Tuesday, 18 March 2014

PROLOG : Jagakan Dia Untukku


the kids vow in New Zealand



‘awak..boleh saya tanya sesuatu?’ sambung gadis itu lagi.

Farish angguk ‘ yes, sure..’

‘kenapa awak berani ikut saya padahal kita baru je jumpa pagi tadi?’

Farish terdiam. Jawapannya dia sendiri pun tidak pasti. Kenapa aku ikut dia? ‘sebab saya tahu awak neh orang baik-baik..’

Gadis itu tersengih ‘kalau saya suruh awak terjun dari sini, will you do it?’

‘yes, I will’ yakin dan tulus Farish menjawab

‘why?’

‘sebab saya tahu awak akan tangkap tangan saya dan tarik saya keatas kembali..’

‘if I don’t then?’

‘saya akan mati dalam kepercayaan, percaya yang awak telah cuba sebaik mungkin tapi awak tak mampu nak selamatkan saya..’

‘kalau kita berpisah lepas neh macam mana?’ lagi dan lagi gadis itu sengaja menguji dirinya.

Farish menadah tangan seakan berdoa sambil memejamkan mata. Gadis tadi berkerut namun dia juga turut menadah tangan seperti Farish ‘ Ya Allah, Ya Tuhanku.. aku sangat menyayanginya dan aku takut kehilangannya, dimana sahaja gadis cantik ini berada.. jagakan dia untukku..Ku titipkan ia kepadaMu semoga selalu berada didalam LindunganMu..’
              
            ‘Amin..terharu saya dengar...you know, these moments…which we are spending together..its really lovely time..just watch! In the future we will remember this and laugh!’ Gadis itu masih tersenyum ceria usai mengaminkan doa Farish tadi. Farish juga tersenyum dan mengangguk. Sakit yang dia rasa waktu dipukul pagi tadi sudah hilang diganti pula dengan rasa bahagia bersama gadis ini.
                 
          ‘jomlah kita balik..hari dah nak malam neh..nanti mama saya risau pulak..’ Gadis tadi sudah berdiri. Farish juga ikut serta. Bersama-sama mereka mengayuh basikal menuju ke perumahan gadis itu. Sampai sahaja di persimpangan jalan, gadis itu menyuruh Farish menghantarnya sampai di situ sahaja.
               
               ‘saya balik dulu.. take care, jumpa lagi awak..good night’ Gadis itu melambai kearah Farish sambil melintas jalan setelah memastikan tiada kereta disitu. Dia masih melambai secara mengundur kebelakang kearah Farish sambil tidak lekang memberi senyuman.
                 
          Farish hanya memerhati dan turut melambai gadis itu sambil membalas senyuman ‘ awak jugak.. hati-hati..awakkkk?..’ Farish menjerit.
               
               Gadis itu berhenti ditengah jalan ‘ Ya?’
               
                ‘terima kasih untuk hari ini.. saya sayang awak..!’ laung Farish.
                
                ‘saya sayang awak jugak..!’ ujar gadis itu ceria.
               
           Farish tersenyum, namun telinganya menangkap jelas bunyi sebuah kereta yang sedang dipandu laju. Pantas Farish menoleh, dia melihat sebuah kereta yang dipandu terhuyung-hayang kesana kemari umpama orang mabuk.
                
              ‘Bummmmmm!!!! Strechhhh..!’ Bunyi rempuhan yang kuat dan bau tayar yang bergesel sudah menusuk hidung.

     Belum sempat Farish memberi amaran, kereta tadi sudah merempuh gadis itu. Terpelanting gadis tadi ke tepi jalan. Farish tergamam. Kaku di tempat dia berdiri. Nafas di dadanya terasa sesak. Air matanya sudah jatuh ke pipi. Pertama kali dia rasa takut. Takut kehilangan gadis tadi. Pertama kali juga dia melihat kemalangan sebegitu di depan matanya. Beberapa orang jiran yang terkejut mendengar bunyi tadi segera keluar melihat dan mengerumuni gadis yang sudah terbaring lemah. Darah pekat merah milik si gadis sudah melatari tempat pejalan kaki dengan banyak.

