Bab 22
Tasya berbaring
memandang syiling.Inilah sebab mengapa dia malas pulang ke apartmentnya.Dia
tiada kawan untuk berbual tidak seperti dirumah sewa Hana,Bella dan Miera yang
riuh rendah dengan usikan dan tawa.Lina? menyepi di dalam bilik sendiri umpama
ada tembok yang menjadi benteng antara mereka.Begitulah rutin diri Tasya setiap
hari hanya berbual apabila perlu sahaja dengan housematenya yang sorang itu.
Tasya mengiring.sudah
acapkali dia mengubah posisi baringannya.Ah dia terlampau bosan,mahu melelapkan
mata dia sudah lama tidur sewaktu dirumah sahabatnya pagi tadi.
‘Adam Farish..kenapa
aku sebut nama dia?’ Tasya bertanya kepada dirinya sendiri
Sudah
lama rasanya dia tidak bertanya khabar dengan sahabat mayanya itu.Dia tersenyum
sebelum segera menghantar kata sapaan kepada Adam Farish,sahabat yang tidak
pernah ditemuinya lagi.
Telefon
Tasya berbunyi nyaring tanda minta diangkat,Tasya memandang gerangan si
pemanggil hati! Berkali-kali dia berfikir mahu menjawab panggilan tersebut atau
membiarkan saja.Jika difikirkan ego yang melambung tinggi mahu sahaja dia
menghamburkan amarahnya yang masih bersisa namun entah mengapa hatinya lembut
seakan roti Gardener dan masih mengiginkan lelaki itu.
‘Hello,Assalamualaikum..’
‘Walaikumusalam Ad,you
dah tidur?’ suara itu menyapa
Lama baru Tasya
bersuara ‘haa,hurmm..dah, eh belum’
‘haha,you ni lawak lah
kalau dah tidur dengan siapa pulak I tengah cakap ni?’ Airil ketawa.Hati Tasya
mula menangkis egonya sikit demi sedikit saat mendengar Airil Farhan
ketawa.Comel kata hatinya!
‘dah tahu kenapa
tanya?’ Segera Tasya menekup mulutnya.Alahai mulut pandai-pandai je nak balas
balik ni kenapa? Berani ya buat mogok perasaan kat sini!
‘Amboi,kenapa ni..you
merajuk ya?’ Airil kembali memainkan peranannya sebagai pemikat
Tasya
tersedar.Dia umpama merajukkah? Dengan si hottie ni.. ‘alamak jangan kantoi
sudah!’ omel Tasya.Tasya bermain-main dengan rambutnya sambil
berbaring.Ish,posisinya saat ini benar-benar seperti orang baru belajar nak
bercinta! Kegedikkan melampau.Dia tergelak halus.
‘Ad, are you still
there?’ Airil bersuara setelah perbualan mereka terhenti seketika
‘err,yess Airil’ pendek
Tasya menjawab
‘actually I nak minta
maaf sebab malam 2 hari lepas I tak datang Old Town,I ada family problem masa
tu..i minta maaf eh sayang’ mendatar suara Airil berlakon
‘never mind ,it’s
doesn’t matter..kenapa you tak bagi tahu I awal-awal?’
‘I’m really-really
sorry, my bad..Please understanding me dear..you tunggu I ke malam tu?’ sengaja
Airil bertanya
‘err,tak lah..dah you
tak datang I pun balik lah’ Tasya berbohong,tidak mahu dia dicop sebagai
terhengeh-hengeh terhadap jajaka pujaan hatinya itu,
‘oh,okay..you tipu I’
kata Airil perlahan namun Tasya tidak dapat menangkap perkataan akhir Airil
‘sorry,apa
you cakap?i tak dengar lah’
‘nothing
rindulah , and by the way I just nak cakap jumpa nanti ya sayang bila you ada
masa kat kampus’ Sekali lagi Tasya
terkedu.Hilang terus egonya sebentar tadi saat mendengar perkataan ‘sayang’ yang keluar dari mulut Airil
Farhan untuknya.Ah,muka nya semakin blushing!
‘sure..hihi..’ Tasya
tergelak halus
‘okay sayang,mimpikan I
tau? Lega sikit hati I ni dapat dengar suara you,baru I boleh tidur lena malam
ni’ Lagi dan lagi Airil berkata manis umpama menyimbah gula-gula ke atas Tasya
dan terus menamatkan pangilannya.
‘Ya Allah,adakah ini
mimpi?’ sempat Tasya mengucapkan buah fikiran sebelum dia juga tertidur dengan
senyuman yang memanjang hingga ke telinga.Ya semuanya umpama mimpi bagi diri
Tasya apabila jejaka idamannya selama ini seolah-olah memberi ‘hint’ soal hati tanpa Tasya sedar
bahawa itu semua hanya hipokrit semata-mata.Haiya,Tasya tolong jangan cepat
cair!
