Thursday, 26 May 2016

Arjuna Hatiku : Part 2

Bab 2
Arjuna Hatiku

            Rafael pantas mendapatkan Zulaikha yang sedang tersipu malu. Sungguh hatinya berbunga-bunga pada saat ini. Mana mungkin dia mampu menyembunyikan segala rasa yang telah merontak jiwanya buat sekalian lama.

            ‘Zuzu, we need to talk about us..’ ujar Ralph lembut
            ‘pasal apa awak?’ sengaja Zuzu pura-pura bertanya sedangkan dia tahu soal apa yang bakal dibincangkan oleh mereka. Tentang hati.
            ‘Saya ambil awak malam nanti kat rumah..kita dinner boleh?’
            Membulat mata Intan Zulaikha saat mendengar perlawaan Hafiz Rafael. Biar betul?!
            ‘awak ni biar betul, macam lah mama dengan papa saya bagi kita keluar malam-malam..eh, lagi satu macam mana awak tahu rumah saya dekat mana? Stalker eh?’ sengaja Zuzu menjungkit kening. Nakal.
            Ralph tersenyum mengoda ‘ saya tahu lah rumah bakal isteri saya..’
            Zuzu melemparkan padangan jelik ‘ ewww, awak ni belum declare jadi special boyfriend saya lagi dah berangan nak saya jadi wife awak..perasan!’
            Ralph mencebik ‘ amboi, habis tu yang awak cakap I LOVE YOU TOO kat saya tadi apa? Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata?’ sempat dia mengenyit mata kearah Zuzu yang mukanya sudah berubah warna. Malulah tu.
            ‘telinga awak ada sound trouble tu..’ Zuzu tertawa tatkala dia berjaya mengenakan Ralph. Mencuka wajah si jejaka kacak disisinya itu.
            ‘tak kisahlah, yang penting awak pernah jadi wife saya jugak waktu kita main kahwin-kahwin tu..’
            ‘Alala..merajuk ya abang Hafiz Rafael?’ spontan Zuzu memujuk.
            ‘apa dia? Ulang lagi sekali? Awak panggil saya abang? Bagus-bagus, practice make perfect sayang.. biasakan lidah nanti dah kahwin dengan abang ni senang lah panggil ‘A.B.A.N.G’..walaupun kita sama umur..’ Ralph mengulum senyum. Dalam hati jangan cakaplah, bahagia! Zulaikha ni pulak jenis cakap tak fikir. Ikut sedap mulut aje. Free-free aje dia panggil aku abang.Hati Hafiz Rafael berdecit gembira.
            Mahu sahaja Intan Zulaikha menyorokkan wajahnya. Aduyai mulut, cakap tak fikir dulu. Kena lari ni! Kang tak pasal-pasal kena perli lagi.
            ‘awak, dah waktu lunch ni.. saya balik dululah, jumpa lagi..’ pantas dia meninggalkan Ralph yang terpinga-pinga. Ralph tersengih, amboi Icha pandai eh cari alasan nak lepas diri. Takpe abang suka!
            Datin Jamila sedang bergelak ketawa bersama suaminya tatkala Intan Zulaikha sedang bersiap-siap mahu keluar dari rumah. Terpandang kelibat anaknya yang sudah memakai dress hijau epal dipadankan cardigan putih sedang menuruni tangga lantas jam dinding dilihatnya kejap. Dah pukul 8.30 malam. Kemana pulak anak dara aku sorang nak keluar ni?
            ‘Sayang, sayang nak pergi mana malam-malam macam ni?’ Datin Jamila sudah mendapatkan puterinya itu. Cantik sekali pada padangannya.
            ‘mama, Zuzu nak keluar kejap boleh? Makan-makan dengan kawan…’ Pantas Zuzu memeluk mamanya itu.
            ‘Ah, cantiknya anak dara papa ni’ Datuk Kamal menegur Zuzu yang amat cantik di matanya itu.