‘Hey, there is a girl injured here!’

‘Hurry! It’s blood everywhere!’

‘call emergency now!’

Hanya suara kelam kabut yang dapat Farish tangkap sebelum lututnya lemah. Awak, tolong jangan tinggalkan saya! Kenapa sekejap sangat masa awak dengan saya? Saya tak puas lagi kawan dengan awak. Farish bermohon di dalam hati. Matanya kabur perlahan-lahan. Gelap! Berharap semua mimpi ngeri ini berakhir pada esok hari.

Jagakan Dia Untukku : Part 4



Bab 4

Eh,Ad kalut-kalut neh nak pi mana?’ Miera menahan

‘Aku ada hal jap,nanti aku cerita...aku balik dulu lah’ Terus Tasya berlalu laju

‘Kenapa dengan si Ad tu?laju je keluar?’ Bella beralih kepada Miera yag hanya menjongketkan bahunya

‘Entah,katanya ada hal tadi..jom la kita makan lepas tu shopping nak?’ ajak Hana laju dan teruja.

Usai semua kuliah tamat tadi,Tasya terus berlari laju menuju parking kereta sambil fikiran menerawang mengingatkan pesanan ringkas yang baru diterimanya tanpa memandang kehadapan.

Bedebukkkkk!

‘Ouchh,sakitnya kepala aku! uhhh’ dia mendengus sambil mengosok kepala

‘Woi,tak reti nak jalan elok-elok ke? Mata tu letak kat mana? Kat lutut?  Dah ada empat mata pun tak nampak lagi ke ha?!

‘owh,orang rupanya aku langgar tadi..ingat tiang mana’ selamba dia membalas tanpa memandang empunya suara yang sudah menyembur amarah kerana sedari tadi Tasya sibuk mengumpul barang-barang yang berteraburan. Ish, tak berperikemanusian sungguh lelaki neh,bukan nak tolong! Hatinya menjerit.

‘Hesy,kau neh apasal?mulut kau ni memang tak ada insurans kan? Nak cari gaduh dengan aku ke hape?’

‘Tak beradab betullah mamat neh!’ omel Tasya yang sudah mula geram dengan orang yang tanpa sengaja dilanggarnya itu sebelum matanya mula mendongak memandang jejaka tampan dan bergaya dihadapannya..

‘OMG,Airil Farhan! Aku langgar si hottie neh..i’m not dreaming’ hatinya berdegup kencang..tanpa disangka angannya menjadi realiti,jejaka pujaan hati sudah berada di depan mata. Peluang dah ada depan mata ni !

‘Err,sorry..salah saya tadi’ laju dia memohon maaf sambil tersenyum manis

Namun hanya jelingan tajam dan riak sombong yang dibalas kembali dari Airil Farhan a.k.a Mr. Perfect 10 sebelum dia berlalu pergi.Siapa yang tak kenal dengan dia..jejaka terkacak yang mampu mencairkan mana-mana gadis yang memandangnya untuk dijadikan teman lelaki malah kalau makcik-makcik yang tengok pun mahu dijadikan menantu idaman.Dilahirkan dalam keluarga kelas A menjadikan jejaka itu mampu menayangkan Porche setiap kali ke kampus.

‘bestnya dapat jumpa si hottie..suka-suka’ ujar Tasya girang..terlupa seketika perkara penting yang menjadikan dia kelam kabut sehingga terlanggar si jejaka hottie tersebut..

