itu ‘ hey,pandai ya
usik ashu pulak.Ila sini duduk kat ashu,nak kek tak?teddy bear tu nanti minta
kat boyfriend suruh dia bagi lagi..hihi’ pujuk Farish lembut.
Terus
bersinar-sinar mata mereka berdua. ‘Nak kek tu ashuuu!’
‘boleh,nah ira
ambil yang ni,ila pulak ambil yang ni’ laju Farish mengagihkan kek sepotong sorang
‘syikitnye..ashuuu?’
Athilah mencebik
‘semua
ni ashu yang punya..haha’ galak Farish menyakat sebelum menyuapkan kek tesebut
kedalam mulut.Sedap! sungguh dia tak tipu.
‘ala..ashu,kedekut!’
muncung Athirah memprotes
‘ye la sayang
ashu ni,gurau aje lah tadi..come here , sharing is caring my little one’ Farish
tersenyum dan memberi bekalan tersebut sambil berkongsi bersama-sama.
Hai,anak
buahnya itu macam-macam tapi dia terlampau menyanyangi mereka malah kembar itu
lebih rapat dengan dirinya berbanding ibu bapa mereka sendiri.Farish mengusap
lembut bahu kedua anak buahnya sebelum telefonnya berbunyi,Farish mengerling
sekilas.Oh,teman Wechatnya si Adriena Tasya!
No comments:
Post a Comment