Thursday, 17 April 2014

Jagakan Dia Untukku : Part 22

Bab 22



         Tasya berbaring memandang syiling.Inilah sebab mengapa dia malas pulang ke apartmentnya.Dia tiada kawan untuk berbual tidak seperti dirumah sewa Hana,Bella dan Miera yang riuh rendah dengan usikan dan tawa.Lina? menyepi di dalam bilik sendiri umpama ada tembok yang menjadi benteng antara mereka.Begitulah rutin diri Tasya setiap hari hanya berbual apabila perlu sahaja dengan housematenya yang sorang itu.

Tasya mengiring.sudah acapkali dia mengubah posisi baringannya.Ah dia terlampau bosan,mahu melelapkan mata dia sudah lama tidur sewaktu dirumah sahabatnya pagi tadi.

‘Adam Farish..kenapa aku sebut nama dia?’ Tasya bertanya kepada dirinya sendiri

Sudah lama rasanya dia tidak bertanya khabar dengan sahabat mayanya itu.Dia tersenyum sebelum segera menghantar kata sapaan kepada Adam Farish,sahabat yang tidak pernah ditemuinya lagi.

Telefon Tasya berbunyi nyaring tanda minta diangkat,Tasya memandang gerangan si pemanggil hati! Berkali-kali dia berfikir mahu menjawab panggilan tersebut atau membiarkan saja.Jika difikirkan ego yang melambung tinggi mahu sahaja dia menghamburkan amarahnya yang masih bersisa namun entah mengapa hatinya lembut seakan roti Gardener dan masih mengiginkan lelaki itu.

‘Hello,Assalamualaikum..’

‘Walaikumusalam Ad,you dah tidur?’ suara itu menyapa

Lama baru Tasya bersuara ‘haa,hurmm..dah, eh belum’

‘haha,you ni lawak lah kalau dah tidur dengan siapa pulak I tengah cakap ni?’ Airil ketawa.Hati Tasya mula menangkis egonya sikit demi sedikit saat mendengar Airil Farhan ketawa.Comel kata hatinya!

‘dah tahu kenapa tanya?’ Segera Tasya menekup mulutnya.Alahai mulut pandai-pandai je nak balas balik ni kenapa? Berani ya buat mogok perasaan kat sini!

‘Amboi,kenapa ni..you merajuk ya?’ Airil kembali memainkan peranannya sebagai pemikat

Tasya tersedar.Dia umpama merajukkah? Dengan si hottie ni.. ‘alamak jangan kantoi sudah!’ omel Tasya.Tasya bermain-main dengan rambutnya sambil berbaring.Ish,posisinya saat ini benar-benar seperti orang baru belajar nak bercinta! Kegedikkan melampau.Dia tergelak halus.

‘Ad, are you still there?’ Airil bersuara setelah perbualan mereka terhenti seketika

‘err,yess Airil’ pendek Tasya menjawab

‘actually I nak minta maaf sebab malam 2 hari lepas I tak datang Old Town,I ada family problem masa tu..i minta maaf eh sayang’ mendatar suara Airil berlakon

‘never mind ,it’s doesn’t matter..kenapa you tak bagi tahu I awal-awal?’

‘I’m really-really sorry, my bad..Please understanding me dear..you tunggu I ke malam tu?’ sengaja Airil bertanya

‘err,tak lah..dah you tak datang I pun balik lah’ Tasya berbohong,tidak mahu dia dicop sebagai terhengeh-hengeh terhadap jajaka pujaan hatinya itu,

‘oh,okay..you tipu I’ kata Airil perlahan namun Tasya tidak dapat menangkap perkataan akhir Airil

‘sorry,apa you cakap?i tak dengar lah’

‘nothing rindulah , and by the way I just nak cakap jumpa nanti ya sayang bila you ada masa kat kampus’ Sekali lagi Tasya terkedu.Hilang terus egonya sebentar tadi saat mendengar perkataan ‘sayang’ yang keluar dari mulut Airil Farhan untuknya.Ah,muka nya semakin blushing!

