Saturday, 12 October 2013

Jagakan Dia Untukku : Part 2



Seorang gadis yang sedang kalut dalam lingkungan awal 20-an sudah menundukkan wajah. Nampak sangat keadaan diri gadis itu yang gelabah gila, pantas dia mengutip kembali barangan ku yang sudah berterabur dek pelanggaran yang dicetusnya. Aku memandang gadis itu kejap. Menganalisis penampilan gadis muda itu. Bertudung lembut dengan sweater kot yang labuh hingga bawah pinggul. Berkulit putih namun tidaklah seputih aku. Muka macam Melayu. Mesti pelajar neh.

‘I’m sorry Mrs.. Please forgive me, my bad’

Lagi sekali gadis kelam-kabut itu meminta maaf setelah melihat aku yang masih diam tidak memberi sebarang respon. Sesekali mulut si gadis terkumat-kamit memarahi diri atas kecuaian yang berlaku dalam Bahasa Melayu. Terus aku tersenyum manis. Haiya nak marah pun tak jadi tengok budak neh yang sudah menunjukkan muka innocent! Gadis neh mengingatkan aku pada sesuatu je. Ya ! mengingatkan tentang diriku yang dulu.

‘It’s okay..I’m forgive you but don’t do like this again. Fortunately the baby still sleeping..’

‘Thank you Mrs. . Yours baby so damn cute..’ Wajah kemerahan gadis tadi beransur hilang kini diganti dengan wajah lega dan senyuman manis di bibir. Terus gadis itu menunduk sebelum mencium bayi yang berada di dalam stoller.

Aku tergelak lagi melihat perangai selamba gadis itu.

‘Malaysians?’ tebak ku, sekadar mencuba nasib menyelidik gerangan si gadis. Gadis itu mengangguk sebelum tersenyum lagi kearahku.

‘Malaysians too?’ soalanku dibalas dengan soalan juga yang keluar dari mulut gadis tadi.

Aku tersenyum mengangguk lantas memperkenalkan diri ‘ Hai, saya Adriena Tasya..’

Gadis itu turut tersenyum dan terus menyalam tanganku ‘ Hai, saya Syifa..’

‘awak tak takut saya marah awak sebab terlanggar saya tadi?’ aku memberanikan diri bertanya. Yelah, walaupun gadis bernama Syifa ini kelam kabut namun suaranya masih berlagak tenang setenang wajahnya.

Syifa tersenyum sebelum mengelengkan kepala ‘tak..buat apa saya nak lari dari masalah?lari dari masalah dan kesilapan diri takkan menyelesaikan apa-apa. Kita hanya akan dihantui masa silam je kalau lari..lebih baik menyelesaikan semuanya segera dari membuatkan saya dihimpit perasaan bersalah’

Aku terdiam. Berfikir jauh. Betul juga kata si Syifa neh bahawa lari takkan mampu menyelesaikan masalah. Aku neh boleh dikategori sebagai lari ke? Aduyai Tasya, kau bukan larilah..kau Cuma bawak diri,merawat luka dihati. Pantas aku menegakkan keputusanku untuk bermaustatin di London selama ini. Tapi kenapa tiap hari aku sentiasa dibayangi dengan masa silam seolah-olah tidak mahu meninggalkan aku?!

‘awak..???!’ Syifa dah melambai-lambai dihadapan mukaku. Mati lamunanku apabila menyedari Syifa masih disitu.

‘anak awak comel lah…tadi saya ingatkan saya langgar pelajar manalah, rupa awak tak macam dah ada anak pun..macam anak dara yang umur belasan tahun..cantik..’ sambung Syifa lagi.

Aku tertawa mendengar pujian gadis comel itu, dalam hati mula terbit perasaan bangga ‘ pelajar ke? So kiranya awak pangkat adik-adik la neh?’

Kami sudah duduk di atas kerusi. Gembira rasanya hatiku saat ini apabila ada teman yang boleh diajak berbual. Orang Malaysia pulak tu selama ni jiran-jiran aku pun kebanyakkannya orang pure  Kota London. Speaking je kerjanya. Aku yang kerja kat kedutaan tu pun speaking jugak dengan staf sana. Nak cakap Bahasa Melayu? Jarang yang amat !

 Gadis itu mengangguk sudah mula menunjukkan sisi peramahnya. Aku juga turut sama mudah mesra tatkala berbual dengannya. Stroller mudah alih bayi turut aku tarik di sisi sebelum mengubah bentuk stroller seakan bakul bayi. Terus aku letakkan bakul stroller di antara Syifa dengan diriku.

‘umur akak berapa neh?’ tanya Syifa sopan

‘amboi soalan cepumas ke hape neh..kenapa muka akak nampak macam dah tua ke?’ selamba aku mengusik sambil meraba wajahku dengan riak blur.

‘eh,tak..tak, muka akak yang tegang macam babyface neh takkan lah umur macam mak nenek pulak? Just curious…’ Syifa  mengusik mesra. Mungkin menyedari ketelanjuran katanya sebentar tadi. Namun aku tidak lah mengambil pusing segala katanya.

‘akak umur 25 tahun la.Syifa mesti 22 kan?’ aku menebak umur Syifa pula. Syifa mengangguk sambil tersengih bangga. Banggalah tu muda lagi dari aku.

‘kalau macam tu Syifa panggil akak, kak Tasya la boleh? Akak kerja sini ke?’

‘boleh aje Syifa..yes, baru beberapa bulan akak kerja kat kedutaan Malaysia, London..tapi duduk London ne dah 2 tahun lebih sejak further Master kat Universiti sini..tadi Syifa  kalut-kalut nak kemana?’ tanyaku lagi sambil memandang Syifa yang sedang ralit memegang pipi si kecil.