            ‘papa ni..ada-ada je’ pipi Intan Zulaikha sudah berona merah. Malu barangkali
            ‘papa puji Zuzu aje tau. Mama yang hari-hari cantik berkelip-kelip ni, papa tak nampak pun. Zuzu keluar dengan kawan yang mana sayang?’ tanya Datin Jamila lagi dalam keadaan mengusik.
            ‘papa ingatkan yang berkelip-kelip tu lampu lap lip hari raya tu’ meletus tawa Datuk Kamal seraya mengusik isterinya itu. Satu cubitan halus hinggap di badannya. Zuzu hanya tersengih melihat adegan manja mama dan papanya itu.
            Wajah Datin Jamila kembali terarah ke wajah Zuzu dengan serius. Bukan bermaksud dia menyekat kebebasan anak-anaknya. Namun naluri seorang ibu yang menjadikan dirinya begitu. Sungguh dia tidak mahu perkara yang buruk berlaku keatas puterinya itu.
            Pinnn..
            Bunyi hon kereta yang baru memasuki Kawasan perumahan Datin Jamila membantutkan pertanyaannya lagi keatas Intan Zulaikha. Zuzu tersenyum.
            ‘Mama, sini lah zuzu kenalkan dengan kawan Zuzu..’ Zuzu berlari anak sambil keluar mendapatkan pemilik kereta Honda Accord yang sudah menantinya diluar.
            Datin Jamila hanya berkerut. Hafiz Rafael keluar dari perut kereta,lantas dia mendapatkan Datin Jamila yang sedang terconggok di pintu rumah bersama Intan Zulaikha disisi.
            ‘Assalamualaikum aunty,apa khabar?uncle mana?’ sopan Hafiz Rafael menyalami tangan Datin Jamila.
            Datin Jamila tersenyum lega ‘ waalaikumusalam, la El ke yang nak keluar dengan Icha?uncle ada kat dalam.’
            Intan Zulaikha sudah berkerut memandang kedua orang kesayangannya yang sedang berada dihadapan. Mesranya mereka seolah-olah sudah lama kenal. El? Macam pernah dengar aje. Kenapa mama panggil dia Ralph dengan pangilan El? El hanya tersengih, mesra sungguh tatkala dia menyapa aunty Jamila. Zuzu masih terpinga-pinga menanti penjelasan dari mereka.
            ‘Hai uncle, sihat?’ Ralph menyapa Datuk Kamal lantas berlalu kearahnya dan saling bersalaman.
            ‘Mama, janganlah panggil nama Zuzu dengan Icha..malulah dekat Ralph..’ Intan Zulaikha mencebik manja.
            ‘Sayang, tadi mama betul-betul risau tau..ingatkan anak kesayangan mama ni keluar dengan orang yang tak semengah. Nasib baik keluar dengan El..lega hati mama’
            ‘El?’ Zuzu masih tidak mengerti dan berkerut menanti jawapan kepada hatinya.
            ‘Aunty, saya datang ni nak ajak anak aunty makan malam aje..boleh tak aunty? El janji akan jaga anak aunty ni macam El jaga diri El sendiri..El akan hantar dia sebelum pukul 12 malam aunty macam Cinderella..’ bersungguh sekali muka Rafael saat ini.
            ‘okey El, jaga Icha baik-baik ye..jangan pulak kang dia balik berdarah dahi macam dulu..’ Datin Jamila tertawa mengusik
            ‘baik aunty, El janji takkan ulang lagi macam dulu..’ Hafiz Rafael turut tertawa. Dia tahu dalam keramahan Datin Jamila, terselit jua amaran. Bukan dia tidak menyedari.
            Makin berkerut Intan Zulaikha apabila mamanya mengulang kembali peristiwa sewaktu dia berumur 5 tahun dahulu dihadapan Hafiz Rafael. Musykil! Siapa sebenarnya Hafiz Rafael? Jangan-jangan..dia…
            Datin Jamila menghantar padangannya kearah kereta Honda yang makin menghilang. Hafiz Rafael. Baik, sopan tapi apa hubungan Icha dengan El ye? Harap-harap janganlah mereka berdua bercinta! Aku masih belum mahu melepaskan anak kesayangan aku tu! Kalau pun mereka berdua betul-betul serius, tunggulah sehingga mereka sudah berumur 25 keatas. Aku kena jarakkan mereka sebelum terlambat! Ujar hati Datin Jamila keras.