‘sure..hihi..’ Tasya tergelak halus

‘okay sayang,mimpikan I tau? Lega sikit hati I ni dapat dengar suara you,baru I boleh tidur lena malam ni’ Lagi dan lagi Airil berkata manis umpama menyimbah gula-gula ke atas Tasya dan terus menamatkan pangilannya.

‘Ya Allah,adakah ini mimpi?’ sempat Tasya mengucapkan buah fikiran sebelum dia juga tertidur dengan senyuman yang memanjang hingga ke telinga.Ya semuanya umpama mimpi bagi diri Tasya apabila jejaka idamannya selama ini seolah-olah memberi ‘hint’ soal hati tanpa Tasya sedar bahawa itu semua hanya hipokrit semata-mata.Haiya,Tasya tolong jangan cepat cair!

~~~~~~~~~

Sesekali Lina memicit kepalanya,terasa sangat berat.Dia tahu dirinya kini sudah berbadan dua namun dia takut untuk pergi menemui doktor bagi mendapatkan pengesahan.Teramatlah takut.Sudah acapkali dia muntah-muntah.Alahannya makin memburuk.Dia juga sudah jarang hadir ke kuliah namun aktivitinya tidak dapat dihidu oleh sahabatnya termasuk Tasya apabila dia dengan bijak menyusun kata.Akhirnya dia mengalah,dia harus pergi ke klinik jua.Sudah tak tertanggung lagi rasa menahan sakit dikepalanya saat ini.

Nur Sharlina..puan sila masuk ikut saya ya’ sopan jururawat di klinik itu memanggil dirinya

Lina mengangguk sebelum turut mengikuti nurse tersebut.Doktor yang merawatnya hanya tersenyum namun masih serius menjalankan tugasnya.Sesekali doktor lelaki itu menuliskan sesuatu di atas fail sambil berkerut-kerut.Lina melihat tag namanya ‘Doktor Syukri’

‘Congrate madam you’re pregnant..dah nak masuk 2 bulan..’ Doktor tersebut tersenyum tipis,ada raut risau diwajahnya.

Lina hanya tersenyum berat sambil memegang perutnya yang masih tidak kelihatan mungkin kerana baju yang dipakainya sedikit besar.Hatinya saat ini tidak dapat diagak,mahu gembira?mahu sedih.Semua rasa sedang menyerbu benak hatinya.Mahu saja dia menangis sepuasnya namun sedaya upaya dia menahan.

‘Oh hati tolonglah kuat demi anak yang tidak bersalah ini..’ hatinya berkata lemah

‘terima kasih,baby saya sihat ke doktor?’ ujar Lina

Doktor muda itu yang sedari tadi melihat tingkah Lina mula mengesyaki seperti ada yang tidak kena dengan wanita dihadapannya ini,seperti ada aura yang memanggil agar dirinya itu membantu wanita dihadapannya ini  ‘Alhamdulillah baby puan sihat,mesti suami puan happy..anak first lah kan?’

Lina hanya mampu mempamerkan senyuman palsu yang dibuat-buat,dia berusaha menutup aibnya agar doktor itu percaya bahawa dia sudah berkahwin.Alangkah bahagianya rasa hati Lina andai dia benar-benar sudah berkahwin dengan Airil Farhan dan mempunyai kehadiran anak-anak yang comel.Namun gembira kah Airil Farhan saat mengetahui berita ini? Sukar dia menerbak fikiran lelaki yang berjaya mencuri hatinya itu.

‘err,yes of course husband saya mesti happy sangat’

Doktor itu mengangguk dan kembali berwajah serius,barangkali sudah termakan dek lakonan Lina yang nampak benar itu ‘tapi puan..’

Lina memandang serius seakan ada sesuatu yang ingin diberitahu oleh doktor itu,sesuatu yang penting ‘tapi apa doktor?’

