Saturday, 21 September 2013

Jagakan Dia Untukku (UPDATE) : Part 1



Bab 1 (UPDATE)

London..
Hyde Park London
Angin sejuk musim luruh di Kota London menyapa wajahku perlahan. Sesekali dedaun kering jatuh ke bumi melambai-lambai umpama kapas. Mengigil badanku saat bayu angin terasa hingga ke tulang sum-sum. Aku menghirup angin pagi di London. Damai dan tenang, hilang segala rasa yang membelenggu diri.

Sweater Cardigan aku lilit kemas membaluti tubuhku, tangan pula sudah tersarung gloves yang memang aku pakai sedari keluar tadi. Beanie Hat yang berada di atas kepalaku aku betulkan. Shawl berbunga flora masih berkeadaan baik di kepalaku. Tidak senget dimana-mana. Aku menunduk membetulkan tali pada kasut boots bertumitku. Masih sempat aku menitik berat soal penampilan walaupun sejuk sudah mencengkam diri.

boleh bayang tak sikit2 Tasya mcm neh :p


Perlahan-lahan aku menyusuri Hyde Park di tengah kota London. Untung hari ini tidaklah sesesak selalu. Jika tidak pasti ramai manusia terutamanya dikalangan pelancong, singgah berkunjung kerana keindahan taman yang masih dijaga rapi di tengah bandaraya yang sibuk ini. Sengaja aku memilih untuk bersiar-siar disini sementara menunggu mereka menghabiskan waktu membeli-belah bersama di Oxford Street,  Knightabridge, Istana Buckingham dan mungkin juga di Trafalgar Square. Biarlah bukan selalu mereka ke sini.

Kakiku terus melangkah sambil menolak lembut stroller bayi mendekati pesisiran tasik The Serpertine . Melihat itik-itik yang sedang menyudu air dan berenang bebas sedikit sebanyak mencuit hatiku.  Aku menyanyi perlahan, Sesekali aku menekan playlist yang berada di dalam I-podku mencari lagu pilihan. Lagu Jet Lag nyanyian Simple Plan aku ulang nyanyi. Mengambil mood sementelah menyedarkan diriku yang sudah lama berada di perantauan.

What time is it where you are?
I miss you more than anything
Back at home you feel so far
Waitin for the phone to ring
It’s gettin lonely livin upside down
I don’t even wanna be in this town
Tryin to figure out the time zones makin me crazy..
You say good morning
When it’s midnight
Going out of my head
Alone in this bed
I wake up to your sunset
It’s drivin me mad
I miss you so bad
And my heart heart heart is so jetlagged

Aduyai, rindu pulak dekat keluarga dan sahabatku di Malaysia. Aku hanya berhubung dengan mereka melalui tetingkap alam maya skype. Kali terakhir aku menghubungi mereka disana dua minggu yang lalu.Apa yang sedang mereka lakukan tika ini? Keadaan mereka? Semua persoalan aku jawab dengan keluhan. Mungkin disana sudah menginjak waktu petang memandangkan waktu Malaysia yang awal 8 jam berbanding sini. Aku menganggak.

Teringat aku dengan telatah adik bongsu lelakiku yang sudah berumur 10 tahun sewaktu berskype bersama mereka kelmarin. Kejap rasanya masa berlalu. Sewaktu aku meninggalkan mereka di bumi Malaysia dahulu, dia masih kecil namun sudah mengerti erti perpisahan. Berat sungguh hati ku tika itu melihat si adik yang menangis tidak mahu melepaskan aku pergi di ruang pelepasan ke London. 

Walaupun sudah 2 tahun kami tidak berjumpa namun hubungan kekeluargaan antara kami masih utuh hingga sekarang. Ya Allah, aku benar-benar merindui mereka semua.

‘alonggg, rindunya.. bila along nak balik Malaysia?’ wajah Aizat sudah menghiasi tetingkap skype aku. Mama dan papa pula sudah ke dapur usai bercakap denganku sedari tadi.