Tittt..tiittt..I-Phone nya berbunyi kembali..alamak! cepat-cepat dia meloloskan diri ke dalam mioi dan terus laju meluncur pergi

~~~~~~~~

Terkedu Tasya saat melihat Lina sudah terbaring dihadapan pintu apartment mereka. Dia terus berlari mendapatkan tubuh Lina sebelum duduk menghadapnya.

‘Lina,Lina..kau okey tak?bangunlah’ Tasya mengoncang badan Lina perlahan..namun masih tiada reaksi

‘Linaaaa,bangunlah! Jangan tidur kat sini’ Tasya memanggil kuat.Siapa tak takut bila tengok housemate sendiri diam seakan kaku.Segera Tasya merasa pergelangan tangan Lina. Nadinya masih ada,suhu badannya pula panas sikit..tak sihat kah lina? dia mula mencerna maklumat sendiri..Lina bergerak-gerak sambil memisat mata

‘sorry,sorry..aku tak sihat..kunci apartment lupa bawak’ Lina memandang dengan muka innocent.

‘Hisy kau neh buat aku cuak je..apasal aku kejut tak bangun tadi?’ dia mengeluh lega

‘Aku makan ubat tadi..kuat sangat dos dia..tunggu kau lambat sangat sampai..tu  yang tertido kat sini’ matanya kuyu meminta perhatian

‘yang kau send mesej macam tadi tu kenapa?cuak aku tau..kot ye pun bagitahu la betul-betul..kalau memang gas meletop tadi macam mana?’ Tegas Tasya ibarat ibu yang sedang berleter

‘ala..sorry..aku nak kau cepat balik je..tak larat sangat tu yang bagitahu gas nak meletop tu..hee..dah la aku tak larat,nanti tolong buatkan bubur’ Lina merengek manja.

‘iya lah,dah masuk-masuk..’ dia menarik badan Lina lembut

Tasya terus membuka pintu,malas dia nak memanjangkan perkara bila melihat keadaan Lina yang pucat dan lesu itu..Nur Sharlina baru setahun tinggal bersama Tasya..banyak perkara yang masih belum diketahui Tasya tentang housematenya yang seorang itu.. ‘mysterious’ sungguh gadis itu. Mereka tinggal berdua di apartment milik sepupu Tasya, kerana bosan tinggal seorang diri Tasya mengajak Lina tinggal bersama yang pada ketika itu Lina sangat-sangat memerlukan tempat tinggal untuk berteduh..

Lina pelajar degree tahun pertama sebaya Tasya tiada sesiapa di bandaraya Kuala Lumpur itu yang diberitahu Lina sewaktu mula-mula bertemu dengannya..dan dia tersangatlah terhutang budi terhadap Lina kerana memulangkan dompetnya yang berisi hal penting lantas dia menawarkan Lina tinggal bersama apabila yakin gadis itu jujur dan polos namun masih ada perkara yang tidak diketahui Tasya mengenai Lina..

‘Lina,nah bubur nasi yang macam kau nak tadi..dah rasa baik sikit tak?’ soal Tasya sambil membantu Lina bersandar di kepala katil.

Tasya menongkat dagu memandang Lina di tepi katil. Lina sememangnya cantik,dengan lesung pipit dipipi, kulit mulus putih bersih dan alis yang terletak elok mana-mana lelaki yang memandang pasti terpikat.

‘Alhamdulillah,okey la sikit’ Lina tersenyum tawar sambil membetulkan kedudukan badannya

‘hee,tak apa lah kau rehat okey..jangan lupa makan ubat..aku masuk bilik aku dulu tau..gud nite sweetheart’ sengaja dia membuat suara keanakan sambil menutup pintu bilik Lina dan terus melompat naik diatas katilnya.

‘aduh,bosannya..nak keluar malas.Nak stalk twitter si Airil Farhan tak ada update bar u pun..hurmm.’ matanya tertacap kearah jam dinding baru menunjukkan pukul 9.15 malam..awal lagi,malam masih muda ! sambil bergolek-golek dia melihat fon..

