Farish
masih memandang SIII nya..sepi! entah mengapa hatinya kosong..dia benar-benar
merindui Lina yang telah berjaya mencuri hatinya sejak mereka berkawan
lagi.Acapkali dia mendail no telefon Lina kembali,namun semuanya tiada balasan
dan terbaru Lina seperti dalam talian dengan seseorang..
‘dia
sibuk kot,mungkin dia tengah cakap dengan kawan dia..ganggu je aku ne..but I
think I should try again’ Farish meneka.
Dia
mendail no Lina sekali lagi,akhirnya kali ini panggilannya disambut.Farish
tersenyum senang.
‘Assalamualaikum
Lina..’
‘Waalaikumsalam
Farish..err,Farish I’m sorry..we talk later,already busy with my
assignment..sorry..’
Tutttt…tuttt..panggilan
terputus.Farish tercengang.Sesekali dia mengeluh panjang memikirkan
perhubungannya dengan Lina..segera dia berfikiran positif menidakkan perkara
yang bukan-bukan..sedang dia mengelamun panjang di atas katil,tiba-tiba dia
dikejutkan dengan suara si kembar iaitu anak buahnya,anak kepada abangnya yang
sulung..Hannah Athirah dan Hannah Athilah..entah bila anak abangnya yang
berusia 5 tahun itu menyelusup masuk ke dalam biliknya dia pun tidak
menyedari..khanyal dek kerana panahan cinta si Lina !
‘Ashuuu,ashuu..’
pelat Athirah berkata-kata
Farish
memandang anak buahnya dengan padangan kasih,mereka mengelar dirinya dengan
panggilan ‘Ashu’ kerana dia merupakan anak bongsu daripada 4 orang adik beradiknya.Abangnya
yang sulung,telah berkahwin dengan pilihan keluarganya lalu lahirlah si kembar
yang comel ini.Abangnya itu lebih meminati bidang kedoktoran daripada
menyambung legasi bapanya dalam bidang perniagaan industri perkapalan.
Begitu
juga dengan abangnya yang kedua yang juga telah berkahwin namun dia di minta
menguruskan cawangan perniagaan bapanya di luar negara,kakaknya pula sedang
berada di luar negara kerana terikat dengan kontrak kerja dalam bidang peragaan
fesyen sebagai designer..kini tinggallah dia yang menjadi anak manja kedua ibu
bapanya dan penyambung legasi syarikat kepunyaan bapanya disini.
Jadi
tidak menghairankan apabila di usia muda dalam 22 tahun dia boleh memiliki segalanya..kerana
dia lah anak bongsu harapan ibu bapanya menyambung legasi tersebut. Kepintaran
Farish semenjak kecil menjadi kebanggaan adik-beradiknya apabila sewaktu
berumur 12 tahun dia telah dihantar ke New Zealand oleh mama dan papanya untuk
mengikuti sesi pembelajaran disana.
Ada
sebab juga mengapa papa membuat keputusan begitu,kata mama..papa mahu aku
menemani kakakku, Aina yang sedang mengikuti kursus fesyen dan textile. Walhal
papa sebenarnya teramatlah risau mengenai keadaan kakakku itu. Sehinggalah aku
memutuskan mahu menyambung pembelajaranku yang lebih tinggi di Auckland
University saat umurku sudah menjangkau 17 tahun.
6 tahun Farish bertungkus-lumus demi segengam
ijazah dalam bidang ‘Business Adminstration’..Dia mengabaikan waktu remajanya
dengan terus fokus dalam pembelajaran..akhirnya hasrat Farish tercapai dalam
usia yang muda hingga dicerembui sahabatnya yang sebaya..
Dimana
di saat mereka yang berusia 21 tahun baru menamatkan pembelajaran di peringkat
diploma dia sudah jauh kehadapan. Tatkala kakinya sudah menjejaki bumi Malaysia
awal tahun yang sama lah, papanya sudah meletakkan harapan besar agar dia mampu
mengalas tempat CEO empayar milik keluarganya.