‘tapi puan ada masalah dekat pangkal rahim puan, risiko untuk diri puan melahirkan baby ni sangat tinggi kerana rahim puan tersangatlah lemah..’

Hampir rebah tubuh Lina saat mendengar berita yang baru dikhabarkan doktor itu,segera dia menenangkan diri sebaik mungkin ‘maksudnya doktor?’

‘ada kemungkinan diri puan dalam bahaya dan ada kemungkinan juga hanya salah seorang yang boleh diselamatkan saat puan melahirkan nanti..puan ada pilihan sekarang samada gugurkan janin puan yang masih kecil ataupun hanya biarkan saja’ panjang lebar doktor itu menerangkan

‘tidak! Saya takkan sesekali bunuh janin yang tidak bersalah ini! Tidak doktor,biarkan saya jaga baby saya’ hambur Lina yang sudah bergelinangan air mata sambil mengeleng

‘sabar puan,sabar..saya faham perasaan puan..kita hanya mampu berdoa agar munculnya keajaiban,kita tak tahu apa yang bakal jadi pada masa hadapan puan..kita hanya mampu mengagak sesuatu yang belum 100% bakal jadi..semuanya kuasa Allah puan’ pujuk doktor itu

‘terima kasih doktor saya rasa saya patut balik dulu’ Lina mempamitkan diri.Dia perlu menenangkan diri serta memikirkan cara untuk menyelesaikan masalahnya secepat mungkin..Tidak sempat doktor lelaki itu mahu berbincang dengannya lebih lanjut sebelum mengangguk perlahan.

‘Airil Farhan..’ kembali nama itu dituturkan nya.

Jagakan Dia Untukku : Part 21

Bab 21



             Farish merebahkan dirinya di atas sofa dalam biliknya. Terasa segar dan tenang dirinya setelah mandi seketika tadi.Tiba-tiba matanya tertacap kearah bekalan kek coklat di atas meja sisi.Segera dia memanggil pembantu rumahnya

‘Mak Mahhh!’
             
             Tercungap-cungap wanita berusia separuh abad itu masuk kedalam bilik Farish ‘ya Farish,ada apa nak?’
            
             apa ni mak mah?Thilah dengan Thirah ke yang bawak masuk dalam bilik Farish ni?’ Farish menunjuk kearah bekalan yang berisi kek coklat itu. Memang pantang bagi dirinya jika ada orang yang suka-suka memasuki biliknya tanpa izin, excluded anak buah kembarnya sebab mereka aje yang ade VIP access ke biliknya.
            
             Mak Mah menegup air liurnya.Marah kah Farish? Salah dirinya juga tadi yang terus meletakkan bekalan itu kedalam bilik Farish tanpa izin anak majikannya itu

‘err,Mak Mah yang letak tadi..Pak Jamil bagitahu kawan Farish yang bagi,Mah Mah ingat mesti lah seseorang yang istimewa bagi Farish bekalan ni…sebab tu lah Mak Mah delivery terus kat bilik Farish takut pulak si kembar tu rasmi kek Farish ni haa,putih mata pulak Farish nanti’ Mak Mah menunjuk kearah bekalan tadi.Dirinya kini sudah mula selesa bersama Farish seperti selalu.
             
          ‘kawan Farish?yang mana ya Mak Mah?’ Farish memandang Mak Mah polos.
            
            ‘entah,Pak Jamil bagitahu tadi perempuan.Siapa tu?’ Mah Mah mula tersenyum-senyum kearah Farish sambil menjongket keningnya.

Dia tahu mengenai hubungan Farish dan Lina yang terputus di tengah jalan.Dia tahu tiap kali anak muda yang sedang berada dihadapannya ini dilanda masalah.Segalanya Mah Mak telah tahu semenjak Farish kecil lagi,kerana dia lah yang telah membantu Datin Arina menjaga serta melihat Farish membesar di depan mata.
             