Oh, macam selalu kawan pelik si Aizat turut ada bersama juga semenjak setahun yang lalu. Tiap kali aku nak berskype pun susah bila lelaki yang tersangatlah pelik dimata aku ada situ. Terpaksa aku menyarungkan tudung Syria setiap masa.

Pernah juga aku bersifat ingin tahu menyuruh si Aizat memperkenalkan kawannya itu namun bijak Aizat berdalih. Makin musykil aku memandang lelaki itu. Penampilan lelaki itu juga sudah aku cam kini, dengan hut yang menutup kepalanya dan memakai Cap bertulis ‘Leessang’ membuatkan wajahnya tidak kelihatan.

Mana tak nya, tiap kali aku memandang tajam kearah lelaki itu. Dia seolah-olah sedang memerhatikan diriku dalam keadaan menunduk sambil tangan kusyuk bermain telefon. Yang aku makin peliknya, bila aku nak skype dengan mereka je dia ada. Dia tu dah macam jadi sebahagian dari keluargaku pula. Macam manalah keluargaku senang-senang aje nak bawak orang yang tak dikenali masuk kat dalam rumah. Makin hairan aku dengan pendirian keluargaku ini.

Aku menghadiahkan senyuman manis buat adikku itu. Mencari ayat yang sesuai agar tidak mengores hatinya ‘InsyaAllah, suatu hari nanti along mesti balik Malaysia jugak‘

Tidak mahu aku memberi harapan yang tinggi buat mereka disana. Macamana aku nak balik kalau hatiku masih belum sepenuhnya melupuskan semua yang telah terjadi? Namun, suatu hari nanti aku pasti pulang jua ke tanah airku. Perlu diingatkan aku bukanlah umpama kacang yang melupakan kulit. Mahu juga berbakti kepada negara tercinta, tanah tumpah darahku. Spontan lagu Negaraku menerpa benak fikiranku.

Aizat memandang aku lagi ‘ along, kalau along tak nak balik.. aizat suruh papa paksa along balik jugak!..nanti aizat ada kawan,boleh main selalu macam…’ spontan Aizat menekup mulut.

Amboi si Aizat neh, umur baru setahun jagung dah pandai ugut akak dia neh. Aku membuntangkan mata sambil bercekak pinggang. Sesekali aku berkerut dan menjungkit kening seperti Ziana Zain, cuba mencerna ayatnya sebentar tadi.

‘apa dia Aizat?! Amboi, pandai eh ugut along?’

Aizat dah mengekek ketawa melihat reaksi aku. Langsung dia tidak takut saat mendengar suara yang sengaja aku buat-buat marah. Bibirku ketap geram.

‘Haha, along love you..abang kat sebelah neh suruh cakap’ spontan Aizat berterus-terang

Aku berkerut hairan memandang lelaki yang masih menunduk. Tiba-tiba aku rasakan darah sudah menyerbu di wajah. Jantung pula jangan cakaplah, sudah berdegup kencang. Perasaannya sungguh aku rasakan sama seperti dua tahun dahulu. Aduh kenapalah setahun neh susah sangat mamat tu nak angkat muka. Teringin juga aku nak tengok rupa kawan pelik si Aizat neh macamana orangnya. Entah-entah muka macam orang pecah rumah kot! Aduyai, perangai lama aku dah datang balik neh. Memilih !

stroller baby brand Elle

Aku tertawa halus apabila teringatkan conversation bersama Aizat kelmarin. Melepaskan nafas sebelum tersenyum sendiri. Aku mengundur perlahan-lahan . Baru sahaja aku ingin mengambil tempat di kerusi yang berdekatan, badanku sudah terdorong ke tepi. Nasib baik stroller bayi yang ku pegang tidak terlepas. Hanya beg tote Channel aku yang penuh sahaja sudah melambakkan isinya. Pantas aku menoleh memandang gerangan orang yang telah merempuhku sedari tadi.

‘Opss!..I’m sorry Mrs ..I’m sorry..’ 

p/s : comment please :D

No comments:

Post a Comment