‘wahai fon bilalah ang nak berbunyi..mengharapkan si jejaka hottie tu call or wechat dengan aku..arghhh,mesti aku bahagia..hihihi’ sengih Tasya mencipta angannya sendiri sambil melihat akaun Wechatnya.Sempat jugak dia menggunakan aplikasi tersebut untuk menambah kenalan baru melalui ‘shake-shake’..Inilah kerjaku bila dilanda kebosanan melampau,ah.aku bo,bo,bo,bo..bosan..aku bosan..nananana...laju lagu stacy Angie itu meniti bibirku.

‘eh,siapa ni? Adam Farish? Macam best je status dia..add la..bosan-bosan ada jugak kawan ni’ gumam hati Tasya tentang pemilik nama Adam Farish yang menggunakan gambar profil permandangan senja dengan status : ‘Cinta kerana manusia pasti akan hilang,Cinta kerana Allah itu kekal abadi’ : , hingga menarik perhatiannya. Lama juga pandangannya jatuh kearah gambar permandangan itu. Macam pernah tengok! Hatinya berdesis.

Seketika kemudian, akaun WeChat Tasya berbunyi menandakan adanya sapaan dari seseorang,lantas dia membuka dan melihat Adam Farish menegurnya

 Assalamualaikum, thank you add ;) -Adam Farish

Waalaikumusalam, hee..sama-sama, btw thank approve ;)

Haha,orait no biggies..so what should i call you then Adriena Tasya? -Adam Farish

Owh,lupa nak introduce..just call me Ad..a simple name right?

nope, can i call you with Tasya? -Adam Farish 

Boleh aje,nama saya jugak tu..hihi, nak panggil Tasya manshahar pun boleh..retis sikit..haha..awak pulak saya nak panggil apa?

just call me Farish..hehe,awak neh pandai melawak lah..nice to know you Tasya.. –Adam Farish

Haha, merepek awak neh..bila pulak saya buat lawak? saya terpikat lah dengan status awak..tu yang teringin nak jadi kawan awak tu ;)

amboi terpikat dengan status eh? Kalau dengan tuan punya status pun boleh..haha..gurau aje ya Tasya :-p -Adam Farish

Tersengih-sengih dia melayan Adam Farish..namun niatnya untuk menekan button reply wechat tersebut terbantut apabila mendengar bunyi seolah-olah orang sedang muntah teruk..Linakah? Baru Tasya teringat bahawa Lina sedang sakit,pasti dia tidak tahan makan ubat dan terus muntah-muntah.. segera Tasya keluar dari bilik untuk melihat keadaannya dan mengetuk pintu bilik Lina yang berkunci.

‘Lina, are you alright dear?’ soal Tasya  serius

‘a..aaku..aku okay je..’ balas Lina dari dalam

‘betul neh? Sampai muntah-muntah..aku rasa kau kena pergi klinik lah..teruk dah tu..dah makan ubat?’ dia bertanya lagi sambil berkerut

‘dah-dah,sebab tu aku muntah kot..badan tak dapat terima ubat neh..tak pe lah..aku okey..aku nak rehat jap’ Lina mencari alasan

‘aku risau lah,bukak lah pintu neh..’ Ah,tak boleh jadi neh..risau ! Tasya berkeras mahu memulas tombol pintu.

aku tak larat..terima kasih sebab risau kan aku..tapi aku nak rehat kejap..please’ Lina mengambil pregnancy test yang dibelinya seminggu lalu di dalam laci segera dia menuju ke toiletnya.

‘okey, kalau ada apa-apa jerit je,nanti aku datang..rehat cukup-cukup tau’ Tasya melepaskan keluhan berat sebelum berlalu ke bilik setelah mendapat sahutan ‘ok’ dari Lina