‘owh,akak pegawai diplomat la neh? Ada kelas tadi..’ Syifa memandangku penuh kagum. Aku hanya tersengih.

Memang perkerjaan diplomat tidaklah segah mana. Namun eklusifnya tetap ada. Mengalas tanggungjawab yang berat dalam menjaga kebajikan rakyat Malaysia yang tinggal di United Kingdom ini yang harus aku tempuhi. Jadual kerja ku yang padat dengan meeting dan report yang perlu diselesaikan harus aku telan membuatkan aku tiada masa untuk merehatkan diri. Untung ketuaku, Papa Kamil yang merangkap kawan baik papa yang juga pegawai diplomat di Malaysia tersangatlah baik hati memberikan aku cuti hari ini.

Jadi pegawai diplomat neh pun kerna menumpang tiket papa yang jua pegawai diplomat. Jika tidak masakan senang aku diterima kerja kedalam konsulat Malaysia itu. Nasib baik juga papa ingin membantu setelah aku merayu berkali-kali. Terus papa menghubungi sahabatnya yang berada di konsulat Malaysia agar menerima diriku berkerja di situ secara kontrak.

‘ada kelas?pukul berapa Syifa?’ ujarku lagi meminta kepastian.

‘pukul 10 akak..akak tinggal kat mana eh? comelnya baby neh,geram!’ sempat Syifa mencubit lembut pipi si kecil sebelum Syifa pandang muka aku lagi. Wajahnya tenang masih tersenyum seperti tadi.

Aku melihat jam tangganku. Ah sudah, dah pukul 10.20 sekarang neh. Si Syifa neh sedar ke tidak?!

‘Syifa.. It’s almost 10.20 A.M right now, did you realize it?’ ujarku seraya memandang Syifa laju.

Syifa tergamam. Turut sama melihat jam di telefonnya. Kembali Syifa menjadi kalut seperti mula-mula kami bertemu tadi.

‘Alamak, akak…saya dah lambat neh!!!’ Syifa terjerit seraya memandang aku polos.

Hisy budak neh, terkejut jugak aku dek tidak menjangkakan si Syifa neh bakal menjerit sebegitu. Bayi yang berada di dalam stroller merenggek perlahan. Mungkin terjaga dek jeritan Syifa. Pantas aku menepuk-nepuk lembut badan si kecil.

‘tunggu kejap Syifa.. ni business card akak..kalau ada masa jemputlah singgah’ Laju aku menghulur kad perniagaanku kepada Syifa yang serupa cacing kepanasan itu.

belgrave


Kad bertukar tangan. Sempat juga Syifa melihat teruja ‘Belgrave? Akak tinggal kat situ ke? Wah, best jugak jadi pegawai diplomatik neh..’

Syifa masih memandang ku teruja. Belgrave, satu tempat eklusif yang menempatkan para diplomat negara di seluruh dunia. Berdekatan dengan Buckingham Palace dan Harrods menjadikan tempat tersebut salah satu hotspot high class di kota London. Aku tersengih lagi.

‘Syifa belajar kat mana neh?’

‘Royal College of Art..dekat je akak dari sini’

‘owh I see, mesti Syifa tangan seni neh?’

Syifa mengangguk laju sebelum tersengih ‘a ah, akak saya pergi dulu la..dah lambat neh..tak sempat nak berbual lama-lama..nanti ada masa free saya singgah okey’

‘Haha, sabar Syifa jangan kalut sangat..universiti tu tak lari pun’

‘memang lah akak tapi professor kelas ne yang garang macam bapak singa’ Syifa mencebik.

‘okeylah, hati-hati tau’

‘okey akak, saya minta diri dulu..papai baby comel..Assalamualaikum’ Syifa mencuit tangan si kecil.

Kelam kabut dia meminta diri dan berjanji jika ada kelapangan dia akan datang melawatku. Aku tertawa melihat susuk tubuh Syifa yang makin menghilang. Ah gadis itu perangainya teramatlah serupa dengan diriku dahulu. Hmmm, Dejavu ada dimana-mana. Tanganku masih tidak lepas menepuk-nepuk badan si kecil hingga dia lena kembali.

Walhal mataku sudah tertacap ke arah beg Channelku dimana tergeletaknya sebuah album gambar. Album gambar berkulit yang memang aku bawa kemana sahaja aku pergi. Album gambar yang membawa 1001 memori dalam hidupku. Mungkin terkeluar sewaktu pelanggaran bersama Syifa tadi. Aku melepaskan keluhan berat. Pantas aku mengambil album gambar tersebut. Membuka helaian demi helaian.

-Let ours love be like the misty rain, coming softly but flooding the river.. -

Ada gambar aku dengan muka yang sememeh, comot sewaktu makan aiskrim, ketawa, mencebik, marah , tersenyum bahagia dan merajuk sakan. Semuanya ditangkap dalam keadaan kandid. Entah bila ditangkap, aku juga tidak pernah menyedari. Aku tersenyum dalam sayu, mataku sudah mula berkaca-kaca. Hatiku sebak tiba-tiba. Rindu itu tetap ada. Namun cinta tidak semuanya berakhir dengan indah.

Nafas aku tarik dalam. Jari-jemariku mengusap perlahan album yang sedang aku pegang erat. Aku melontarkan padangan jauh. Jauh kehadapan memandang tasik yang indah umpama kaca yang bisa menembusi. Umpama pita perakam yang mengulang tayang kembali kenangan yang lalu. Kenangan yang tidak mampu aku hapus dari kotak hatiku. Kenangan yang membawa aku kemari dua tahun dahulu.

Perlahan-lahan mataku kabur, membenarkan memori itu kembali…

p/s : haha..just writing :p