             ‘perempuan??’ Farish berkira-kira

‘oh,perempuan tu’ dia baru teringat mengenai suruhannya agar Pak Jamil menghantar kereta milik gadis yang ditemuinya dua hari lalu.
             
            ‘haa,siapa dia?girlfriend Farish ya?’
           
             Farish tersenyum sambil mengeleng ‘tak lah Mak Mah,kawan Farish je.Mak Mah macam tak tahu pulak yang Farish setia dekat dia sorang je.’ .Farish mengakui walaupun gadis yang baru ditemuinya itu berjaya mengetarkan jantungnya namun masih tidak dapat menghakis kuatnya cinta terhadap Lina bakal ratu dan suri hidupnya
             
            Mak Mah hanya mampu memandang Farish sayu ‘ Farish,jangan berharap lebih-lebih sangat takut nanti merana jiwa,itu je yang Mak Mah mampu cakap’. Sebenarnya Mak Mah lebih faham mengenai hati perempuan,bukankah dia juga perempuan.

 Sejak dulu lagi dia mengesyaki bahawa Lina tidak ikhlas terhadap Farish.Pernah juga dia menyuarakannya kepada Farish namun beriya benar Farish mempertahankan perempuan yang dicintainya itu. Mak Mah mengeluh kecil

‘okey lah Farish Mak Mah ada kerja lagi kat bawah,Mak Mah turun dulu ya’
            
              Farish mengangguk sebelum mengambil bekalan kek tersebut.Ada nota yang diselitkan laju Farish membaca sambil tersenyum.
             
             TERIMA KASIH AWAK,LAIN KALI TOLONGLAH LAGI..hehe
            P/S : gurau saja ya wahai encik yang baik hati ;)
           
            ‘alahai comelnya perangai dia’ Pantas Farish membuka penutup tupperware.Nampak sedap.Baru sahaja Farish ingin menyuapkan potongan kek coklat tersebut ke dalam mulut,Hannah Athilah dan Hannah Athirah meluru masuk kedalam biliknya tanpa mengetuk terlebih dahulu.Kus semangat Farish!
           

Hannah's

                 ‘Ashuuu! Ashuuuu’ Hannah Athirah terus duduk di sisi Farish
           
             ‘Ashhuuu..tadi teddy bear ila tertinggal dekat shopping komplek’ adu Hannah Athilah sambil merengek-rengek,wajahnya sedari tadi Farish perasan sudah kemerah-merahan akibat menangis.
           
              ‘la,kan ila banyak teddy bear dekat bilik tak cukup lagi ke sayang?’ Farish memandang kedua-dua anak buahnya itu.
             
              Hannah Athilah hanya mengeleng sambil menangis lagi‘ tak nak,teddy bear tu special sikit’
             
               ‘suruhlah mama beli yang baru’
            
               ‘tak nak!ashuuu…tolonglah kite..’ Makin menjadi-jadi regekan Athilah
          
               ashuu,teddy bear tu special la dekat ila sebab..sebab boyfriend dia yang bagi’ petah Hannah Athirah berkata
             
              Hampir sahaja Farish jatuh rahang, What! Budak 5 tahun ada boyfriend?!.budak-budak zaman sekarang memang macam tu ke?.Dia masih ingat ketika dia berumur 5 tahun dia tidak kenal apa itu cinta,dia tidak tahu menahu langsung istilah couple.Orang kata masih budak hingusan lagi begitu juga dia tika itu. Farish hanya mengetahui erti cinta saat umurnya menginjak 12 tahun. Itu pun cinta hanya untuk sehari. Dalam sehari dia jatuh cinta dan dalam sehari juga dia kehilangan gadis itu. Kenangan 11 tahun dahulu tak mungkin bisa dia hapus walaupun masa tak bisa dia undur kembali.
             