‘Ashuuu..jom
main-main’ kata Athilah pula sambil melompat-lompat katil Farish riang
Hilang
semua masalah Farish apabila melihat anak buahnya yang hyperaktif itu,lantas
dia tersenyum ‘alala, sayang nak main apa?’ sempat dia mengeletek kedua-dua
anak kembar itu..mengekek mereka tertawa geli di atas katil king miliknya itu.
‘nak
main..main playground..ashuuu..jom la..’ Athilah mula menarik tangan Farish
supaya bangkit dari katilnya. Malas-malas Farish bangkit dan terus mengubah
posisinya duduk bersila di birai katil.
‘ashuuuu..nak
aiskrimmmm..’ Athirah pula mula merengek sambil membuat muka comel..geram
Farish melihat kecomelan kedua anak buahnya..sempat dia mencubit manja pipi
gebu mereka..
‘aiskrim?
Kalau nak aiskrim kena tanya mama dulu..’
‘alaaa..tp
ila nak aiskrim,kalau bagitahu mama mesti mama tak kasi..’ giliran Hannah
Athilah pula baring di atas riba Farish sambil membuat mata umpama kitten.
‘okey
macam neh lah, ashu belanja aiskrim tapi ada syarat yang ila dengan ira kena
ikut’
‘apa
syaratnya ashu?’ ujar Athilah bertanya
‘syaratnyaaa…kiss
ashu kat sini dulu..’ Farish dah halakan pipi dia kat anak buahnya itu.
Serentak
kedua anak buahnya itu mencium pipi Farish. Farish tersenyum senang. Sayangnya
dia terhadap kedua anak buahnya itu umpama sayang yang tiada tolok bandingnya.
Farish menghulurkan jari kelingkingnya kepada anak buahnya itu. Gaya macam nak
berjanji,
‘Ashu
janji nanti ashu bawak ila dengan ira keluar.. kita makan aiskrim okey..set..’
Hannah
Athirah dan Hannah Athilah sudah melompat-lompat senang ‘yeayyy! Ashu belanja
aiskrim..’
‘bila
ashu free, ashu bawak makan aikrim tau sayang..’
‘ashhuuu..apa
ne?’ Athirah melayangkan gambar Lina yang tercicir saat Farish mahu bangun
tadi.
‘eh,mana
sayang ashu ne dapat..bagi ashu balik’ tergopoh-gapah Farish mendapatkan si
kembar yang mula meloloskan diri ke muka pintu
‘ashhuuu..suka
aunty Lina..ashu suka aunty Lina..’ si
kembar mula mengejek nakal
Farish
mencebik ‘kantoi!’..selama ini
keluarganya amat mengenali Lina..namun mereka hanya mengetahui bahawa Lina
hanyalah sahabat Farish tidak lebih dari itu..pernah mereka mengusik apabila
Lina datang ke rumah mereka..namun Lina segera menidakkan..padahal ketika itu
mereka telah rasmi berhubungan..merajuk jugak lah sehari tu dengan Lina..
Farish
tersengih mengingatkan kembali kenangan itu..
‘Ashuu..ira
bagi tahu kat atok,nenek,kat papa,kat mama,kat uncle Faliq,kat aunty Lisa,kat
ashraf’ Athirah mengira-ngira isi rumah Villa Indah itu..
‘a
ah kitaorang bagi tahu kat semua..termasuk Mak Mah,Atuk Jamil’ Athilah pula
menambah untuk menyebarkan berita kepada pembantu rumah dan tukang kebun mereka
itu merangkap pemandu kepada ibu bapa
Farish.Farish mencebik..tidak sempat dia menangkap anak buahnya itu apabila
mereka terlebih dahulu menghilang.
‘Haish,nasib
la kau Farish..Nakal betul cucu-cucu Dato’ Arif dan Datin Arina neh’ Farish
menepuk dahi sambil mengeleng.
No comments:
Post a Comment