Bab 1
Suasana amat hening di meja makan,garfu menari-nari berbunyi
mengetuk pinggan.Miera hanya memandang pinggannya dengan pandangan kosong!
Hatinya benar-benar sakit saat ini, mengapa harus aku?mengapa tidak orang
lain?! Kalau lah dia tahu hal ini yang bakal terjadi tidak mahu dia pulang ke
rumahnya itu.
‘Miera,pasaipa hang tak makan lagi ni?’
tokwan sudah mula menunjukkan riak pelik
‘tak lalu lah tokwan’ pendek Miera
membalas sebelum dia diam kembali menunjukkan tanda protes.Ibunya Puan Izati
yang sedari tadi sudah menyelami isi hati salah seorang anak gadisnya itu
segera memijak kaki Miera.Arghh,sakit !
Terjerit
Miera dek serangan ibunya yang mengejut itu ‘ouchhh,ibuuuu…’ renggek
Miera
Puan
Izati memberikan isyarat mata supaya diam sebelum membuka bicara kearah ibunya
Hajjah Hani iaitu nenek kepada Nur Amiera Dayana ‘er,mak betul ke keputusan yang mak buat untuk miera ni?’
‘betullah, takkanlah mak tipu pulak? Lagipun
mak dah berjanji dengan arwah mak cik Fika
kamu dulu yang kami dah sepakat nak kahwinkan kamu dengan anak dia tapi dah
anak dia pilih orang lain,melepas tahu mak nak bermenantukan anak dia’ Hajjah
Hani meluahkan rasa
‘Ish,tokwan ni kalau abah dengar mahu abah
makan hati!’ omel Miera yang hanya diam sambil menguis-nguis makanannya
Malas dia masuk campur urusan ibu
dengan tokwannya itu.Untung abahnya Encik Iman keluar daerah jadi hanya
dia,ibunya,tokwan serta 2 adiknya sahaja berada di meja makan tersebut.Kakaknya
pula sudah lama tidak pulang kerana menyambung pelajarannya di luar negara.
‘tapi mak,miera ni muda
lagi..mungkin dia ada pilihan hati sendiri’ bangkang Puan Izati
‘betul kamu ada pilihan hati sendiri Miera?’
tokwan memandang tajam sambil melurutkan kacamata nya di hidung
Miera
menelan air liurnya ‘kalau ada kenapa
tokwan?’
‘tokwan nak kamu jangan ada apa-apa hubungan
dengan jantan tu lagi..tak kiralah siapa pun dia.Faham?!’ suara Tokwan mula
meninggi
‘tokwan tak adil! Kenapa mesti Miera?’
Mataku mula berkaca
‘sebab kamu satunya cucu yang paling tokwan
sayang,harapkan kakak kamu tu langsung taknak balik! Adik-adik kamu ni lelaki
mana boleh kahwin dengan anak lelaki diaorang tu,lagipun tokwan dah berjanji
dengan keluarga mereka..tokwan bukan orang yang jenis mungkir janji,sekali dah
berjanji selamanya kita kena pegang!tokwan kenal sangat dengan diaorang datang
dari keturunan yang baik-baik tak payahlah kamu risau..sudahlah tokwan tak kira
kamu kena kahwin jugak dengan anak dia!muktamad kalau kamu nak tengok tokwan
mati kamu pergilah buat perangai sana’
‘sampai hati tokwan buat macam tu,ni
kehidupan Miera..’ pantas Miera
bangun dan terus menghantar pinggannya kedapur lantas bergegas naik ke
biliknya.
Miera
menangis teresak-esak sambil menumbuk-numbuk patung Garfieldnya.Ketukan dari
luar biliknya mematikan amarahnya yang semakin membahang.
‘masuk..’ lemah Miera berkata
Puan
izati mengambil tempat disisi Miera yang sedang terbaring di atas katil sambil
mengusap lembut rambut anak gadisnya itu ‘Miera….’
‘ibuuuu…kenapa tokwan buat Miera
macam ni?…’ teresak-esak Miera menangis sambil melabuhkan kepalanya di riba
Puan Izati
‘sayang,tokwan buat macam tu bersebab..Miera
jangan buat tokwan macam ni,kasihan
tokwan..tokwan sayang sangat kat Miera,dia nak yang terbaik buat Miera..’
‘tapi…Miera pun ada pilihan
Miera sendiri..’ semakin kuat esakannya
‘sayang,kadang-kadang mungkin
pilihan kita bukan yang terbaik..ada hikmahnya benda ni jadi,apakata sayang
solat ightikarah minta pentunjuk kat Allah..’ lembut jari-jemari Puan Izati mengesat air
mata Miera
Miera
hanya mampu mengeluh sebelum mengangguk lemah.
