Saturday, 27 July 2013

Introducing Jagakan Dia Untukku

Assalamualaikum,holla ^^

dah lama tak update kisah Farish n Tasya..btw tgh memerah otak utk test n business plan yang banyak GILER! maybe balik rumah nanti nak cari idea baru sambung cite ni n kisah Miera n Hafiz dlm Rantaian cinta..btw cite ne ambik inspirasi dari imperfect person who deserves to have happy ending in early chapter..hehehe...but there will many conflict that they face in the climact...so keep in touch :) and follow the stories *wink,wink

The new ADAM FARISH



In Love with ADRIENA TASYA

The heart breakers AIRIL FARHAN


The Innocent ones NUR SHARLINA

This is the hero and heroin of Jagakan DIa Untukku :)

Thursday, 18 July 2013

Dirantai Cinta : Part 1



Bab 1

                 Suasana amat hening di meja makan,garfu menari-nari berbunyi mengetuk pinggan.Miera hanya memandang pinggannya dengan pandangan kosong! Hatinya benar-benar sakit saat ini, mengapa harus aku?mengapa tidak orang lain?! Kalau lah dia tahu hal ini yang bakal terjadi tidak mahu dia pulang ke rumahnya itu.
                 
                ‘Miera,pasaipa hang tak makan lagi ni?’ tokwan sudah mula menunjukkan riak pelik
                 
                 ‘tak lalu lah tokwan’ pendek Miera membalas sebelum dia diam kembali menunjukkan tanda protes.Ibunya Puan Izati yang sedari tadi sudah menyelami isi hati salah seorang anak gadisnya itu segera memijak kaki Miera.Arghh,sakit !
               
                Terjerit Miera dek serangan ibunya yang mengejut itu ‘ouchhh,ibuuuu…’  renggek Miera
               
                 Puan Izati memberikan isyarat mata supaya diam sebelum membuka bicara kearah ibunya Hajjah Hani iaitu nenek kepada Nur Amiera Dayana ‘er,mak betul ke keputusan yang mak buat untuk miera ni?’
                
                  ‘betullah, takkanlah mak tipu pulak? Lagipun mak  dah berjanji dengan arwah mak cik Fika kamu dulu yang kami dah sepakat nak kahwinkan kamu dengan anak dia tapi dah anak dia pilih orang lain,melepas tahu mak nak bermenantukan anak dia’ Hajjah Hani meluahkan rasa
                
                 ‘Ish,tokwan ni kalau abah dengar mahu abah makan hati!’ omel Miera yang hanya diam sambil menguis-nguis makanannya

 Malas dia masuk campur urusan ibu dengan tokwannya itu.Untung abahnya Encik Iman keluar daerah jadi hanya dia,ibunya,tokwan serta 2 adiknya sahaja berada di meja makan tersebut.Kakaknya pula sudah lama tidak pulang kerana menyambung pelajarannya di luar negara.
               
             ‘tapi mak,miera ni muda lagi..mungkin dia ada pilihan hati sendiri’ bangkang Puan Izati
              
             ‘betul kamu ada pilihan hati sendiri Miera?’ tokwan memandang tajam sambil melurutkan kacamata nya di hidung
                 
             Miera menelan air liurnya ‘kalau ada kenapa tokwan?’
               
             ‘tokwan nak kamu jangan ada apa-apa hubungan dengan jantan tu lagi..tak kiralah siapa pun dia.Faham?!’ suara Tokwan mula meninggi
                
              tokwan tak adil! Kenapa mesti Miera?’ Mataku mula berkaca
                
                ‘sebab kamu satunya cucu yang paling tokwan sayang,harapkan kakak kamu tu langsung taknak balik! Adik-adik kamu ni lelaki mana boleh kahwin dengan anak lelaki diaorang tu,lagipun tokwan dah berjanji dengan keluarga mereka..tokwan bukan orang yang jenis mungkir janji,sekali dah berjanji selamanya kita kena pegang!tokwan kenal sangat dengan diaorang datang dari keturunan yang baik-baik tak payahlah kamu risau..sudahlah tokwan tak kira kamu kena kahwin jugak dengan anak dia!muktamad kalau kamu nak tengok tokwan mati kamu pergilah buat perangai sana’
                 
               ‘sampai hati tokwan buat macam tu,ni kehidupan Miera..’  pantas Miera bangun dan terus menghantar pinggannya kedapur lantas bergegas naik ke biliknya.
               
                 Miera menangis teresak-esak sambil menumbuk-numbuk patung Garfieldnya.Ketukan dari luar biliknya mematikan amarahnya yang semakin membahang.
              
                masuk..’ lemah Miera berkata
              
                 Puan izati mengambil tempat disisi Miera yang sedang terbaring di atas katil sambil mengusap lembut rambut anak gadisnya itu ‘Miera….’
               