               ‘amboi,little girl ashuu ni dah ada boyfriend ya,ira tak ada ke sorang?’ Farish bertanya sambil tersenyum mengusik
             
              Laju Hannah Athirah menidakkan ‘mana ada,ashu..ashuu kite adiklah,kite bagi laluan kat kakak dulu..ashuu tu bila nak bawa mak shu Lina?nanti ira dengan ila ada kawan’
           
              Farish mengusap rambut anak buahnya itu ‘ hey,pandai ya usik ashu pulak.Ila sini duduk kat ashu,nak kek tak?teddy bear tu nanti minta kat boyfriend suruh dia bagi lagi..hihi’ pujuk Farish lembut.
             
               Terus bersinar-sinar mata mereka berdua. ‘Nak kek tu ashuuu!’
             
                ‘boleh,nah ira ambil yang ni,ila pulak ambil yang ni’ laju Farish mengagihkan kek sepotong sorang
           
              ‘syikitnye..ashuuu?’ Athilah mencebik
           
               ‘semua ni ashu yang punya..haha’ galak Farish menyakat sebelum menyuapkan kek tesebut kedalam mulut.Sedap! sungguh dia tak tipu.
            
             ‘ala..ashu,kedekut!’ muncung Athirah memprotes
           
             ye la sayang ashu ni,gurau aje lah tadi..come here , sharing is caring my little one’ Farish tersenyum dan memberi bekalan tersebut sambil berkongsi bersama-sama.

Hai,anak buahnya itu macam-macam tapi dia terlampau menyanyangi mereka malah kembar itu lebih rapat dengan dirinya berbanding ibu bapa mereka sendiri.Farish mengusap lembut bahu kedua anak buahnya sebelum telefonnya berbunyi,Farish mengerling sekilas.Oh,teman Wechatnya si Adriena Tasya!

Jagakan Dia Untukku : Part 20

Bab 20



                      ‘Assalamualaikum nak..’ Pak Jamil memberi salam
           
                  ‘Waalaikumusalam..’ serentak mereka berempat menjawab salam dari lelaki dalam lingkungan 50-an itu
            
                   ‘pak cik datang ni nak pulangkan balik kereta Myvi ni pada tuan dia atas arahan majikan pakcik.Betulkan alamat ni?’ Kata Pak Jamil sambil menunjukkan kereta dan alamat yang sempat dia tulis
            
                Tasya menjerit teruja apabila melihat kereta kesayangannya ‘Arghhh,mioi...miss you so much’ Dia terus mengangguk laju dan berlari mendapatkan keretanya itu
           
                Pak Jamil hanya tersenyum melihat telatah anak gadis itu.Bella mendapatkan Tasya sebelum tersenyum memandang Pak Jamil ‘er,pak cik kawan saya memang macam ni..maaf ya’
          
              ‘eh,tak apalah cik..biasalah tu sayang kat harta benda tambah-tambah kalau dia ada nilai kat mata kita’ Pak Jamil tertawa
             
              Tasya memandang kembali Pak Jamil selepas puas melepaskan rindunya terhadap mioi.
            
              ‘pakcik mana lelaki yang tolong hantarkan kereta saya ne?’
            
             ‘oh,tuan muda ada meeting dengan lembaga pengarah.tu yang dia suruh pakcik hantarkan kereta ni kat rumah cik’ ringkas Pak Jamil menerangkan
            
