Bab 1 (UPDATE)
London..
![]() |
Hyde Park London |
Angin sejuk
musim luruh di Kota London menyapa wajahku perlahan. Sesekali dedaun kering
jatuh ke bumi melambai-lambai umpama kapas. Mengigil badanku saat bayu angin
terasa hingga ke tulang sum-sum. Aku
menghirup angin pagi di London. Damai dan tenang, hilang segala rasa yang
membelenggu diri.
Sweater Cardigan aku lilit kemas
membaluti tubuhku, tangan pula sudah tersarung gloves yang memang aku pakai sedari keluar tadi. Beanie Hat yang berada di atas kepalaku
aku betulkan. Shawl berbunga flora masih berkeadaan baik di kepalaku. Tidak
senget dimana-mana. Aku menunduk membetulkan tali pada kasut boots bertumitku. Masih sempat aku
menitik berat soal penampilan walaupun sejuk sudah mencengkam diri.
![]() |
boleh bayang tak sikit2 Tasya mcm neh :p |
Perlahan-lahan
aku menyusuri Hyde Park di tengah
kota London. Untung hari ini tidaklah sesesak selalu. Jika tidak pasti ramai
manusia terutamanya dikalangan pelancong, singgah berkunjung kerana keindahan
taman yang masih dijaga rapi di tengah bandaraya yang sibuk ini. Sengaja aku
memilih untuk bersiar-siar disini sementara menunggu mereka menghabiskan waktu
membeli-belah bersama di Oxford Street,
Knightabridge, Istana Buckingham dan mungkin juga di Trafalgar Square.
Biarlah bukan selalu mereka ke sini.
Kakiku terus
melangkah sambil menolak lembut stroller bayi mendekati pesisiran tasik The Serpertine
. Melihat itik-itik yang sedang menyudu air dan berenang bebas sedikit sebanyak
mencuit hatiku. Aku menyanyi perlahan, Sesekali
aku menekan playlist yang berada di dalam I-podku mencari lagu pilihan. Lagu Jet Lag nyanyian Simple Plan aku ulang
nyanyi. Mengambil mood sementelah menyedarkan diriku yang sudah lama berada di
perantauan.
What time is it where
you are?
I miss you more than anything
Back at home you feel so far
Waitin for the phone to ring
It’s gettin lonely livin upside down
I don’t even wanna be in this town
Tryin to figure out the time zones makin me crazy..
I miss you more than anything
Back at home you feel so far
Waitin for the phone to ring
It’s gettin lonely livin upside down
I don’t even wanna be in this town
Tryin to figure out the time zones makin me crazy..
You say good morning
When it’s midnight
Going out of my head
Alone in this bed
I wake up to your sunset
It’s drivin me mad
I miss you so bad
And my heart heart heart is so jetlagged
When it’s midnight
Going out of my head
Alone in this bed
I wake up to your sunset
It’s drivin me mad
I miss you so bad
And my heart heart heart is so jetlagged
Aduyai,
rindu pulak dekat keluarga dan sahabatku di Malaysia. Aku hanya berhubung
dengan mereka melalui tetingkap alam maya skype.
Kali terakhir aku menghubungi mereka disana dua minggu yang lalu.Apa yang
sedang mereka lakukan tika ini? Keadaan mereka? Semua persoalan aku jawab
dengan keluhan. Mungkin disana sudah menginjak waktu petang memandangkan
waktu Malaysia yang awal 8 jam berbanding sini. Aku menganggak.
Teringat
aku dengan telatah adik bongsu lelakiku yang sudah berumur 10 tahun sewaktu
berskype bersama mereka kelmarin. Kejap
rasanya masa berlalu. Sewaktu aku meninggalkan mereka di bumi Malaysia dahulu, dia
masih kecil namun sudah mengerti erti perpisahan. Berat sungguh hati ku tika
itu melihat si adik yang menangis tidak mahu melepaskan aku pergi di ruang
pelepasan ke London.
Walaupun
sudah 2 tahun kami tidak berjumpa namun hubungan kekeluargaan antara kami masih
utuh hingga sekarang. Ya Allah, aku benar-benar merindui mereka semua.