                  ‘ibuuuu…kenapa tokwan buat Miera macam ni?…’ teresak-esak Miera menangis sambil melabuhkan kepalanya di riba Puan Izati
                
                ‘sayang,tokwan buat macam tu bersebab..Miera  jangan buat tokwan macam ni,kasihan tokwan..tokwan sayang sangat kat Miera,dia nak yang terbaik buat Miera..’
               
                ‘tapi…Miera pun ada pilihan Miera sendiri..’ semakin kuat esakannya
               
               ‘sayang,kadang-kadang mungkin pilihan kita bukan yang terbaik..ada hikmahnya benda ni jadi,apakata sayang solat ightikarah minta pentunjuk kat Allah..’  lembut jari-jemari Puan Izati mengesat air mata Miera
               
                  Miera hanya mampu mengeluh sebelum mengangguk lemah.
~~~~~~~~

                Saban malam Miera tidak jemu-jemu melakukan solat ightikarah dan tahajud dengan harapan pilihan keluarganya itu benar-benar terbaik buat dirinya.Kahwin? kahwin bukan barang mainan malah pastinya setiap orang mahu yang terbaik sekali seumur hidup begitu juga Miera.Mampukah dia menerima orang yang dia tak cinta? semuanya sangat berat bagi dirinya!
                
              ‘Mieraaa…’ tokwan memanggil di balik pintu biliknya
              
              Miera menoleh setelah menyelesaikan doanya ‘ya,tokwan..’
               
                ‘boleh tokwan masuk?’ tanpa menunggu jawapan Miera tokwan terus melabuhkan punggung di atas katil.Miera yang masih bertelekung hanya memandang tokwannya sayu.
               
               ‘tokwan minta maaf ya sebab buat keputusan mengejut macam ni,tokwan betul-betul harapkan Miera sorang..’ ujar tokwan sebak
               
                 Miera hanya mengeleng ‘haish,tokwan jangan lah buat drama sedih pulak,cucumu ini takkan sesekali membiarkan airmatamu jatuh..tak jadi terus mogok nanti’ hati Miera berdesis.
              
                 ‘tokwan tahu Miera tak suka,tapi tolonglah tokwan nak sangat tengok ada keturunan tokwan bersatu dengan anak beranak dorang..’ tokwan mula turun dan menghadap muka Miera
               
                  Mata Miera mula berkaca,lembut dia memegang tangan tokwan ‘tokwan..tokwan tahukan Miera sayang sangat kat tokwan tapi Miera…’
               
                  Belum sempat dia berkata tokwan sudah memotong percakapannya sambil memegang dada dan nafas yang tercungap-cungap ‘aduh…sakitnya dada tokwan.!!.’
               
                Miera kaget  ‘tokwan,tokwan tak apa-apa?tokwan…ibuuuuu!!!’ cemas dia memandang tokwannya sambil menangis dan memanggil ibunya
               
                 Tokwan mula menunjukkan tanda-tanda sesak nafas sambil berkerut-kerut menahan sakit sebelum memejamkan mata  ‘Mieraaaa…tokwan sayang kat Miera...’
               
~~~~~~~

                Sudah semalaman tokwan terlantar di hospital semuanya gara-gara tokwannya terkena serangan jantung. Tidak putus-putus juga Miera meminta maaf.Baginya semua yang berlaku adalah salahnya juga.Nasib tokwannya masih bertahan jika tidak mahu sampai bila-bila Miera akan menyalahkan dirinya sendiri.
                
                   ‘Alhamdulillah,Puan Hajjah Hani sudah sedar..puan,cik semua boleh melawat tapi jangan beri tekanan kepada pesakit  ya..bimbang dia akan terkena serangan jantung lagi..’ ujar doktor yang merawat tokwan sebelum meninggalkan mereka sekeluarga yang mengangguk faham.
               
                   Puan Izati terus memeluk erat ibunya ‘mak,Alhamdulillah mak dah sedar..’
               
                     Tokwan yang sudah sedar sepenuhnya disandarkan oleh Puan Izati di kepala katil,Miera melihat keadaan tokwannya itu dalam keadaan serba salah.Dia melangkah perlahan-lahan sebelum duduk disisi Puan Hajjah Hani.
                
                    ‘tokwan..Miera minta maaf..miera janji miera ikut cakap tokwan,miera akan kahwin dengan siapa pun yang tokwan nak..’ sayu Miera berkata sambil mengengam erat tangan tokwannya itu.
               
                     Tokwan hanya tersenyum tipis ‘ Meira terima kasih,tercapai juga hajat tokwan nak tengok family kita dan mereka bersatu sebelum tokwan menghembuskan nafas terakhir..’
               