Terduduk Lina di tepi singki apabila melihat keputusan dari pregnancy test yang dilakukannya.Patutlah periodnya sudah berapa minggu terlewat. Fikirnya hanya sebab terlampau banyak masalah hingga menjadikan dia stress lantas menyebabkan periodnya tidak teratur..dia memegang perutnya..walaupun janin itu masih kecil tapi dia dapat merasakan ada nyawa yang dikandungnya..nak digugurkan? Dia tidak sanggup! Dia bukan pembunuh..

“Ya Allah,apakah yang harus aku lakukan?” berlinangan air mata Lina

Dia memejamkan mata sambil memikirkan reaksi keluarganya jika mereka mengetahui hal itu,satu-persatu wajah orang yang disayanginya berlegar di minda..benci kah mereka? Aku tak sanggup dibuang keluarga hanya kerana kesalahan yang bukan datang dari aku ! aku dinoda..aku benci ! lantas peristiwa tersebut kembali di ulang tayang dimana kesuciannya yang dijaga selama ini hanya untuk seorang yang bergelar suami diragut..Lina mengeluh berat.

Jagakan Dia Untukku : Part 3

Bab 2
Malaysia, 2 tahun dahulu..
Aku meraba jam yang sudah acapkali berbunyi membingitkan telinga, terus aku mati kan. Dengan malas aku menarik kembali comforter menutup mukaku. Sekali lagi telefonku berbunyi nyaring membuatkan aku mendengus geram. Ada saja yang menganggu lenaku saat ini.
               
              ‘helloo…hmmm…waalaikumusalam..’
           
            ‘woi..kau baru bangun tidur ke hape? Suara bubbly semacam, bangun lah sekarang dah pukul berapa neh! Sir Amin dah masuk kelas beb!’
             
          Suara Bella yang terjerit kecil, buatkan aku terpaksa menjarakkan telefonku sejengkal dari telinga. Aku yang masih mamai dengan mata yang terpejam hanya menjawab malas.
            
              ‘hmmm..pukul berapa sekarang?’
            
              ‘pukul 8.45 dah sekarang neh! Cepat Ad!’

Automatik mataku celik saat mendengar jawapan dari Bella. Terus aku matikan panggilan dan duduk di birai katil. Masih memproses maklumat yang baru aku terima. Kelam kabut aku mancapai tuala dan mandi ala-kadar sahaja selepas melihat jam pada I-phone 4 ku yang sudah menunjukkan angka 8.45 pagi..

‘Arghhh, lambat!lambat!’ jeritan nyaring milik Adriena Tasya jelas kedengaran di Apartment D-Villa Residence itu.

Walhal sudah berkali-kali penggera berbunyi namun tak juga dirinya bangun gara-gara dia kembali menyambung tidurnya selepas solat subuh pagi tadi.

‘ uhh , ni semua sebab Gary-oppa punya pasal lah neh’

Tasya merengus sambil membetulkan awning tudung bawalnya dihadapan cermin, padahal malam semalam dia sendiri dengan rela hati menonton rancangan realiti korea yang mendapat rating no 1 di Negara k-pop itu.. tak lain tak bukan mestilah melayan rancangan ‘running-man’yang sedang hangat  diperkatakan,memang tak kering gusi bila menonton rancangan itu tau..kunci kereta Myvi yangg diberi nama “mioi” hadiah dari papa diambil pantas dan dia terus memecut kereta a.k.a boyfriendnya itu  hingga sampai ke Universiti Malaya..

Sesampainya di fakulti perniagaan, terus Tasya berlari-lari anak seperti lipas kudung ke kelas Profesor Amin yang sememangnya dikenali amat berdisiplin sewaktu mengajar pelajar-pelajar Degree Business Adminstration, dek kerana pelajarnya yang sememang berperangai mengalahkan budak sekolah walaupun usia sudah melebihi akal.