~~~~~~~~~
Sesekali
Lina memicit kepalanya,terasa sangat berat.Dia tahu dirinya kini sudah berbadan
dua namun dia takut untuk pergi menemui doktor bagi mendapatkan
pengesahan.Teramatlah takut.Sudah acapkali dia muntah-muntah.Alahannya makin
memburuk.Dia juga sudah jarang hadir ke kuliah namun aktivitinya tidak dapat
dihidu oleh sahabatnya termasuk Tasya apabila dia dengan bijak menyusun
kata.Akhirnya dia mengalah,dia harus pergi ke klinik jua.Sudah tak tertanggung
lagi rasa menahan sakit dikepalanya saat ini.
‘Nur
Sharlina..puan sila masuk ikut saya ya’ sopan jururawat di klinik itu memanggil
dirinya
Lina
mengangguk sebelum turut mengikuti nurse tersebut.Doktor yang merawatnya hanya
tersenyum namun masih serius menjalankan tugasnya.Sesekali doktor lelaki itu
menuliskan sesuatu di atas fail sambil berkerut-kerut.Lina melihat tag namanya
‘Doktor Syukri’
‘Congrate madam you’re
pregnant..dah nak masuk 2 bulan..’ Doktor tersebut tersenyum tipis,ada raut
risau diwajahnya.
Lina
hanya tersenyum berat sambil memegang perutnya yang masih tidak kelihatan
mungkin kerana baju yang dipakainya sedikit besar.Hatinya saat ini tidak dapat
diagak,mahu gembira?mahu sedih.Semua rasa sedang menyerbu benak hatinya.Mahu
saja dia menangis sepuasnya namun sedaya upaya dia menahan.
‘Oh
hati tolonglah kuat demi anak yang tidak bersalah ini..’ hatinya berkata lemah
‘terima kasih,baby saya
sihat ke doktor?’ ujar Lina
Doktor
muda itu yang sedari tadi melihat tingkah Lina mula mengesyaki seperti ada yang
tidak kena dengan wanita dihadapannya ini,seperti ada aura yang memanggil agar
dirinya itu membantu wanita dihadapannya ini ‘Alhamdulillah baby puan sihat,mesti suami
puan happy..anak first lah kan?’
Lina
hanya mampu mempamerkan senyuman palsu yang dibuat-buat,dia berusaha menutup
aibnya agar doktor itu percaya bahawa dia sudah berkahwin.Alangkah bahagianya
rasa hati Lina andai dia benar-benar sudah berkahwin dengan Airil Farhan dan
mempunyai kehadiran anak-anak yang comel.Namun gembira kah Airil Farhan saat
mengetahui berita ini? Sukar dia menerbak fikiran lelaki yang berjaya mencuri
hatinya itu.
‘err,yes of course
husband saya mesti happy sangat’
Doktor itu mengangguk
dan kembali berwajah serius,barangkali sudah termakan dek lakonan Lina yang
nampak benar itu ‘tapi puan..’
Lina memandang serius seakan
ada sesuatu yang ingin diberitahu oleh doktor itu,sesuatu yang penting ‘tapi
apa doktor?’
‘tapi puan ada masalah
dekat pangkal rahim puan, risiko untuk diri puan melahirkan baby ni sangat
tinggi kerana rahim puan tersangatlah lemah..’
Hampir rebah tubuh Lina
saat mendengar berita yang baru dikhabarkan doktor itu,segera dia menenangkan
diri sebaik mungkin ‘maksudnya doktor?’
‘ada
kemungkinan diri puan dalam bahaya dan ada kemungkinan juga hanya salah seorang
yang boleh diselamatkan saat puan melahirkan nanti..puan ada pilihan sekarang
samada gugurkan janin puan yang masih kecil ataupun hanya biarkan saja’ panjang
lebar doktor itu menerangkan
‘tidak!
Saya takkan sesekali bunuh janin yang tidak bersalah ini! Tidak doktor,biarkan
saya jaga baby saya’ hambur Lina yang sudah bergelinangan air mata sambil
mengeleng
‘sabar
puan,sabar..saya faham perasaan puan..kita hanya mampu berdoa agar munculnya
keajaiban,kita tak tahu apa yang bakal jadi pada masa hadapan puan..kita hanya
mampu mengagak sesuatu yang belum 100% bakal jadi..semuanya kuasa Allah puan’ pujuk doktor itu
‘terima
kasih doktor saya rasa saya patut balik dulu’ Lina mempamitkan diri.Dia perlu
menenangkan diri serta memikirkan cara untuk menyelesaikan masalahnya secepat
mungkin..Tidak sempat doktor lelaki itu mahu berbincang dengannya lebih lanjut
sebelum mengangguk perlahan.
‘Airil
Farhan..’ kembali nama itu dituturkan nya.