‘alonggg,
rindunya.. bila along nak balik Malaysia?’ wajah Aizat sudah menghiasi
tetingkap skype aku. Mama dan papa
pula sudah ke dapur usai bercakap denganku sedari tadi.
Oh,
macam selalu kawan pelik si Aizat turut ada bersama juga semenjak setahun yang
lalu. Tiap kali aku nak berskype pun susah bila lelaki yang tersangatlah pelik
dimata aku ada situ. Terpaksa aku menyarungkan tudung Syria setiap masa.
Pernah
juga aku bersifat ingin tahu menyuruh si Aizat memperkenalkan kawannya itu
namun bijak Aizat berdalih. Makin musykil aku memandang lelaki itu. Penampilan
lelaki itu juga sudah aku cam kini, dengan hut yang menutup kepalanya dan
memakai Cap bertulis ‘Leessang’ membuatkan wajahnya tidak
kelihatan.
Mana
tak nya, tiap kali aku memandang tajam kearah lelaki itu. Dia seolah-olah
sedang memerhatikan diriku dalam keadaan menunduk sambil tangan kusyuk bermain
telefon. Yang aku makin peliknya, bila aku nak skype dengan mereka je dia ada.
Dia tu dah macam jadi sebahagian dari keluargaku pula. Macam manalah keluargaku
senang-senang aje nak bawak orang yang tak dikenali masuk kat dalam rumah.
Makin hairan aku dengan pendirian keluargaku ini.
Aku
menghadiahkan senyuman manis buat adikku itu. Mencari ayat yang sesuai agar
tidak mengores hatinya ‘InsyaAllah, suatu hari nanti along mesti balik Malaysia
jugak‘
Tidak
mahu aku memberi harapan yang tinggi buat mereka disana. Macamana aku nak balik
kalau hatiku masih belum sepenuhnya melupuskan semua yang telah terjadi? Namun,
suatu hari nanti aku pasti pulang jua ke tanah airku. Perlu diingatkan aku
bukanlah umpama kacang yang melupakan kulit. Mahu juga berbakti kepada negara
tercinta, tanah tumpah darahku. Spontan lagu Negaraku menerpa benak fikiranku.
Aizat
memandang aku lagi ‘ along, kalau along tak nak balik.. aizat suruh papa paksa along
balik jugak!..nanti aizat ada kawan,boleh main selalu macam…’ spontan Aizat menekup
mulut.
Amboi
si Aizat neh, umur baru setahun jagung dah pandai ugut akak dia neh. Aku
membuntangkan mata sambil bercekak pinggang. Sesekali aku berkerut dan
menjungkit kening seperti Ziana Zain, cuba mencerna ayatnya sebentar tadi.
‘apa
dia Aizat?! Amboi, pandai eh ugut along?’
Aizat
dah mengekek ketawa melihat reaksi aku. Langsung dia tidak takut saat mendengar
suara yang sengaja aku buat-buat marah. Bibirku ketap geram.
‘Haha,
along love you..abang kat sebelah neh suruh cakap’ spontan Aizat berterus-terang
Aku
berkerut hairan memandang lelaki yang masih menunduk. Tiba-tiba aku rasakan
darah sudah menyerbu di wajah. Jantung pula jangan cakaplah, sudah berdegup
kencang. Perasaannya sungguh aku rasakan sama seperti dua tahun dahulu. Aduh
kenapalah setahun neh susah sangat mamat tu nak angkat muka. Teringin juga aku
nak tengok rupa kawan pelik si Aizat neh macamana orangnya. Entah-entah muka macam
orang pecah rumah kot! Aduyai, perangai lama aku dah datang balik neh. Memilih
!
![]() |
stroller baby brand Elle |
Aku tertawa
halus apabila teringatkan conversation
bersama Aizat kelmarin. Melepaskan nafas sebelum tersenyum sendiri. Aku
mengundur perlahan-lahan . Baru sahaja aku ingin mengambil tempat di kerusi
yang berdekatan, badanku sudah terdorong ke tepi. Nasib baik stroller bayi yang
ku pegang tidak terlepas. Hanya beg tote Channel
aku yang penuh sahaja sudah melambakkan isinya. Pantas aku menoleh memandang
gerangan orang yang telah merempuhku sedari tadi.
‘Opss!..I’m sorry Mrs ..I’m sorry..’
p/s : comment please :D