‘arrgghh, mampus aku prof singa neh dah datang pulak..alasan ape eh?’ getus hati Tasya  sebelum tangannya mengetuk pintu.

Profesor Amin yang sudah separuh memulakan pembelajarannya terhenti begitu juga dengan pelajar lain yang mula menoleh memandang dirinya. Adriena Tasya  tersengih sambil menunjukkan tanda ‘peace’

Err,prof maafkan saya tadi jalan jammed lagipun saya kena hantar anak buah saya pergi Taska tadi..parent dia honeymoon kat oversea’ sengaja dia mereka alasan,sambil menelan air liur..cuak!

‘hihi,tipu sunat tak apa..habislah aku kalau prof neh melenting,mau malu aku nak hadap muka dia sampai grad’ sempat dia mengomel di dalam hati

‘Eh,boleh pulak honeymoon lagi sekali eh ?siapa? kakak awak or abang awak?ke parent awak?’ soal prof Amin dalam nada serius namun diselit pandangan dan senyuman nakal.

‘Hisy,org tua neh umur dah separuh abad pun ada hati nak pandang anak dara orang macam orang miang..euwww’’ hatinya berkata sempat dia mencebik

Apa salahnya prof honeymoon banyak kali best tau? baru lah rumah tangga tu meriah sikit,apa kata prof ajak wifey prof honeymoon lagi sekali mesti rasa macam masa mula-mula kahwin dulu..hihi’ galak dia mengenyitkan mata dan ketawa nakal mengenakan prof Amin..

Kawan sekuliahnya yang mendengar perbualannya sedari tadi sudah mula gelak tak ingat dunia..ini lah masalah budak-budak zaman sekarang bila isu kahwin dilontarkan mula setiap orang laju mengeluarkan persepsi tersendiri,ada yang nakal,ada yang positif dan ada jugak yang negatif.

‘Ehemm..ahh,sudah..silent class!’prof Amin mula bersuara tegas selepas mukanya yang putih itu memerah,malu barangkali.

Tasya akui walaupun usia profnya sudah separuh abad namun prof Amin tetap tampan bergaya ala-ala Brad Pitt gitu.Lalu pantas wajah kacak itu memandang ke arah dirinya kembali.
  
‘okay drop that topic and you Adriena Tasya,please back to yours seat..we may proceed our class soon’

Mecicit Tasya mencari sahabat karibnya Hana,Miera dan Bella..sememangnya dia begitu akrab dengan mereka semenjak dibangku Asasi perniagaan lagi..amat menbanggakan apabila mereka berempat sama-sama melepasi CGPA yang ditentukan pihak universiti dalam jangka masa 6 bulan sahaja..dan sekarang mereka telah menjadi pelajar UM dengan bakal mengenggam segulung ijazah pada usia 22 tahun..kerna itu mereka lebih mengenali Adriena Tasya yang mudah dipanggil dengan panggilan Ad.

‘Psssyyy,wei Ad sejak bile kau ada anak buah neh?aku tak tau pun’ bisik Hana umapama ular tedung yg sedang berdesis menunggu mangsa dengan muka berkerut meminta penjelasan.

‘A-ah lah ang sejak bila ada anak buah?sampai hati ada anak menakan..sorok-sorok dari kita pulak’ Miera mencebik

wei,aku ketuk sorang-sorang kang..tak pasal-pasal benjol jugak kepala ampa dua ekoq neh,sabar noh cheq nak ambik nafas,,fuhhh’ balas Tasya dengan sleng utagha yang tak berapa nak betul.Mengekek Miera ketawa sambil tertahan-tahan.

Sweetheartku  sekalian ,cover-cover la sikit cakap tu you all,kang prof singa kat depan tu syak pulak kite tak concentrate kat kelas die neh’ tegur Bella seakan orang berbisik