                ‘oh,berapa ya saya kena bayar?sebab dia dah tolong hantarkan kat bengkel kereta ni’ Tasya mengeluh hampa namun dia ikhlas mahu membalas kembali pertolongan lelaki itu
             
               Pak Jamil hanya mengeleng ‘tak perlu lah cik sebab tuan pakcik pesan tadi dia ikhlas tolong cik’
            
               ‘tapi saya tak sampai hati..’ sayu Tasya berkata
            
                ‘betul cik tak perlu rasa bersalah sebab pakcik tahu tuan muda baik hati nak tolong cik’
            
                  ‘kalau macam tu,pakcik tunggu sekejap saya ada benda nak bagi tanda saya berterima kasih dekat dia’ mencicit Tasya berlari masuk kedalam rumah.Hana,Bella dan Miera hanya memandang kehairanan
            
              Beberapa minit kemudian Tasya datang kembali dengan sebekal kek coklat yang mahu diberikannya kepada lelaki itu.Sempat juga dia menyelitkan nota ringkas agar lelaki itu tahu bahawa dia benar-benar berterima kasih atas pertolongannya.
            
                ‘Bekal ni tolong bagi dekat dia ya pakcik tanda saya sangat-sangat berterima kasih kat dia’ manis Tasya tersenyum
             
           Bekalan kek coklat tersebut bertukar tangan ‘ baiklah cik nanti pakcik bagi dekat tuan muda.terima kasih pakcik minta undur diri dulu,assalamualaikum.’
            
           ‘waalaikumusalam,terima kasih pakcik..jumpa lagi,hati-hati bawak kereta tu’ Mereka berempat tersenyum sambil melambai lalaki tua itu sebelum kereta BMW yang membawa lelaki tadi berlalu pergi.
            
                Umpama pesalah yang sedang dihadapkan di mahkamah.Bella,Hana dan Miera memandang Tasya tanpa berkelip.
           
                ‘Ad,bila masa kau sempat buat kek ne?’ Hana mula bertanya
             
               Tasya tersengih sambil mengerlip matanya pagi tadi..’
             
             Bella menjengilkan matanya suaranya sudah naik satu oktah‘ amboi,dah sihat dari pagi tadi rupanya si Adriena Tasya!’
             
            Tasya mengetap bibir ‘hehe,a ah..aku kempunan nak makan kek coklat.itu yang rajin aku ke dapur pergi bake tadi’
            
               ‘patutlah sempat bagi kat pakcik kaya tadi,abislah kau dia tergoda nanti dia nak buat kau jadi bini..kahkahkah’ Miera sengaja menakutkan Tasya
             
              ‘Ish,merepek korang ne..kasihan pakcik tu dia tak salah apa-apa pun’ Tasya mempertahankan diri
            
              ‘Dah la jom masuk,nak makan kek coklat Ad lama tak rasa tahu,kau simpan kan sikit untuk kitaorang yang dah penat jaga kau ne’ Hana mengajak.Tasya mengangguk
            
             ‘eh,kita tolong Ad ikhlas la Hana’ Bella memotong
            
              Hana tersenyum ‘tahu lah saja aku usik Ad’
            
             ‘eleh macam tak kenal korang ne,tak ada istilah ungkit dalam kamus hidup korang lah’ ujar Tasya sambil memeluk ketiga-tiga sahabatnya ‘terima kasih,koranglah sahabat dunia akhirat aku’
             
            ‘hey,kau pun sama lah’ serentak ketiga sahabatnya berkata sebelum mereka tertawa sesama sendiri dan berjalan beiringan masuk ke dalam rumah.