~~~~~~~~
Saban
malam Miera tidak jemu-jemu melakukan solat ightikarah dan tahajud dengan
harapan pilihan keluarganya itu benar-benar terbaik buat dirinya.Kahwin? kahwin
bukan barang mainan malah pastinya setiap orang mahu yang terbaik sekali seumur
hidup begitu juga Miera.Mampukah dia menerima orang yang dia tak cinta? semuanya
sangat berat bagi dirinya!
‘Mieraaa…’ tokwan memanggil di balik
pintu biliknya
Miera
menoleh setelah menyelesaikan doanya ‘ya,tokwan..’
‘boleh tokwan masuk?’ tanpa
menunggu jawapan Miera tokwan terus melabuhkan punggung di atas katil.Miera
yang masih bertelekung hanya memandang tokwannya sayu.
‘tokwan minta maaf ya sebab buat keputusan
mengejut macam ni,tokwan betul-betul harapkan Miera sorang..’ ujar tokwan
sebak
Miera
hanya mengeleng ‘haish,tokwan jangan lah
buat drama sedih pulak,cucumu ini takkan sesekali membiarkan airmatamu
jatuh..tak jadi terus mogok nanti’ hati Miera berdesis.
‘tokwan tahu Miera tak suka,tapi tolonglah
tokwan nak sangat tengok ada keturunan tokwan bersatu dengan anak beranak
dorang..’ tokwan mula turun dan menghadap muka Miera
Mata
Miera mula berkaca,lembut dia memegang tangan tokwan ‘tokwan..tokwan tahukan Miera sayang sangat kat tokwan tapi Miera…’
Belum
sempat dia berkata tokwan sudah memotong percakapannya sambil memegang dada dan
nafas yang tercungap-cungap ‘aduh…sakitnya
dada tokwan.!!.’
Miera kaget ‘tokwan,tokwan tak apa-apa?tokwan…ibuuuuu!!!’
cemas dia memandang tokwannya sambil menangis dan memanggil ibunya
Tokwan
mula menunjukkan tanda-tanda sesak nafas sambil berkerut-kerut menahan sakit sebelum
memejamkan mata ‘Mieraaaa…tokwan sayang kat Miera...’
~~~~~~~
Sudah
semalaman tokwan terlantar di hospital semuanya gara-gara tokwannya terkena
serangan jantung. Tidak putus-putus juga Miera meminta maaf.Baginya semua yang
berlaku adalah salahnya juga.Nasib tokwannya masih bertahan jika tidak mahu
sampai bila-bila Miera akan menyalahkan dirinya sendiri.
‘Alhamdulillah,Puan Hajjah Hani sudah
sedar..puan,cik semua boleh melawat tapi jangan beri tekanan kepada pesakit ya..bimbang dia akan terkena serangan jantung
lagi..’ ujar doktor yang merawat tokwan sebelum meninggalkan mereka sekeluarga
yang mengangguk faham.
Puan
Izati terus memeluk erat ibunya ‘mak,Alhamdulillah
mak dah sedar..’
Tokwan
yang sudah sedar sepenuhnya disandarkan oleh Puan Izati di kepala katil,Miera
melihat keadaan tokwannya itu dalam keadaan serba salah.Dia melangkah
perlahan-lahan sebelum duduk disisi Puan Hajjah Hani.
‘tokwan..Miera minta maaf..miera janji miera
ikut cakap tokwan,miera akan kahwin dengan siapa pun yang tokwan nak..’ sayu
Miera berkata sambil mengengam erat tangan tokwannya itu.
Tokwan
hanya tersenyum tipis ‘ Meira terima
kasih,tercapai juga hajat tokwan nak tengok family kita dan mereka bersatu
sebelum tokwan menghembuskan nafas terakhir..’
Laju
meira memeluk Tokwannya ‘shhhh…tokwan tak
baik cakap macam tu,miera akan ikut cakap tokwan..’ teresak-esak dia
menangis,Puan Hajjah Hani membalas pelukan Miera sambil tersenyum lega.Ada
hikmah juga dia terkena serangan jantung itu,dia tahu cucunya Amiera Dayana
takkan menghampakan harapannya.
~~~~~~~
‘Miera…salam bakal mak mentua
kamu tu..’ teguran Puan Izati mnyedarkan Miera yang mengelamun mengingati
semula segala yang telah berlaku dalam jangka yang singkat begitu. Dia kini
telah menjadi tunangan orang,lebih advance dari sahabatnya Bella,Hana dan
Tasya.Argh,dia tidak sempat mengkhabarkan berita itu kepada sahabatnya.