            Suasana didalam kereta menjadi sunyi sepi sejak keluar dari perkarangan rumah Datin Jamila. Intan Zulaikha hanya memeluk tubuh sambil melepaskan padangan keluar kereta. Pekat malam dan lampu jalan menjadi santapan matanya. Sesekali dia memegang dadanya sekadar menyedapkan hati tentang jejaka disisinya.
            Hafiz Rafael mengerling Intan Zulaikha kejap, sudah 5 minit berlalu dalam keadaan sunyi. Hanya suara dj radio sahaja yang memecah dingin antara mereka. Hafiz Rafael berdehem sebelum tangannya laju mengetuk stering selari irama lagu yang berkumandang. Sesekali dia turut sama menyanyi walaupun suaranya tidaklah semerdu mana. Namun sedikit pun tidak dapat menarik perhatian gadis disisinya itu
 ‘ Zuzu, kenapa diam je?’ Ralph memandang pelik dengan perubahan sikap gadis itu.
            ‘awak ni siapa sebenarnya?’ bergetar suara Intan Zulaikha menahan amarah dihati. Segera dia memejam matanya kejap. Menyabarkan diri sendiri yang sedang dirasuk perasaan membara.
            ‘saya Hafiz Rafael dan awak Intan Zulaikha lah..’ Hafiz Rafael mula berasa pelik.
            ‘awak tipu! Saya cakap siapa awak sebenarnya?!’ Intan Zulaikha kembali menyoal namun kali ini suaranya lebih garang
            ‘kan saya dah cakap saya Hafiz Rafael’ lembut suara Ralph menyapa gegendang telinga Zuzu. Tetapi apabila mengingatkan dirinya yang sudah dibohongi oleh orang yang dia pernah kenal dahulu, hatinya kembali mendidih.
            ‘awak El kan? Anak aunty Bella? Maksudnya awak dah kenal saya lama dah.. kenapa awak tak bagitahu saya?’
            Hafiz Rafael tersengih ‘ ya, saya dah kenal awak lama dah sejak kita umur 5 tahun lagi..tapi saya baru jumpa awak,Icha yang saya kenal sejak beberapa bulan yang lalu..itu pun masa mama saya ajak saya datang rumah awak, tapi awak tak ada..mama awak cakap awak jatuh sakit yang perempuan selalu kena tu bila time period..’ selamba sahaja tutur kata yang keluar dari mulut Hafiz Rafael. Ahh, mulut tak ada insurans!
            Intan Zulaikha meneguk air liurnya. Aduyai malu! Kenapalah mama bagi alasan macam tu? Geram pulak bila ingat balik yang mamat sebelah ni mati-mati taknak kahwin dengan aku dulu-dulu sebab aku gemuk. Nasib baik lah sebab aku terlampau aktif waktu sekolah rendah dulu, tengoklah sekarang semua dah berubah okey. Dari budak gemuk ke ratu cantik..Opss terlebih memuji diri ni.. Astagfirullah Al-azim.. jangan riak Zuzu nanti Allah tarik nikmat tu balik baru tahu. Kembali Intan Zulaikha berisgtifar didalam diri.
            ‘awak marah lagi ke sebab peristiwa dulu?’ Hafiz Rafael bersuara setelah masing-masing lama terdiam melayan perasaan sendiri.
            Intan Zulaikha memandang jejaka yang sedang jauh melontarkan padangannya kearah pekat malam. Wajahnya yang banjir dengan senyuman mengoda kini sudah bertukar serius sambil fokus memandu kehadapan.
            Perlahan Intan Zulaikha mengeluh. ‘benda dah lama lah, tak perlu nak diungkit lagi..’
            Laju Hafiz Rafael memandang Intan Zulaikha ‘ awak dah maafkan saya sebab hina awak dulu?’
            Oh, oksigen! Tak sangka Hafiz Rafael ingat lagi!