Bukan la apa,aku tak tahan nak gelak..kelakar dengar Ad cakap loghat utara..merosakkan bahasa ibunda aku je,teruk!’ bisik Miera sambil mengutuk

Amboi..kau kata aku teruk Miera?ciss..sekeh jugak korang neh, Bella cakap Bahasa rojak tu korang tak marah pulak? Menangis tau cikgu Bahasa Melayu kalau dengar..hihi’ Tasya membalas selamba.Suka-suki je kata aku teruk,cis!

Bella mengetap bibir. Geram. Ada-ada sahaja alasan si Tasya neh.

‘Cepatlah cite Ad..kau ni suka berdalih..kitaorang tak sabar-sabar nak tahu neh’ Hana mula mendesak

A ah,Ad aku pun nak tahu jugak apa yang jadi sebenarnya?’ Bella mula menyampuk

Hahaha,sebenarnya...sebenarnyaaa..’ riak saspen mula terbit dikalangan sahabatku itu..aku pandang mereka,mereka tenung aku serius yang mungkin.

sebenarnyaaa...’ sengaja Tasya menunjukkan riak saspen.

‘Hisy,kau ne Ad cepat je la cite..sakit jiwa aku dengar tau..sebenarnya, sebenarnya...kau ingat neh cite sebenarnya saya istri dia ke?!’ cubit Hana perlahan namun masih terasa bisanya

ouchhh,sakitlah..iya la..aku cerita,sebenarnya semalam aku melayan boyfriend aku si Gary-oppa,hihihi..duk tenung muka die tau..excited smpai tak sedar dah pukul 3 pagi..hihi’ Tasya tersenggih senang hati dengan mata bersinar-sinar macam kera baru dapat bunga pun ada.

Aduyai,Ad aku ingatkan betul-betul melayan boyfren rupanya terkena angin k-pop..’Bella mengeluh panjang sambil menepuk dahi.

hihi,peace..tu tadi alasan je nak lepas dari prof singa kat depan neh’ ceria dia mengusik mereka bertiga

Ad,Ad kitaowg ingatkan apa lah tadi tau..ingatkan kawan kita ne ada wayar putus ke apa rupanya dah berjangkit dengan kita kan Hana’ sampuk Miera

‘tu la deman k-pop jugak minah neh..ingatkan tak layan..hahaha’ Hana sengih puas.

Betapa dia giat sewaktu di asasi dulu menerapkan budaya k-pop dalam kalangan sahabatnya..akhirnya semua terikut kecuali Adriena Tasya..katanya k-pop jambu tak best,tup tup tahun akhir degree baru dia duk melayan..orang dah sampai ke bulan dia baru nak naik roket..
  
‘haish,Ad,Ad’getus hati Hana sambil mengeleng melihat Tasya

‘haaa, those girl yg kat belakang tu kenapa berbisik-bisik..dari tadi saya tengok awak semua macam tu..ada apa-apa yang nak share kat depan kelas ni ke?’ tempik prof Amin kepada mereka berempat

‘kitaorang tengah bincang konsep International Business Management neh prof’ tungkas Miera kepada prof Amin

‘okey,just listen what i’m saying all..jangan nak bergosip je kat belakang,okey back to our discussion..’ sambung prof Amin terhadap pembelajarannya kembali

sudah-sudah la korang ,see prof singa dah nampak kita gossip..kihkih’ perli Hana mengikut gaya prof Amin

‘amboi korang..singa-singa pun..dia jugak yang bagi kita markah nanti  bila final exam..lagipun kita kan dah tahun akhir degree neh..nak konvo dah..berhentilah panggil dia singa..tak berkat nanti’ sempat Bella memberi ceramah ringkas kepada sahabatnya itu

‘ye la miss Bella..sayang eh kat prof Amin?’ usik Tasya sambil tersengih-sengih umpama kerang busuk,tapi dirinya wangi itu bezanya!

Ehh,mesti lah tapi aku sayang Fahmi lebih..heee’ senyum Bella hingga ke telinga

‘Eleh tak habis-habis dengan nama boyfriend dia..tahu la sayang..kitaorang pun ada jugak la’ bidas Miera