‘Marahkah
mereka jika tahu aku telah bertunang seawal begini tanpa pengetahuan
mereka?Pandai-pandai lah aku pujuk nanti’ getus hati Miera.Cahaya flash
dari jurukamera fotografi tidak lekang-lekang menyimbah wajahnya yang telah
disolek ayu.
‘Miera,berangan nak kahwin cepat lah tu..’ galak tokwan menyakatnya.
‘haa?...’ terpinga-pinga Miera menyambut
huluran tangan bakal ibu mentuanya yang sedari tadi hanya tersenyum sesudah
menyarungkan cincin tunang di jari manis bakal menantunya itu. Miera memerhati
wajah setiap orang yang berada didalam biliknya itu terutama sekali riak
tokwannya yang terlampau gembira.Miera tersenyum lega kerana dia berjaya
mengembalikan kebahagian kepada tokwan biarpun hatinya masih tidak dapat
menerima pertunangan itu dengan ikhlas.
Datin
Suhana tergelak kecil sambil mencium pipi bakal menantunya ‘berangan ya Miera?terima kasih ya sebab sudi jadi tunang hafiz,dia
mesti suka.Miera cantik sangat ’
Terkedu
Miera apabila diperlakukan begitu,dia dapat merasa aura kelembutan seorang ibu
yang telah ditonjolkan bakal ibu mentuanya itu terhadap dirinya walaupon masih
belum sepenuhnya bergelar menantu.Ibu mentuanya itu memang seorang wanita yang
vogue bergaya,wajahnya masih ayu tidak nampak seperti sudah dimamah usia.
‘Hafiz?
mungkin nama bakal tunangku,biarlah aku tak minat nak ambil tahu pasal dia..’
Hati Miera berkata-kata. Miera
menghadiahkan senyuman manis ‘err,aunty..Miera
biasa aje la..’
‘no,jangan
panggil anuty panggil mama..biar lidah biasa nanti bila jadi isteri anak mama..’
tegas Datin Suhana
Miera akhirnya akur pendek dia
membalas ‘ya,mama..’
‘nanti
Hafiz balik dari oversea mama suruh dia jumpa Miera ya sayang..’ girang
sekali Datin Suhana berkata-kata sebelum Puan Izati mengajak dia keluar dari
bilik Miera yang telah ditata hias sempena pertunangannya itu.
Miera hanya melihat jari manisnya
yang telah tersarung cincin silver platinum jenama tiffany & co. Biarpun bersinar
mahal namun mengapa hatinya hanya memandang kosong. Dia melepaskan keluhan
berat. Kerana pertunangannya itu dia terpaksa berpisah dan memberi kata putus
dengan buah hatinya, Ridzuan Haris. Nasib matanya tidak nampak sembab beberapa
hari lalu akibat terpaksa menahan telinga mendengar amarah Ridzuan yang
mengelar dirinya belot terhadap cinta yang selama ini telah kukuh dibina
bersama serta ugutan yang tidak berpenghujung.Entahlah malas dia mahu mengingat
kembali!
‘maafkan
saya Ridzuan,I didn’t mean it…’ perlahan Miera berkata sebelum matanya
tertacap pada sebuah sampul berwarna coklat yang tertulis nama Hafiz Hakimi.
‘Hafiz
Hakimi? Arghhh,malas aku nak ambik tahu pasal kau…’ laju dia menyimpan di
dalam laci malah Miera tidak membuka sampul yang mengandungi kepingan gambar
tunangnya itu yang telah diberikan ibunya beberapa hari sebelum berlansungnya
majlis pertunangan dia. Bagaimana tidak berusiknya sampul itu,begitu jua hati
dan dirinya yang tidak ada keinginan terhadap tunangan itu.
![]() |
a.k.a Hafiz Hakimi |
![]() | ||
a.k.a Nur Amira Dayana |
![]() |
a.k.a Ridzuan Haris |
Kisah Nur Amiera Dayana dan Hafiz
Hakimi baru bermula.Mampukah dirinya mencintai tunangan merangkap bakal
suaminya sepenuh hati. Mampukah dia menyelami jiwa dan perangai tunang yang
belum dia kenali.Semua persoalan bermain di fikiran Miera saat ini. Sakit
kepala dia memikirkan semua yang terjadi,perlahan-lahan matanya terpejam kuyu di
atas katil yang empuk tanpa menukar persalinan pertunangannya.Tidak tertahan
lagi kantuk yang telah berlayar di benak matanya.Dia benar-benar berharap
bahawa semuanya hanya mimpi dan esok akan jadi seperti sedia kala dimana dia
bebas membaja cinta bersama Ridzuan Haris.
bersambung...
*akhirnya selingan memerah otak sempena muet..HAHA :p
No comments:
Post a Comment