            Intan Zulaikha mengangguk perlahan. Dia menghadiahkan senyuman ikhlas. Biarlah peristiwa itu sudah lama berlalu. Rasanya tidak perlu dia berdendam dan membenci lelaki yang pernah mewarnai jalan hidupnya sewaktu kecil dahulu.
            ‘so, saya nak tuntut janji awak dulu boleh?’ Hafiz Rafael tersenyum penuh makna.
            ‘janji? Janji apa Ralph?’ berdebar-debar hati Zuzu menanti bait bicara Ralph yang seterusnya.
            ‘janji yang awak akan jadi isteri saya..married me..’ lagi sekali Ralph bertutur lembut dalam nada memujuk.
            Intan Zulaikha tergamam. Biar betul Ralph ne? Dia ajak aku kahwin sekarang? Dalam usia muda ni?
            Intan Zulaikha tertawa dan mula berdalih mencari alasan ‘ haha, awak ni kelakar lah..kita baru je nak kenal dari hati ke hati..lagipun macam lah parent kita bagi kita kahwin dalam usia muda macam ni, perjalanan kita masih jauh Ralph..’
            ‘saya serius Zuzu’ ringkas ayat yang keluar dari mulut Ralph. Urat sarafnya tegang menahan rasa. Orang serius, si Zuzu ni boleh gelak pulak.
            Intan Zulaikha mati kata. Pantas dia memandang wajah Hafiz Rafael yang serius ‘ awak ni nak propose saya jadi wife tak romantik lah, ada ke tengah drive..mana lah saya nak tahu awak serius..’
            ‘pasal parent kita nanti saya bincang, saya nak tanya awak.. dari kita kecik sampai sekarang awak tak ada langsung ke perasaan kat saya?’
            Intan Zulaikha terdiam. Jujur dari hatinya, memang dia sukakan Hafiz Rafael sejak usianya berumur 5 tahun lagi. Mungkin sebab mereka selalu bersama-sama. Pelik bukan? Semenjak usia 5 tahun dia punya sebuah rasa. Walaupun dia tidak memahami tika itu namun dia tersangatlah selesa bersama Hafiz Rafael.
            ‘Jujur saya cakap, saya sukakan awak dah lama..tapi saya tak faham apa perasaan tu..apa yang saya tahu dengan cara ejek awak saya rasa bahagia..’
            ‘awak rasa bahagia dengan ejek saya?!’ Intan Zulaikha menyampuk
            ‘saya tak habis cakap lagi Zuzu..saya rasa bahagia bila dapat tengok muka awak yang comel tu marah-marah.. sebab tu saya suka usik awak..sampailah satu hari awak terasa dengan saya..dan awak lari sampai awak luka tersadung akar pokok rambutan..’ Mendung wajah Hafiz Rafael tatkala menceritakan kembali peristiwa dulu.
            Intan Zulaikha masih fokus. Sesekali dia mengangguk menyetujui.
            ‘masa tu habis saya teruk kena marah dengan mama..mama cakap sebab saya aunty Jamila pindah Kuala Lumpur..salah saya tak jaga awak waktu awak main dengan saya..bertahun saya dirudung perasaan bersalah, menyesal lakukan semua tu dekat awak. Sejak awak pindah saya rasa kehilangan, rasa macam separuh jiwa saya pergi..saya dah tak selincah kanak-kanak lain. Waktu saya, saya habiskan dengan belajar dan belajar. Setiap kali saya teringatkan awak, saya selalu doa, agar suatu hari nanti saya jumpa awak balik.. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa saya..syukur sangat tau..’
            Hafiz Rafael tersenyum lega. Lega kerana akhirnya segala yang terperuk didalam hati telah diluahkan kepada orang yang sepatutnya. Intan Zulaikha terharu. Sungguh dia tidak menyangka Hafiz Rafael sudah lama memendam perasaan hatinya terhadap Intan Zulaikha.
            ‘so persoalan nya kat sini.. awak masih ada perasaan kat saya tak?’ jujur pertanyaan Hafiz Rafael
            ‘berapa kali awak nak tanya, sejujurnya saya memang masih sayangkan awak walaupun awak selalu buli saya dulu..’ Tanpa sedar air mata terharu merembes keluar dari mata Intan Zulaikha. Pantas dia kesat laju.