‘eh,churppp-churpp..korang yang ada boyfriend bukan aku’ pintas Tasya laju

‘Ala,Ad kau tu yang memilih sangat..nak yang hensem aje..bukan tak ramai yang suka kat kau,aku tengok ada je tapi kau tu je memilih..tu haa,si Ayie kau tolak mentah-mentah’ Hana mula mengunkit

Ayie tu bukan apa,mana boleh tahan perangai dia kot,muka tak berapa tapi girlfriend keliling pinggang..choiii..mula-mula je baik..lagi pun abaikan la pasal Ayie tu,aku tunggu si hottie tu Airil Farhan..heee,hensem’ ujar Tasya dengan mata bersinar-sinar

‘Sedar-sedar la sayang ku Adriena Tasya, kuat dreaming la kau ni..si Airil Farhan tu tak pandang pun orang macam kite ne haaa,tengok la stok awek-awek yang berebut dia semua seksi-meksi tau,body shape mengalahkan model..Cut off yours dreaming darling’ Bella kembali menyedarkan Tasya realiti sebenar.

‘Entah Ad neh, wake up!’ Hana menepis bahu Tasya
 
ohh.. Marian Rivera..mengetarkan jiwa..choppp!

wewewe ade la sikit iras... a.k.a Adriena Tasya



Ya,aku Adriena Tasya,wajahku tidak lah boleh menandingi rupa paras Siti Nurhaliza yang kekal anggun namun aku masih mampu tersenyum puas dan bangga apabila masih ada yang mengelarku artis gara-gara wajahku yang iras Marian Rivera . Kelas kau jah! Hampir juga aku tergelak apabila ada yang menginginkan tandatanganku walhal aku dan artis tersebut jauh pangang dari api.Tersangatlah berbeza!Aku hanya lah gadis biasa yang kuno dalam berfesyen masih menggunakan kacamata ala-ala Harry Potter. Siapa sahaja yang akan memandang diriku ini?

Dan aku Adriena Tasya masih bersyukur kerna rupa parasku sudah cukup sempurna hanya kerana tidak maju kehadapan dalam berfesyen selaras usialah aku sering menjadi mangsa cacian manusia yang tidak pernah melihat diriku setulus hati.Ramai sahaja yang ingin mendekati tapi entah mengapa masih belum ada yang benar-benar ikhlas memiliki hatiku ini..

Duhai hati pemilih betul kau ni! lalu aku menginginkan semua lelaki yang ingin berdampingan dengan ku adalah seorang yang perfect 10..walaupun bila bergandingan umpama pipit dan helang..Manalah ada orang yang sudi berteman kan aku gadis ala-ala ungly Betty versi melayu neh? namun itu tidak membantutkan persepsi Aku menjadi dan mencari seorang yang perfectionist.

‘Ala,biarlah..untung sabut timbul, untung batu tenggelam..Who know in the future right? wekkk’ Tasya menjelirkan lidah, masih mempertahankan pendiriannya.

‘sudah-sudah!,nak bertekak korang boleh keluar..aku nak fokus neh’ lerai Miera

‘ye la wahai cik Mieraku sayang..tapi kan Ad aku nak tanya neh..housemate kau tak kejutkan kau ke pagi tadi?’ Hana kembali memandang Tasya

‘Housemate aku kan balik kampung..korang ne lupa la tu’ Tasya memandang sekilas dan kembali fokus kehadapan

‘owh,lupa la Lina balik kedah eh?patut lah ang bangun lambat’ Miera sempat menyampuk walaupun matanya masih terarah pada pembentangan prof Amin

‘tu la pasal..apartment aku kosong hari minggu neh, tersangatlah bosan..sebab tu yang aku duk layan Gary-oppa..hihi’ gelak Tasya perlahan sambil mencatitkan nota prof Amin

Tittt,titt,tittt...handphone I-Phone 4 milik nya berbunyi... berkerut-kerut dia melihat.... ‘masalah!’