~~~~~~~~~
           
                Farish sedari tadi mengetuk-ngetuk failnya dengan pen.Fikirannya menerawang otaknya ligat memikirkan Lina manakala hatinya membayangkan wajah gadis yang telah membuat rentak jantungnya lari dari normal dua hari yang lalu dan dia merindui teman Wechatnya si Adriena Tasya juga. Langsung dia tidak menangkap segala yang dibincangkan papanya serta perkerja lain sewaktu meeting tadi.

Dia mengeluh sungguh di hatinya terbit satu rasa terkilan kerana tidak dapat bersua muka dengan gadis itu lagi. Kalau lah boleh dia mahu sahaja bertukar tempat dengan Pak Jamil semata-mata mahu menghantar kereta gadis itu.Dia keliru dengan perasaan yang dirasakannya tika ini. Adakah ini yang dinamakan cinta pandang pertama? Fahmi sahabat baiknya yang tua berapa tahun dari dirinya memandang pelik. Semenjak dari bilik meeting tadi dia dapat melihat raut wajah Farish yang seolah-olah hilang fokus berbeza sekali sikap dia pada hari itu.

‘wei Farish,kenapa dengan kau hari ini? Aku tengok lain macam aje?’ Fahmi memandang Farish berkerut

Farish mengeluh ‘entah aku pun tak tahu apa masalah dengan aku hari ni’

‘pelik lah dengan kau ni,selalu mulut tu bising aje..kau gaduh dengan Lina ke?Fahmi bertanya

Sememangnya dia dan Farish amat rapat bagai isi dengan kuku. Semua mengenai Farish sudah diketahuinya begitu juga Farish,dia juga tahu serba serbi mengenai Fahmi mengenai kisah silam dirinya sehingga lah sekarang mengenai perhubungan seriusnya dengan buah hatinya Nurnabella Syakirah atau nama manjanya Bella .Baginya tiada rahsia antara mereka.

‘nothing,just I want to asking something if you don’t mind’ Farish membelakangi Fahmi sambil memandang permandangan kota di balik cermin dalam biliknya.

Bagus juga tingkap kaca itu dibina memudahkan dirinya tenang apabila melihat bangunan KLCC yang berdekatan serta dapat melihat awan biru seolah di depan mata.Terima kasih kepada kontraktor dan arkitek yang membina empayar keluarganya ini.

‘boleh aje,kau nak tanya apa bro?’ Fahmi duduk diatas meja Farish,hanya dia sahaja perkrja yang berani berbuat demikian kerana dia adalah kenalan rapat dan orang kepercayaan Adam Farish.

Farish mencari kekuatan sebelum memandang ke arah Fahmi ‘ kau percaya tak dengan cinta pandang pertama?’

Fahmi ketawa terbahak-bahak hingga dia jatuh terduduk sakit perutnya kerana banyak ketawa ‘aku ingat kan tadi hal serius apa lah yang kau nak cakap,rupanya pasal cinta’ sakan dia bantai mentertawakan Farish

‘kau ni aku serius kau gelak pulak.bukan nak tolong’ Farish mendengus

‘kau dah tangkap cintan dengan siapa ni bro?cantik tak?’ Fahmi menjongket keningnya

‘tu la orang bila cakap pasal cinta,awek mesti tanya fizikal dulu,padahal hati yang penting.Tak semua orang sempurna lah tengok macam aku ni.Dah lah tembam tak ada siapa yang suka lah’ Farish tiba-tiba berubah menjadi emosional.

‘sejak bila kau macam gigirl-gigirl ni?sensitif..’ Fahmi mengusik

‘kau ni buat aku sakit hati aje,dah lah bro jom balik.Office hour dah habis’ Farish melihat jamnya sudah pukul 6 petang

‘alahai kau ni..tak habis cakap lagi neh..ubah topic pulak..bro jom keluar hujung minggu ni nak tak? Hafiz baru balik oversea dia ajak jumpa’ ujar Fahmi mengajak

‘ye ke? Hafiz dah balik? Lama tak jumpa dia,boleh aje nanti kau roger-roger lah aku kat mana nak lepak.rindu kot nak lepak macam dulu’ wajah Farish berubah ceria
             
              Fahmi memandang mengusik ‘Kau ni kadang-kadang aku confuse jugak takut kau ni gay,sebab bila ajak jumpa perempuan bukan main liat kau tapi terlebih teruja pulak kalau jumpa lelaki’
            
               Farish mengengam penumpuknya dan menghala lembut ke arah bahu Fahmi ‘agak-agaklah nak cakap aku gay,aku lelaki tulen lah..lagipun Hafiz kan kawan kita,lama kot kita tak jumpa dia’
             
             ‘ye la-ye la jadi lah eh?dah jom balik’ Akhirnya Fahmi mengalah dan mereka berdua berjalan keluar dari Empayar Sutera Cruisine menuju ke kereta masing-masing.