            Hafiz Rafael tersenyum lebar. Stering kereta terus dipulas untuk membuat U-turn. Intan Zulaikha tercengang.
            ‘Eh, kita nak pergi mana? Kata nak keluar makan?’
            ‘tak jadi lah, kita balik bincang dengan parent kita..kita kahwin..’ jujur Hafiz Rafael memberitahu isi hatinya dengan berterus terang. Tak sanggup dia berlama-lamaan membiarkan Intan Zulaikha tanpa ikatan, takut jika suatu hari nanti dikebas orang. Putih mata oi, bini cantik ni!
            Intan Zulaikha menutup pintu rumahnya perlahan. Hatinya berdebar saat kaki menjejak kembali ke laman rumahnya itu. Ah, benda baik kenapa aku nak takut? Hatinya kembali berperang dengan perasaan sendiri. Usai Hafiz Rafael menghantarnya tadi, sempat Ralph menuturkan janji bahawa Zuzu hanya miliknya seorang. Dalam hatinya dipugut rasa bahagia, ada rasa ketakutan yang mula mendatang. Takut dengan penerimaan keluarganya untuk memyampaikan hasrat hati bagi membina masjid yang indah.
            ‘Zuzu sayang? Awalnya balik? Tadi El cakap sebelum pukul 12, baru pukul 9.30 sayang?’ tegur Datin Jamila dengan kerutan di dahi. Terkejut jugak tengah syok menonton rancangan ‘Fear Factor’ tiba-tiba puteri kesayangannya itu memunculkan diri.
            Zuzu tersenyum, pantas dia memeluk mama kesayangannya itu ‘ mama, zuzu sayang mama sangat..’
            Makin hairan Datin Jamila dengan perangai anak daranya seorang itu ‘kenapa ni sayang?’
            ‘El tak jadi makan tadi mama, dia ajak balik..ermmm..mamaaaaa..’ panjang nada manja yang keluar dari bibir Zuzu
            ‘ermmmm?’ Sesekali tangan Datin Jamila membelai lembut bahu Zuzu yang sudah merebahkan diri di ribaannya.
            ‘kalau Zuzu kahwin sekarang mama bagi tak?’ tanya Zuzu jujur
            ‘what?!’ lantang suara Datin Jamila terkejut. Zuzu yang berada di ribaan sudah memejamkan mata. Sudah diagak reaksi mamanya itu tatkala dia membicarakan soal kahwin semenjak didalam kereta Ralph lagi.
            ‘sayang jangan nak mengatal ya! Mama tak setuju..selagi umur Zuzu tak cecah 25, jangan harap mama izinkan Zuzu kahwin..walau bakal suami Zuzu tu anak raja sekalipun..’ tegas sekali nada suara Datin Jamila.
            Intan Zulaikha duduk menghadap wajah mamanya ‘tapi mama kahwin muda tu elok, dapat elakkan maksiat..’
            ‘Intan Zulaikha! jangan nak merepek ye! Baru aje habis jawab exam paper siang tadi..anak mama ni dah mengatal nak kahwin..mama nak Zuzu pegang ijazah, master dulu..’ Membara hati Datin Jamila saat anaknya itu mempersoalkan tentang perkahwinan.
Sungguh naluri hati seorang ibu belum bersedia melepaskan buah hati kesayangannya itu. Siapa gerangannya yang si Zuzu ni nak kahwin ye? Entah-entah dengan anak Bella, si El tu. Tak boleh jadi ni! Aku taknak anak aku jauh dari aku. Cukuplah selama ini aku merasa kesunyian saat semua anak terunaku dan suamiku menghabiskan masa dengan kerja. Cukup!
            ‘tapi Zuzu sayangkan dia, ijazah dengan master tu dah kahwin pun boleh belajar mama.’ Zuzu masih mempertahankan pendiriannya dalam nada memujuk
             ‘Nonsense!, walau apa pun alasan Zuzu bagi kat mama, mama takkan pernah izinkan!’ lantang suara Datin Jamila memecah ruang tamunya.