                     Laju meira memeluk Tokwannya ‘shhhh…tokwan tak baik cakap macam tu,miera akan ikut cakap tokwan..’ teresak-esak dia menangis,Puan Hajjah Hani membalas pelukan Miera sambil tersenyum lega.Ada hikmah juga dia terkena serangan jantung itu,dia tahu cucunya Amiera Dayana takkan menghampakan harapannya.

~~~~~~~

                ‘Miera…salam bakal mak mentua kamu tu..’ teguran Puan Izati mnyedarkan Miera yang mengelamun mengingati semula segala yang telah berlaku dalam jangka yang singkat begitu. Dia kini telah menjadi tunangan orang,lebih advance dari sahabatnya Bella,Hana dan Tasya.Argh,dia tidak sempat mengkhabarkan berita itu kepada sahabatnya.

 ‘Marahkah mereka jika tahu aku telah bertunang seawal begini tanpa pengetahuan mereka?Pandai-pandai lah aku pujuk nanti’ getus hati Miera.Cahaya flash dari jurukamera fotografi tidak lekang-lekang menyimbah wajahnya yang telah disolek ayu.

Miera,berangan nak kahwin cepat lah tu..’ galak tokwan menyakatnya.
                 
             ‘haa?...’ terpinga-pinga Miera menyambut huluran tangan bakal ibu mentuanya yang sedari tadi hanya tersenyum sesudah menyarungkan cincin tunang di jari manis bakal menantunya itu. Miera memerhati wajah setiap orang yang berada didalam biliknya itu terutama sekali riak tokwannya yang terlampau gembira.Miera tersenyum lega kerana dia berjaya mengembalikan kebahagian kepada tokwan biarpun hatinya masih tidak dapat menerima pertunangan itu dengan ikhlas.
              
                 Datin Suhana tergelak kecil sambil mencium pipi bakal menantunya ‘berangan ya Miera?terima kasih ya sebab sudi jadi tunang hafiz,dia mesti suka.Miera cantik sangat
               
                Terkedu Miera apabila diperlakukan begitu,dia dapat merasa aura kelembutan seorang ibu yang telah ditonjolkan bakal ibu mentuanya itu terhadap dirinya walaupon masih belum sepenuhnya bergelar menantu.Ibu mentuanya itu memang seorang wanita yang vogue bergaya,wajahnya masih ayu tidak nampak seperti sudah dimamah usia.

 ‘Hafiz? mungkin nama bakal tunangku,biarlah aku tak minat nak ambil tahu pasal dia..’ Hati Miera berkata-kata.  Miera menghadiahkan senyuman manis ‘err,aunty..Miera biasa aje la..’

‘no,jangan panggil anuty panggil mama..biar lidah biasa nanti bila jadi isteri anak mama..’ tegas Datin Suhana

Miera akhirnya akur pendek dia membalas ‘ya,mama..’

‘nanti Hafiz balik dari oversea mama suruh dia jumpa Miera ya sayang..’ girang sekali Datin Suhana berkata-kata sebelum Puan Izati mengajak dia keluar dari bilik Miera yang telah ditata hias sempena pertunangannya itu.

Miera hanya melihat jari manisnya yang telah tersarung cincin silver platinum jenama tiffany & co. Biarpun bersinar mahal namun mengapa hatinya hanya memandang kosong. Dia melepaskan keluhan berat. Kerana pertunangannya itu dia terpaksa berpisah dan memberi kata putus dengan buah hatinya, Ridzuan Haris. Nasib matanya tidak nampak sembab beberapa hari lalu akibat terpaksa menahan telinga mendengar amarah Ridzuan yang mengelar dirinya belot terhadap cinta yang selama ini telah kukuh dibina bersama serta ugutan yang tidak berpenghujung.Entahlah malas dia mahu mengingat kembali!

‘maafkan saya Ridzuan,I didn’t mean it…’ perlahan Miera berkata sebelum matanya tertacap pada sebuah sampul berwarna coklat yang tertulis nama Hafiz Hakimi.

‘Hafiz Hakimi? Arghhh,malas aku nak ambik tahu pasal kau…’ laju dia menyimpan di dalam laci malah Miera tidak membuka sampul yang mengandungi kepingan gambar tunangnya itu yang telah diberikan ibunya beberapa hari sebelum berlansungnya majlis pertunangan dia. Bagaimana tidak berusiknya sampul itu,begitu jua hati dan dirinya yang tidak ada keinginan terhadap tunangan itu.



a.k.a Hafiz Hakimi


a.k.a Nur Amira Dayana



a.k.a Ridzuan Haris



Kisah Nur Amiera Dayana dan Hafiz Hakimi baru bermula.Mampukah dirinya mencintai tunangan merangkap bakal suaminya sepenuh hati. Mampukah dia menyelami jiwa dan perangai tunang yang belum dia kenali.Semua persoalan bermain di fikiran Miera saat ini. Sakit kepala dia memikirkan semua yang terjadi,perlahan-lahan matanya terpejam kuyu di atas katil yang empuk tanpa menukar persalinan pertunangannya.Tidak tertahan lagi kantuk yang telah berlayar di benak matanya.Dia benar-benar berharap bahawa semuanya hanya mimpi dan esok akan jadi seperti sedia kala dimana dia bebas membaja cinta bersama Ridzuan Haris.
 

bersambung...
*akhirnya selingan memerah otak sempena muet..HAHA :p