            Zuzu melutut meraih simpati ‘ mama, sampai bila mama nak atur hidup Zuzu? Zuzu ada pilihan sendiri..’ lirih suaranya menahan tangis dan sendu.
‘ Kalau Zuzu nak kahwin sangat, jangan anggap mama ni mama Zuzu lagi!’ terus Datin Jamila berdiri dan berlalu menaiki tangga. Intan Zulaikha terpinga-pinga. Dia melepaskan keluhan berat. Hatinya dilanda sayu, antara keluarga dan cinta? Tanpa dipinta air matanya mengalir. Ah, murah sangat air matanya keluar pada malam ini!
            ‘mama..Zuzu nak kahwin dengan dia..’ perlahan Intan Zulaikha mengumam sambil mengesat air matanya.
            Sementara itu di rumah Hafiz Rafael. Hafiz Rafael pula sedang berperang hebat dengan papanya. Bukan dia pinta untuk jadi sebegini, bukan dia pinta untuk kurang ajar dengan papanya, namun papanya itu tidak harus mengongkong dirinya sedemikian.
            ‘Rafael! Kamu jangan nak mengarut.. papa tak izinkan selagi kamu tak sambung belajar..’ bergetap-getap rahang Encik Rahim menahan amarah.
            ‘tapi papa, El boleh sambung belajar bila el dah kahwin..El boleh sambung belajar dengan isteri El..’ lancang Ralph mencari alasan. Mamanya yang berada di sisi papa hanya memandang sayu.
            ‘mama,papa izinkan El kahwin dengan Icha..mama tahukan yang El dah lama sukakan dia.’ Ralph merintih
            ‘El sayang, bukannya niat kami nak menghalang.. tapi semua yang El pinta terlalu mendadak.. El dengan Icha kan baru aje habis exam tadi, tiba-tiba nak kahwin..’ lembut Puan Bella memujuk anak sulungnya itu.
            ‘papa tetap takkan izinkan! Kamu ingat kahwin ni benda simple je ke? Kamu nak bagi anak bini kamu makan apa nanti? Pasir? Kamu boleh jamin ke sepanjang kamu belajar tu kamu takkan usik isteri kamu? Kamu ingat kahwin ni benda mudah..besar tanggungjawab yang kamu kena fikir Rafael..’ bertalu-talu soalan yang keluar dari Encik Rahim. Pening sungguh dia dengan permintaan anak sulungnya itu.
            ‘kamu harapan kami Rafael, kami nak tengok kamu berjaya gengam ijazah semua tu sebelum kamu bina keluarga sendiri..tolonglah fahami kami..’ Puan Bella mengosok perlahan bahu Hafiz Rafael.
            ‘mama dengan papa tak pernah faham El..’ Ralph meraup wajahnya, pantas dia berlalu menaiki tangga.
            ‘El..’ Puan Bella mengeluh
            ‘abang long..’ Hainan Syamimi menegur abangnya yang mendaki tangga dengan wajah yang tegang.
‘hmmm..’ Ralph menyahut kasar sebelum berlalu memasuki biliknya.
Semua perbualan antara mama,papa dan abangnya telah dia tangkap sewaktu mahu turun kebawah. Siapakah gadis pilihan hati abangnya itu ya? Alangkah bertuahnya gadis itu kerna telah berjaya mencuri sekeping hati milik Hafiz Rafael. Terasa hatinya mengeletek cemburu!
Masuk sahaja didalam bilik, pantas Hafiz Rafael mengunci pintu dan menghempaskan tubuhnya diatas katil. Dia mengeluh mengenang nasib. Baru sahaja dia memejam mata beberapa saat telefonnya menjerit tanda minta diangkat.
Ralph menoleh, tertera nama ‘Icha sayang’ di atas paparan sesentuh. Laju dia mengangkat sambil tersenyum riang. Hilang segala amarah yang bertaut di hati tatkala mendengar suara kekasih hatinya itu.
‘Assalamualaikum zuzu sayang..’ Ceria saja suara Hafiz Rafael
Lama pemanggilnya berdiam diri, hanya helaan nafas yang kedengaran di corong telinga Ralph ‘waalaikumusalam Ralph..’
Sayu sahaja suara Zuzu. Umpama orang yang baru kehilangan orang yang disayanginya.
‘kenapa ni Zuzu? Something wrong? Ada masalah ke sayang?’
‘saya..saya minta maaf Ralph, saya tak mampu nak tunaikan permintaan awak buat waktu yang terdekat ni..saya minta maaf..’ jujur Zuzu meluahkan rasa. Dia sudah duduk berteleku di tepi dinding menahan tangis yang bertandang lagi.
Hafiz Rafael berdiri tegak. Serius sahaja riaknya kali ini ‘ tapi saya sayangkan awak! Bertahun saya pendam..’
‘saya faham Ralph, saya pun sayang awak sangat-sangat tapi kita masih muda. Itu alasan mereka..’
‘saya tak faham, salah ke kita berdua bina masjid sayang?’ soal Hafiz Rafael, sungguh dia pening memikirkan jalan terbaik untuk keluar dari masalah ini.
Zuzu mengeluh berat ‘ saya tak tahu..’
‘tak apalah, kita buat istighkarah ye sayang..mudah-mudahan ini bukan pilihan yang salah..ambil wuduk, In Shaa Allah hati kita akan tenang sayang..’ ujar Hafiz Rafael memujuk kekasih hatinya itu.
Nah, ini yang makin hati Intan Zulaikha terpaut sayang terhadap Hafiz Rafael. Satu sifat yang selalu menjadi dambaan gadis-gadis buat bakal imamnya. Zuzu berharap moga sifat Ralph yang satu itu akan berkekalan bukan sekadar untuk memujuk hatinya sahaja.
‘lagi pun tak comel lah awak kalau awak menangis macam ni Zuzu, habis air mata bakal isteri saya ni..’ sambung Hafiz Rafael lagi
Zuzu tertawa dalam tangis ‘ amboi! Habis tu kalau saya tak comel awak tak nak kahwin dengan saya lah ye?’
Hafiz Rafael tertawa dengan usikan Zuzu ‘ hurmmm, boleh dipertimbangkan..tapi saya takkan lepaskan awak sayang oi..’
‘mengada!’
‘mengada dengan awak seorang aje, tak ada yang lain..’
‘sweettalker lah awak ni..’
‘yes, that I’m..kenapa awak cair ke?’
‘saya bukan lilin yang mudah cair kena api Ralph..’
‘eleh yoyo oo aje, padahal baru usik sikit dah gelabah’
‘eiiii, jahat! Malas kawan!’
‘kita kawan ke sayang?’
‘dah! malas saya layan awak, bye!’ Pantas Zuzu menekan butang ‘off’. Mamat sengal! Ada sahaja yang mahu dibangkang oleh si Ralph namun aku suka! Makin lama dilayan, makin geram dibuatnya. Konklusinya, Zuzu sendiri yang menamatkan semua sebelum dia lebih dikenakan lagi teruk baik dia mengalah.
Bipppp!
Bunyi mesej masuk. Pantas Zuzu membuka. Pasti dari Hafiz Rafael.
Andai dapat ku sentuh bulan,
Akan aku lakarkan namamu sayang,
Andai dapat aku terbang,
Akan ku bawa dirimu dimana jua aku berada,
I love you Intan Zulaikha..– Hafiz Rafael
Zuzu tersenyum senang hati. Hilang seketika duga yang menjengah tiba sebentar tadi. Dia menaip kembali mesej untuk Hafiz Rafael.
            Sweettalker sangat! Allah manis macam madu! Dah pergi solat!
            Haila macam-macam lah perangai Hafiz Rafael yang Zuzu sedari. Semuanya indah hanya untuk mereka berdua. Zuzu tersenyum dan berlalu kearah bilik air untuk mengambil wuduk. Menenangkan hati yang berduka lara dan memohon petunjuk di atas pilihan tersebut kepada yang Satu.